Salam Kemesraan Semua =)
Hidup aku teruji Tuhan,banyak hadap benda tension dan benda bahagia,suka duka datang silih berganti,tapi yg penting hidup aku,banyak happy dan banyak sedih,arah hidup aku di hadapan belum jelas untuk ku aturkan langkahku,harap2 aku tidak tersalah memilih langkah kaki ini,semoga di jalan yg benar2 sahaja,tapi hakikatnya hidup aku masih dibelenggu,masih x bebas dan merdeka,yg pasti ada berubah arah yg kalau dulu 2x5 =10 ,tapi kini 5x2 =10, Okay lah jgk xde lah ditakuk lama lagi,telah berubah sedikit,nampak lah jalan bahagia,walau pun org kata nak bahagia kena sakit dulu,kalau ada bahagia kena disulami derita ,
Nak cerita pasal kerjaya yg banyak aku ni,pening juga aku memikirkan,haruskah aku singkirkan sesetengah kerjaya aku,agar aku tenang dan terbaik dalam memilih yg terbaik utk hidupku,aku bersyukur walaupun dulu aku hanya cikgu khas,kini jalan kerjaya diri aku semakin jelas memberiku bahagia,bukan duit,yg aku fikirkan,tapi ilmu yg ada pada aku itu harus aku berikan kepada bidang2 tertentu yg ketandusan ilmu dan arah menuju kejayaan,biarlah kehadiran aku sekurang2 nya,membuahkan hasil yg baik dan memberikan kebaikan utk insan2 lain juga,aku bahagia sangat dalam hidup aku,aku x pernah gagal dalam mendapatkan kerjaya yg baik dalam hidup aku,tapi ingat org xkan pandang kita kalau kita xder apa2 ,
Memandangkan merdeka aku lambat lagi,jadi aku kena bijak mendidik hati aku agar pandai bermain emosi dan otak agar x gila,yg pasti aku akan bebas drp segalanya ini sehingga aku berumur 42 tahun,itu maknanya tinggal 5 tahun lagi perjuangan aku,sabarlah wahai hati dalam menempuh dugaan hidup yg serba kekurangan ini,x semua org boleh lalui ujian hidup sepertimana apa yg aku lalui,aku mesti bijak bermain emosi,tapi aku besyukur juga,iya memang kehidupan du sini x ada apa yg menarik,hanya di kampung halaman dan malam ditemani hantu2 yg mengganggu,tapi aku x mampu berbuat apa2 awak,sy insan lemah dan x ada kuasa ajaib utk mudahkan urusan semua ini,aku 100 % ,guna tenaga,
Hidup ini,kalau kita x pandai lalui memang sukar utk kita tempuh,contohnya aku atau kamu bila dilanda stress atau xder mood nak borak dgn org atau xnak diganggu,tapi awk jangan dilayan sgt perasaan itu,kamu dan aku harus bangkit,jangan berlama sangat layan sedih,kamu dan aku harus kuat utk ukirkan senyum dan teruskan perjalanan hidup ini,kita mesti happy2 sahaja dalam hidup,kata org kita yg memilih apa jer yg menjadikan diri kita,apa yg kita tanam itulah yg tumbuh awk,kalau padi lah yg kita tanam ,maka padilah hasilnya,xkan nya nak tumbuh lalang pula kan,siapa yg makan cili dia yg terasa pedas,xkan lah org lain yg x makan pula yg rasa kan,berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul,
Memang sekali sekala kita rasa berat dan penuh masalah,ingat lah awk,dalam dunia ni ,xder org yg xde masalah,semua org ada masalah,beza nya besar atau kecil jer,ketahuilah awk semua,masing2 ada ujian masing2 dan masing2 sedang berjuang dgn ujian serta masalah masing2,xde mereka yg okay jer tanpa masalah,dan kalau kamu ingin tahu,dgn mengharungi masalah lah kamu akan menjadi kebih matang dan menjadikan kamu lebih bijak dalam mengharungi hidup,kata org kalau x dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,so kena pecahkan ruyung dahulu dan sagu akan datang kemudiannya,hidup ini keras awk,kita kena pandai bawak diri dalam hidup ini dan kita kena pandai memilih jalan terbaik dalam hidup ini,hanya mereka di jalan yg betul sahaja akan berjumpa kejayaan dan bahagia hingga kehujungnya,
Dengan itu,sabarlah menempuh jalan dan tetapkan iman di hati, awk tiada jalan mudah utk berjaya dan bukan senang nak susah dan bukan senang nak senang kalau kita usaha pasti ada jalannya,tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu,nak berjaya ini perlukan pengorbanan yg besar,macam student anda kalau nak berjaya dalam pelajaran perlu ada pengorbanan, utk pilih berjaya dalam exam anda perlu korbankan minat anda yg suka anda buat,makna ku perlu korbankan salah satu demi utk dapatkan kejayaan,kalau nak berjaya utk esk di hadapan maka kita kena korbankan bahagia yg kini kita lalui,mereka2 semua yg berjaya mereka itu semua telah korbankan muda mereka demi kejayaan di hari tua,Ingatlah semua, sebanyak mana pengorbanan dan sebanyak itulah kejayaan atau hasilnya,Orait..😎
No comments:
Post a Comment