Monday, January 1, 2024

Kemarahan Dariku Adalah Drp Dirimu ,Dahulu Kala !

Salam Bahagia Semua =)

Hati aku ni memang berang sejak akhir2 ini,rasa macam dah x sabar nak bebas dan merdeka setelah lama kita dibelenggu masalah dan dalam keadaan yg bermasalah,hanya diri sendiri yg tahu sedalam mana dan sejauh mana apa yg dilalui,asyik marah2 jer hati aku ini,x mengira dan melihat paras marahku ini hanya apa yg aku tahu melepaskan sahaja,Ya Allah hanya padaMu kami berlindung,tunjukkanlah kami jalan yg lurus iaitu jalan yg Kau redhai bukan jalan yg sesat lagi menyesatkan !


Kemarahan ini sememangnya sudah lama,cuma aku sahaja selindung dan menutup marah ini ,maka terlindunglah marah kerana niat hati ini begitu suci tapi hanya mampu melindung tapi tanpa boleh aku membuangnya kemarahan aku ini,sakit hati ini xkan mungkin terubat dalam masa yg singkat kerana rasa marah yg aku pendam ini begitu lama,sehingga lah marah aku ini aku luahkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira raja atau hamba,apa boleh aku buat,kerana kau yg memberi rasa ini kau yg tanamkan rasa marah itu dalam hati ini,kerana kau x pernah pedulikan perasaan aku x pernah hargai perasaan aku x pernah ingin membahagiakan aku,sebaliknya kau biarkan aku berlarutan menderita dan menanam marah !


Marah aku ini bukan hanya marah kepada kelambatan kau semua membebaskan diri ini tapi kau permainkan perasaan ini,kau berjoget2  di atas kepala ini,menari2 sesuka hati kau menggores luka di hati ini,kau buat cerita tentang aku sesuka hati kau kau tinggalkan komen tanpa fikir kau telah menggoreskan hati ini,hanya Aku sahaja yg tahu betapa sakitnya angkara mulut2 puaka korang terhadap aku,yg kesalahan aku cuma satu iaitu aku adalah si pembuat hatimu dengki dgn diri ini ? dgn tanpa niat daripada hati ini !?? Kerana hati kau yg dengki dgn aku,maka kau pun membuka mulut puaka kau dgn sengaja mengguris hati ini,tapi apa salah aku ? pernahkah bibir ini mengatakan apa yg boleh melukakan hatimu,


Kemarahan ini telah seabad lamanya,ingat lagi zaman kecil2 aku,aku diperlakukan tanpa kasih sayang yg mendalam,kau membuat luka bukan hanya di hati aku malah pada tubuh ini juga,banyaknya rahsia yg kau sembunyikan daripada aku,Hanya aku yg x mengerti apa yg telah kau berbuat,Ya Allah betapa kau menjaga perjalanan hidup ini,Terima Kasih Ya Allah ! Kata org kalau byk dugaan dlm hidup kita mesti kemanisan juga adalah byk,x akan sesuatu yg kepahitan yg byk kita tempuh tapi kemanisan adalah sikit,itu salah sebenarnya ! Utk pengetahuan awk kalau pahit byk dlm hidup awk maka manis dalam hidup awk pun byk tu lah jugak, cukuplah derita,aku x sanggup lagi hadapi penderitaan ini,amat sakit kurasakan,yg aku tahu hanya untuk melepaskan diri drp semua ini ,


Penderitaan diri sendiri hanya diri sendiri yg tahu dalam mana dan sejauh mana ? Xkan kita x kenal diri kita sendiri ? mata yg memandang x sama dgn bahu yg memikul,Aku malas nak ungkit cerita2 lama dan malas nak cerita panjang2,cukuplah kamu tahu yg hati ini sangat sakit mungkin kerana aku terlalu kejam dgn diri ini sebab apa sahaja yg aku lalui,aku pulaukan semua ,dan begitu byk halangan yg terpaksa aku tempuh,dan begitu byk jua aku pulaukan masalah,maksudku membuang masalah ! Payah utk di mengertikan ,difahami dan aku masih di belakang dan kamu di hadapan ,x payah cakap byk lah,cakap byk pun x guna biar masa yg menentukan iaitu sudah 36 tahun pun hidup ini dan 15 menderita begini ! Cukup2lah.. Biar masa berbicara ,hanya masa yg tidak menipu dan berbohong !


Aku harap dgn masa yg aku persembahkan dpt merungkai seribu masalah ? meruntuh sekelip mata tapi membangun mengambil masa,x perlulah aku huraikan panjang2 ,mungkin alasan jer semua,aku x mahu menjadi seorang yg penipu dan menipu ! Semoga hidup ini bertambah ceria,jika sebelum ini kau sering melihat aku tersenyum itu hanya senyuman pengubat hati,tapi hakikatnya xde apa yg hendak aku girangkan kerana sesungguhnya tiada benda sedikit apa pun yg menggirangkan hati ini sebenarnya ! Itu hakikatnya..Terimalah, Aku menipu diri aku sendiri,kuat di mata org tapi hakikatnya aku rebah ! Akulah manusia yg hipokrit dalam dunia perjuangan hidupku ini,Semoga aku temui sinar bahagia ,hanya itu yg ku pohon dari Mu Wahai Tuhanku,Amin =)

No comments:

Post a Comment