Bila tgk gambar ni teringat zaman study
kat universiti dulu2..Kenangan berlalu
begitu sahaja tanpa menyimpan sebarang
detik penting dlm kehidupan ini pada waktu itu
Betapa aku waktu itu muda remaja
dan bebas tidak seperti belajar di sekolah
terikat dgn disiplin ketat dan berpakaian seragam
Ingat lagi waktu ni
mmg selesa duduk rumah teres ni
walau pun masa tu x ada duit byk
tp mintak jugak lah ngan ma n abah
Time lunch plak
jalan kaki je
lalu kat flat
8 tingkat iaitu kolej KHAR
teduh jer laluinya
Bila kita kat uni pelajarnya seluruh
malaysia so ramai lah org yg kita jumpa
dekat bahagian bawah sekali iaitu tingkat 1
ada di sediakan tv dan dobi utk
kemudahan bersama
Masa tu kat kawasan rumah aku duduk tu
ada Kolej KUO dan Kolej KHAR
then tiap2 hari rabu kot kalau x silap aku
ada pasar malam dekat KUO kalau
musim bulan puasa rasa2 nya lah
Maybe dah lama tinggalkan zaman study
so byk perkara yg dah lupa walaupun
org tgk aku biasa2 jer tp aku pelajar
universiti dan ada ijazah
Dekat Uni byk program samada di anjur
pelajar uni atau pun pihak anjuran kerjasama
dgn pihak lain so mmg kalau yg aktif tu
kita akan naikkan nama kita sendiri
x perlu org nak suruh ke or apa
Uni sgt besar dan pelbagai kursus
yg ada belajar di universiti xlah
membebankan sgt2 boleh di katakan
enjoy dan boleh sibukkan diri dgn aktiviti lain
Jadual kelas pun mmg x penuh sgt
tp disebabkan aku punyai masalah waktu itu
tu yg membebankan sebenarnya
x mengapalah itu dah jadi pengalaman
Walaupun ianya pengalaman
namun sy sgt menyesal kerana
x dpt habiskan study aku dgn jayanya
dan punah segalanya pada waktu itu
Namun aku syukuri dapat jua
aku habiskan study walaupun pada
waktu itu aku x punyai kawan dan
kurang segalanya tambah2 lagi
cara2 belajar dekat uni aku x berapa mahir sgt
Yg aku tahu result tipu aku 3.2 lebih
dan result sebenar aku 3.5 lebih
walaupun begitu aku pernah dapat
sijil dekan sebanyak 2 kali ku syukuri jugak
Namun setakat result 3.5 tu dah biasa sgt
dan mmg tahap rendah bg kwn2 aku yg lain
tp hanya tu yg aku mampu kejar di saat2 sem akhir
Walaupun pada waktu itu aku bermasalah dgn kwn2
coz x sempat belajar dgn kwn2 dan aku berdikari
sendiri hanya Tuhan yg tahu betapa susah
senang nya aku pada waktu itu
Mula2 aku masuk Uni dulu aku kurus jer
dan berat badan tambah naik drp tahun 2008
hinggalah sekarang drp 42 menjadi 78 kg
berat badan aku tetap pada 78kg
semenjak 2012 hingga 2020 rasa2 nye la
Ada sebab mengapa hidup aku sesukar itu
dan sesukar ini..Biarkan lah berlalu xmahu
dah belitkan apa yg telah terjadi sesungguhnya
sudah pun bersimpul pulas semuanya hanya
tinggalkan kenangan yg dulunya peritnya ku rasakan
Setelah itu gambar diri hanya
sekeping 2 ini lah menjadi peneman
dikala ku merindu saat2 nan lalu
aku dah cukup2 bersyukur dah di kurniakan
kejayaan ini iaitu menjadi seorang guru
bukan guru khas tapi guru perdana soon
Gambar ini adalah sewaktu aku tgh
berlawan dgn keadaan yg x memberi
ruang utk aku bergembira sehinggalah
kini masih seperti dahulu
Apa pun aku hanya mampu meminta
dan berdoa semoga aku diberikan kebahagiaan
dan ketenangan utk aku terus berjuang dlm
menempuh alam kerjaya aku pula..Amin3
Dengan itu juga, aku berdoa semoga aku
dapat sambungkan lagi pelajaran aku
dan kembali ke Universiti menimba ilmu
seperti dulu..Doakan utk Sy semuanya yer kawan !
No comments:
Post a Comment