Friday, December 1, 2023

Baik Hati ,Baiklah Segalanya ! Dan Jahat Hati,Jahatlah Segalanya ! Well..

Hatilah Diriku,Hatilah Mahal Dan Bermakna..

Jadikan diri kita hanya tahu melakukan kebaikkan sahaja kerana jika ikhlas apa yg kita lakukan kan temui kebahagiaan,org yg berbuat baik dan lalu ingin segera mendapat balasan adalah merupakan org yg tidak ikhlas sebenarnya, dan mereka yg akan mendapat balasan kebaikkan drp Allah adalah mereka yg x pernah pedulikan apa yg telah mereka korbankan dan mereka yg x pernah meminta mendapat balasan drp Allah,Yakinlah jika kita sedar maka byk kita terlepas takdir yg baik dan jika kita buang rasa serta hati hanya jujur meluahkan dan ikhlas meluahkan tanpa bersuara rasa penat lelah,sesungguhnya balasan Allah berlipat kali ganda !


Dan akulah salah seorang yg melakukan kebaikkan tanpa memikirkan balasan dan ternyata balasan takdir amat berat ,sehingga diaturnya buat diriku yg baik2 sahaja,walaupun pada awalnya rintangan utk melakukan kebaikkan amat byk,tapi aku tabah dan akhirnya takdir yg sygkan aku dan bukan aku paksa takdir utk sygkan aku,kerana takdir hanya mahukan manusia yg baik2 sahaja utk diberinya nikmat ! Yakin dan Percayalah akan keikhlasan adalah baja utk berikan kita buah2 yg terbaik dan baik sahaja 😍


Kalau hati kita ikhlas ,kita xkan ada rasa meminta kita juga rasa happy dapat lakukan kebaikkan kepada org lain dan akan happy walaupun kita x diberi apa2 habuan2 tapi kena ingat juga,kita lakukan sesuatu, balasan drp Allah ikut kemampuan dan pangkat kita juga,Kenapa aku hanya tekankan ikhlas dlm perbuatan dan pasti balasan buat anda juga baik,kerana kita sebagai manusia biasa,tiada apa yg istimewa dlm diri kita sebagai manusia melainkan kita punyai hati,Sekeping hati yg suci murni itulah harta nurani dan abadi dan sejati sumbangan dari dalam diri kita sendiri yg akan dan pertahankan kebahagiaan dan ketenangan buat diri kita sendiri dan bila kita bersama insan lain,kita akan dihargai dan disayangi 😍


Erti suci sekeping hati ,jika baiklah ia akan hasilnya kembali utk diri kita sendiri,apa ? Kita akan bahagia jika hati kita busuk dan penuh iri hati dan cemburu dgn kegembiraan insan lain ?boleh kita nak cemburu dan iri hati dgn kejayaan insan lain,tapi kena niat kat hati ,aku nak usaha dan usaha biar berjaya mcm dia,hanya cemburu begitu sahaja yg di izinkan Tuhan,tapi kalau hati tu iri hati ngan semua kesenangan org lain dan kita x puas hati dan menyakitkan hati insan lain ,mmg itu dilarang oleh agama lah sekalipun agama mana sekalipun 😍


Hati kita ni dia ada six sence,dia boleh jadi suka dgn org yg berhati mulia sama seperti dia,dia boleh rapat dan suka pada manusia yg baik hati dan rasa sayang pada perkara2 dan benda2 yg baik2 dan mereka yg punyai hati busuk mereka mungkin tidak disukai ramai org,walaupun kita hanya ada sekeping hati tapi drp sekeping itu boleh membina seribu kebahagiaan tau,cantik hati cantiklah rupa dan sedap mata memandang dan buruk hati maka buruklah rupa dan benci utk dipandang,aura hati akan terpancar di wajah,kelakuan ,dan perkataan atau ayat yg diluahkan dibibir ,😍


Bagaimana pula dgn kuasa lidah dan bibir ini ? Jika baiklah hati maka ayat yg keluar kat bibir pun baiklah,seolah2 utk kenal seseorang sama ada baik atau jahat,dgrlah dan tgklah cara dia berkomunikasi dan berbicara,kalau baiklah apa yg dituturkan maka nyatalah dia seorang yg baik,mana bisa perkataan yg keluar daripada mulut dapat di olok2kan,semestinya apa yg keluar dri mulut itu adalah apa yg lahir drp hati dan apa yg keluar drp mulut itu adalah  mencerminkan apa yg ada kat hati,Mudah saja ingin kenal org itu baik atau jahat atau bodoh ker apa,dgr dia berbicara..Okay ! 😍

No comments:

Post a Comment