Bila Dah Kahwin =)
Hai ,Selamat Petang Semua..Hurmm nak sentuh sikit bab org bila dah kahwin =)
Mula2 di zaman sekolah bermulalah hidup kita ke arah membina masa depan,Di sini kita kenal A B C Dan 1 2 3 dan lain2 seterusnya
Kalau anda masih ingat di sekolah kita kenal erti berkawan dan sama2 membina cita2 dgn usaha yg gigih demi kecerahan masa depan
Dari sekolah rendah kita melangkah ke sekolah menengah kalau time raya tu sama2 naik motor pergi beraya ke rumah kawan2 beramai2,itu lah sahaja kenangan yg aku ingat
Habis SPM ,kita semua berpecah haluan dan membawa diri masing2 utk melanjutkan pelajaran ke arah yg lebih tinggi ada masuk matrikulasi maktad ada masuk uni ambik diploma ada dpt SPA8i jadi nurse dan ada juga naik ke lower 6 dan seterusnya upper 6
Sejak dari itu kita semua berpisah demi mengejar cita2 masing2.Mungkin mengambil masa 4 atau 5 tahun utk habis belajar
Dan tibalah masa utk mencari cinta dan menyemai cinta dgn itu ada juga yg tamat SPM terus kahwin ada juga lepas tamat study dan dpt ijazah baru kahwin dan macam2 lagi dgn pelbagai jalan cerita masing2
Masa zaman kita solo kita banyak luangkan masa dgn kawan2 blm fikir pun soal isteri suami atau anak2 mmg bebaslah tapi,
Tapi bila dah kahwin byk yg sedang dan telah berubah contohnya masa byk di habiskan dgn pasangan dan anak kalau ada anak dan xde masa lagi dah utk kawan apatah lagi utk buang masa lepak2
Macam pengalaman aku sendiri bila adik dah kahwin dulu dia selalu bawak aku jalan2 naik kereta tapi bila dia dah kahwin dia dah xde masa utk aku dan dia asyik sentiasa dgn suami dia org baru kahwin katakan..Huhu
Begitu lah hidup ini dari satu fasa ke satu fasa dari muda sampai lah tua dari mula dan ada akhir nya dgn ini tamat lah hidup solo kita berteman hidup kawan sekolah lama pun kalau jumpa pun mungkin secara x sengaja
Nak ajak reunion pun dah susah masing2 bawak diri ke bandar bekerja di bandar balik kampung pun bila ada cuti panjang dan cuti peristiwa kalau tidak mmg x boleh nak tgk rupa langsung lah
Ada org tu tgk zaman muda2 dulu zaman sekolah jumpa2 bila dah beranak cucu dan dah tua2 pun semua di bawa masa berlalu
Ini tidak bermakna persahabatan putus tambah2 sekarang ni ada pelbagai alat komunikasi so boleh jer di ajak bersembang tapi kadang2 sibuk juga di pejabat dan di dapur melayan itu melayan ini
Jadi jgn lah putuskan perhubungan dgn sesama sahabat sama2 lah kita jaga hubungan agar hidup kita tidak kosong dan sombong Okay ! Jemput2 lah ke rumah waktu raya ker kenduri ker atau ada kelapangan serta ada waktu cuti =) Guano Bereh Blako Dop !!! See U..
No comments:
Post a Comment