Friday, February 2, 2024

Jika Dugaan Datang Drp Allah,Maka Kembalilah PadaNya =)

Salam Kebahagiaan Semua 😊

Menyayangi bukan bererti tidak menyakiti hati ! Bercakap memang mudah tapi nak menjalani segala ujian Tuhan ini,itu yg payah ! X perlulah aku nak bercerita panjang apa sahaja tentang diri ini atau tentang apa sahaja yg diri ini lakukan,yg penting aku sudah melaluinya dgn sebaiknya mungkin,tapi walau apa jua kata2 diri ini tetap jua aku bercerita,hanya diri ini sahaja yg tahu sejauh mana dan sedalam mana apa yg aku lalui,dan itulah perjuangan yg perlu aku jalani dan lalui utk mendapat buah dan ganjaran yg penuh bahagia ini,namun yg perlu aku tahu dan ingat,hidup ini x selamanya di atas dan walau perit perjuangan sebelum ini ,masih ada ujian selagi ada hayat ini dan kehidupan ini ,


Segala ujian ini aku lalui sendirian,kata org kalau nak tahu ujian utk kita berat atau ringan,lihatlah pada kesannya kepada diri kita dan kepada org yg terlibat dlm semua itu,kata2 ini lebih tajam drp pisau ,walaupun sekeping gambar boleh menggambarkan segalanya namun,kata2 atau pepatah ,falsafah,simpulan bahasa, dan seumpamanya adalah sgt baik utk kita mendalami kerana dgn satu ayat sahaja,boleh buat kita insaf dan sedar ,kata org sampaikanlah walau satu ayat,belajar dgn kata2 dan pepatah amatlah mudah utk kita memahami keadaan dan kehidupan,Aku dpt lalui semua ini bukan kerana semua ini mudah,bukan kerana hari ini mudah aku menjadi mudah,tapi kerana aku mudah hidup ini menjadi mudah !


Byk sungguh apa yg dilalui tapi segalanya telah aku luahkan kat blogspot aku,segala kemarahan,luahan hati ,aku pahatkan dgn pena keyboard laptop,aku diam bukan kerana tiada apa2 yg aku lalui tapi kabur pandangan matamu melihat aku dlm senyuman selalu,itu kerana aku bijak hadapi masalah,aku bijak merancang mengatur dan melaksanakan,aku sgt2 yakin tiada manusia di dunia ini di uji seperti aku dan aku yakin ujian kamu pula lain pula ragamnya,aku di uji Tuhan begini kamu pula di uji Tuhan begitu,masing2 ada kekurangan dan kelebihan masing2 dan aku x boleh lah nak cakap ujian aku lagi susah drp korang atau nak kata ujian korang lagi kecil drp aku,masing2 tersendiri masing2 !


Rasa bertuhan bagi hambanya amatlah terbagus,jika kita dalam masalah ,kita hanya berpaut padaNya,menangis di hadapanNya di atas tikar sejadah,walaupun kita tidak tahu sama ada ujian yg Tuhan timpakan ke atas diri kita tanda dia sayang atau tanda dia benci ? Pun kita kena teruskan rasa bertuhan di dalam hati ,tentang was2 kita tu,, kita serahkan jer biar Takdir sahaja yg menentukan,tugas kita sebagai seorang hamba ,buat apa yg disuruh dan tinggal apa yg di larang,Rasa bertuhan boleh bukan saja dituntut agama malah boleh buat diri kita tenang dan damai serta aman kehidupan kita di dunia ini,Tentang was2 yg ujian tuhan,tanda dia benci or syg kita ??Tuhan tiada dua tiada tiga !!! Percayalah ☺


Malang tidak berbau dan rezeki juga xkan pernah salah alamat, tentang kehidupan ini ,lain org lain ujiannye ada org ada jodoh tapi x bahagia ,ada org tiada berteman tapi nak sgt bersuami dan beristeri,ada org jujur dlm hidupnya ada org curang dlm hidupnya,apa sahaja seperti yg telah aku bagitahu "what you give ,you get back !"utk kita mendapatkan apa yg baik drp org tapi sebenarnya kita yg mesti terlebih dahulu buat baik,kalau kita nak org hormat kita,kita lah terlebih dahulu kena menghormati org lain,itu barulah betul ! Jangan kita bimbang dgn rahmat Allah,sesungguhnya tiada apa yg mustahil bagi Allah,kita sahaja yg serba kekurangan kalau nak di bandingkan di hadapan Allah,Allah Maha segala2Nya.😋


Tentang Akhirat,ada di antara kita lebih mengutamakan amalan akhirat drp kehidupan di dunia,katanya akhiratlah tempat yg kekal dan dunia ini hanyalah ujian dan fana segala2nya,entahlah aku nak ceritakan mcm manalah indahnya akhirat,bagi akulah dunia dan akhirat ni kena stabil dan seimbang,x bolehlah tinggalkan terus dunia sampai x nampak langsung jalan utk merasai nikmat dunia yg x terhingga ini,kalau boleh buang yg keruh ambik yg jernih dunia ini dan akhirat pula tambah dan tambah serta istiqomah ,So barulah kita tergolong di kalangan hamba2nya yg bijaksana dan tersusun,sistematik.Juangkan berbahasa dgn Tuhan ! Ikhlas Dariku..😋

No comments:

Post a Comment