Salam Kebahagiaan Semua =)
Macam2 ragam manusia sekarang Ni,perangai pulak lain kepala lain org,lain org lain kepala,bahagialah jugak sekarang dgn rezeki2 yg Allah anugerahkan, macam manakah kita nak hidup dgn perangai manusia yg bermacam2 Ni kan ? Xkanlah Aku Masih lagi nak pegang ayat bersabarlah ! Dah lapuk rasanya ayat itu,yg Aku X Rasa perasaan sabar dapat bertahan lama kalau dugaan asyik menjelma jer kan ? Sekarang Ni Aku suka sangat dgr ceramah2 agama dan menonton cerita2 lepas yg di ulang berkali2,banyak manfaatnya mendengar dan melihat cerita2 lama kerana di situ terdapat pengajaran dan ilmu yg bermanfaat,pengalaman Aku lah di mana Aku di mana sahaja masa study ker Alam kerjaya ker ? Macam2 perangai mereka Ni,Ada yg bawak Hal sendiri dan Ada Antara mereka suka mengumpat dan terutama sekali yg paling dasyat mereka ini Ada yg pentingkan diri dan lokek !
X tahukah nak cakap macam mana,contohnya masa Aku sekolah menengah dulu,macam2 perangai kawan2 perempuan yg Aku kenal dan berkawan dan takut Pula Bila berkawan dengan geng yg gatal2 ,maksudku geng yg suka liar2 dan suka couple2 dan mungkin Ada di Antara mereka sudah di sentuh tangan mungkin oleh lelaki ?Ada juga Antara mereka kalau X liar berkawan sesama lelaki dan gadis,mereka mulut celupar,suka mengumpat,suka mengata dan suka cari gaduh sesama sendiri atau gaduh dgn kawan lelaki sekelas,tapi yg Aku x tahan perangai rakan perempuan mereka suka bodek cikgu lelaki,kesian Pula Aku tengok Sorang cikgu tu,di sebabkan nak balik sekolah AWAL sanggup mogok xnak belajar,then paksa2 cikgu cakap xnak belajar,cikgu pun Jadi fedup Bila dah student Lagu tu,boleh Aku katakana bukan xder pelajar yg potensi tinggi akhlaknya,Ada tapi bilangannya sedikit,dalam sekelas tu Ada 30 org,hanya 10 yg terbaik !
Belajar pulak form 6,Adalah majalah sekolah,adalah gambar kenang2an masa form 5 dulu,mula dgn tahun Aku form 5 Baru Ada majalah sekolah,Ada juga lah muka Aku dalam majalah tersebut,masa form 6 Ada juga gambar Aku dalam majalah sekolah,dan seloka atau apa yer ?? Yg macam pantun tu,haa..Aku dah lupa diorang coret apa pasal diri Aku,semua sekelas Ada ciri masing2 yg direka selokanya bagi mereka rakan sekelas yg Lagi Arif dan bijaksana,Aku belajar pandai buat nota ringkas masa Zaman study Bermula form 4 ,di ajar oleh cikgu sejarah,Sejak itu Aku mula bijak dalam menjadikan study secara ringkas dan hanya menghafal di otak isi2 pelajaran sahaja,Aku sangat bersyukur kerana belajar dgn cikgu sejarah tersebut Dialah yg mendapat segala pahala apa yg Aku yg menjadikan Aku yg Hari ini,Aku harap Tuhan merahmatinya kerana Aku juga meminati cikgu ini,namanya seperti Nama ayahku ,Terima Kasih Cikgu !
Beralih Pula kepada perangai manusia,kini Baru Aku sedar kenapa kawan perempuan dengki dgn Aku selama ini,sewaktu Aku di Zaman sekolah rendah dan sekolah menengah,Aku bukanlah seorang pelajar yg bijak tapi Aku pelajar yg dapat nombor 23 dan X lebih 25 dalam kelas di Antara 35 student dalam kelas,Aku Ada satu kelebihan iaitu Aku telah disukai lelaki dan oleh sebab satu2nya sebab itu,Aku telah dibenci oleh kawan perempuan Ku,Aku Rasa dan Aku dapat agak yg Aku Ni perangai Aku ,X Ada yg buat org lain marah selain mulut lazer,tapi Aku punya sifat Jenis yg Berjaya benar,mungkin inilah balasan utk mereka2 ,perempuan2 yg menyakiti aku,mereka telah menerima hukuman yg setimpal,syukurlah,dan bagi Aku Pula,yg amat berat adalah untuk menyembuhkan hati ini,hati yg pernah remuk dan terhiris Luka,sungguh menyakitkan dan amat payah utk menyembuhkan Luka ini Ya Allah,still terpahat kesedihan dan remukan yg sukar diubati !
Aku Ada kawan perempuan yg meminati Aku juga,yg nak ambil Aku Jadi adik angkat dan Ada kawan perempuan yg sayangkan Aku,tapi Aku yg X sedar sedalam mana sayangnya dia pada Aku,memandangkan Aku bukan pelajar pintar maka Aku bukan menjadi kesayangan guru,tapi Ada juga guru yg melihat wujudnya Aku,contohnya melantik Aku menjadi ketua persatuan Bahasa melayu,ketika Aku form 3 Aku dikelas Arab Komunikasi ,tapi kualiti kelas Aku kalau nak dibandingkan dgn kelas kedua,jatuh kualiti kelas Aku,contohnya subjek sejarah Bila exam,dihitung2 markah kelas mereka lagi tinggi drp kelas Aku,ini diakui oleh guru2,masa form 6 Pula Aku Ada seorang kawan perempuan yg sangat mengambil berat tentang Aku,di datang ke rumah Aku semasa kenduri di rumah Aku,walaupun kawan2 lain X berani dekat dengan Aku,tapi sumpah Aku cakap yg dia Ni X lawa langsung pun dan X cantik langsung,dia juga X pintar belajar tapi nampak macam org terpelajar !
Begitulah tentang perangai dan kualiti manusia di sekitar kita X Kira dalam pelajaran atau akhlak,tambah2 sekarang Ni,bukan kita boleh percaya sangat dgn org2 di sekitar kita,yelah makin ramai yg menipu demi kepentingan diri,kita semua kena berhati2,dengan sesiapa sahaja,nak2 kalau berkawan tu ingat2lah,Jangan terlalu percaya dgn kata2 manis org kadang2 hanya mahukan kelebihan yg kita Ada,tapi sesudah mendapatkan ,mereka meninggalkan kita dan menghina kita,berbuatlah kebaikkan sebanyak mungkin,kerana hanya dengan melakukan kebaikkan sahajalah Akan menjadikan rezeki2 kita x kiralah rezeki dalam bidang apa sekalipun,Akan bertambah dan berkembang,Selalu2lah berdoa walau apa jua yg kita lakukan adalah hanya untuk mendapatkan redha Allah dan semoga Jalan yg lurus buat kita semua serta jauh drp Jalan sesat,Kita syg Allah,Allah Akan sayang kita !

