Tuesday, September 1, 2020

Jangan Terlalu Menyeksa Anak - Anak

 Jangan Terlalu Menyeksa Anak- Anak


Selamat Pagi Cikgu2, Teringat lagi masa sekolah rendah =( Tahu x apa yg sy paling takut sebenarnya ? Haa..takut nak tunjuk buku rekod kemajuan 2 kali setahun


Masa sekolah rendah abah selalu tegas dan selalu marah2 kalau tgk result buku rekod yer lah aku x pnah dpt nombor 1 hingga 10 selalu dpt nombor belas2 jer =( 


Aku jadi takut bila abah tegas mcm tu mmg lah sekolah tu aku duk kelas nombor 1 tapi kwn sekampung aku dpt jer nombor dlm lingkungan 1 hingga 10


Aku sering membandingkan diri aku ngan kawan sekampung aku tu dlm segala aspek kaya miskin mahal murah pandai bodoh cantik hodoh !


X mengapa lah dan lepas sekolah rendah aku baik sekolah menengah duduk kelas nombor 1 jugak dpt nombor pun belas2 jugak


Em cam gitu lah kalau syaitan membelenggu fikiran kita dan aku x tahu setakat mana kecerdikkan aku yg sebenar !


Masa tingkatan 3 aku di uji ujian yg berat sains aku dpt D mmg parah ! Berat utk aku ceritakan segalanya ! Aku jatuh teruk sehingga menempatkan aku di kelas sastera !


Aku amat sedih ! Tanpa malu dan segan aku merayu dgn PK 1 selesai babak malu dan sedih yg belum hilang juga segugus janji terpatri !


Bermula kisah aku try duduk kelas sains iaitu kelas yg kedua ! Ma..terima kasih ibu kau berada di sisiku saat susah dan senang ! 


Kenapa aku berkata begitu ? Yer lah saat sekolah rendah sampai menengah kalau time PIBG hanya ma lah tempat aku bermanja..ma sudi datang !! TQ Ma.


Selepas dpt nombor 6 dlm kelas tingkatan 4 ,aku duk kelas no 1 tingkatan 5.Settle ujian SPM aku dpt 3A 2B 3C 2D 1E .Ujian Baru pulak ,dtg lagi


Disebabkan result subjek  sains dihitung kira dan mesti ditempatkan di aliran 6 sains sekali lagi aku terpaksa merayu ,xnak duk aliran 6 sains !!!


6 sains susah ! Belajar dlm bahasa BI duk lah sekejap aku di aliran sains kat Kamilian sekolah elit sekolah setanding MRSM


Setelah merayu di JPN di Kota Bharu,syukur kerana rezeki berpihak pada ku ,sememangnya susah utk tukar aliran dri aliran sains ke aliran sastera dan ekonomi 


Berpindah ke SMK Bukit Jawa aku dpt duduk kelas ekonomi kerana matematik aku 2A,Ujian duduk kelas kedua aliran ekonomi aku dpt nombor 6 ,


Aku sedar yg aku belajar bersungguh2 masa aku form 6 aku betul2 guna seluruh kebijaksanaan aku masa study dulu segala yg berat aku terasa mudah !


Ujian lower 6 dan upper 6    di SMKBJ sgt lah hebat sehinggalah kini telah dihukum masing2nya namun aku belum berpuas hati =( =(


Result STPM aku yg sebenar aku  x tahu lah nak cakap tp yg tipu nya 3.08 pointer aku.Isi lah aku borang upu nak masuk Universiti


Setelah bejaya duduki ujan Medsi dan lulus interview aku diterima masuk UPSI.Setelah pelbagai ujian pahit manis pointer yg x seberapa adalah 3.2 lebih yg original aku x tahu


Sempat bekerja 2 tahun bls jasa ma abah aku diberhentikan.Aku terpaksa menipu kamu semua, byk jalan cerita aku tipu anda ! Maafkan aku kerana berselindung dgn duka ku


Setakat itu jer dpt aku cerita dekat kamu semua

Oleh itu, ibu bapa jgn lah terlalu tegas dgn anak2 sampai anak2 terasa sgt takut dan tertekan


Didik lah anak ikut takat kemampuannya contohnya kalau sekolah rendah budak2 mmg cepat belajar dan mudah serap apa yg di ajar


Lastly, x semestinya budak yg dpt nombor 1 darjah 1 dpt masuk uni dan rezeki bgs semuanya bergantung kepada usaha berterusan dan ditentukan oleh Allah s.w.t..X semestinya gagal hari ini gagal selamanya dan x semestinya cerdik hari ini  bertuah depan hari nya.So Sama2 lah kita muhasabah diri dan ambil ikhtibar =)

No comments:

Post a Comment