Monday, January 1, 2024

Jika Ikhlas Dalam Hati,Kan Temui Kebahagiaan !

Salam Kasih Sayang Semua..😊


Hidup Ini Penuh Dgn Suka Dan Duka,Namun walau apa pun yg terjadi, di ataskah kita,di bawahkah kita,bersyukurlah selalu,kerana dgn bersyukurlah akan bertambah nikmat Allah kepada kita,kerana kita hidup sebenarnya hanya utk Allah !! 😘😘😘


Kehidupan yg abadi adalah di akhirat sana,di dunia ini hanya ladang pahala dan bukan tempat utk kita bersuka ria,dan ketahuilah bahawa dunia ini penuh dugaan ,hadapilah dgn sabar dan penuh keimanan ,Apa yg kita lakukan di dunia ini balasannya adalah di akhirat sana,kalau baiklah diri kita maka syurgalah tempatnya jika buruklah catatan amalan kita maka nerakalah tempat kita ,🥰


Memang melakukan dosa itu lazat nikmatnya dan melakukan kebaikkan adalah azab rasanya,namun percayalah tiada jalan mudah utk berjaya dan tiada jalan susah utk derita, kita harus bijak memilih,jika mahu keajaiban berlaku dalam hidup kita maka usaha kita pun mesti secara ajaib juga,tiada jalan senang dan betul2 mudah utk mendapat hasil yg terbaik !😍🥰😘


Bersabar itu sakit,tapi kalau kita tidak bersabar hasilnya lagi sakit,nak ke xnak ker ? kita mesti pandai bawak diri kita harungi masalah,dan berharaplah selalu utk mendapatkan yg terbaik,kerana berharap itu adalah suatu semangat yg menguatkan diri walau pun kadang2 berharap itu kata org bagai pungguk rindukan bulan,menunggu kucing bertanduk ,pun begitu kalau kita tidak berharap mana Tuhan nak tahu apa yg kita nak dan akan jelas pada Tuhan apa yg kita mahu ,🥰😍🤩


Sakitnya hati kalau apa yg kita harapkan x menjadi kenyataan,tapi lagi sakit kalau hati ini x dapat perhatian dari Tuhan ,Sesungguhnya apa yg kita lakukan adalah utk mendapat perhatian dri Tuhan,Hanya Tuhanlah tempat sebaik2nya utk kita mengadu dan meluahkan masalah,kerana kadang2 manusia di sekeliling kita akan menyakitkan hati kita sahaja,pesanku padamu selagi kita boleh sabar,kita sabar dan sekali sekala hati jatuh merudum ,x mengapa mengalahlah sebentar,kerana tiada apa yg abadi di dunia ini termasuklah sifat sabar ,😘😘😘


Sekali sekala menangislah andai itu boleh melepaskan marah dan bangkit berdoa kembali,aku juga hanya manusia biasa,x bisa mencipta yg duka menjadi suka dan mencipta yg suka menjadi duka,semuanya di tangan Tuhan,Percayalah dgn janji Allah,jika kita berhati murni dan mulia,Tuhan akan segera membalasnya dgn beribu kebaikkan,Amin3 ,Yakinlah dgn janji Allah yg Dia memberi masalah kepada kita bukan sebagai tanda Dia benci kita,tapi Dia mahu kita utk selalu kembali berpaling menghadapNya selalu,Kun Fayakun..jika Dia kata jadi,Maka jadilah !!! Sekian..🥰

No comments:

Post a Comment