Salam Keresahan Nan Lara Hati Ini =)
Begitulah dan beginilah hidup aku bila lambat nye lah diri ini nak bebas dan lama lagi harus menunggu di penjara di sini,x mengapalah org kata kita kena berdamai dgn takdir Allah,kita kena sesuaikan diri kita dgn keadaan dan bukan keadaan yg kena berdamai dgn kita,sebab kita x mampu ubah keadaan tapi kita mampu ubah diri kita mengikut keadaan,bila fikir balik tentang hidup aku,aku patut rasa bersyukur sgt sebab kejayaan dalam hidup aku sudah pun aku raih,x macam budak2 sekarang yg belum atau sedang hadapi SPM sekarang sedang berhadapan dgn banjir,betapa kejayaan atau kegagalan,masih menjadi tanda tanye,walaupun hidup aku serba kekurangan padahal berjaya segala impian,aku bersyukur Ya Allah, utk mereka iaitu pelajar khasnya kejayaan masih menjadi igauan bagi mereka,bukan zaman aku x banjir zaman SPM dulu,tapi dgn takdir Allah,semuanya selamat !
Bagi pelajar sekarang,mereka terdedah dgn pelbagai masalah dan pelbagai keadaan terkini yg mempengaruhi arah dan ketentuan bagi menjayakan cita2 mereka,dgn bencana alam seperti banjir di Kelantan yg begitu teruk tahun 2024 ini,tahun 2004 masa aku ambil SPM dahulu memang banjir tahun tu terpaksa berteduh rumah org sebelum sampai sekolah dan di tambah pulak dgn bulan Ramadhan,tahun ini tahun paling teruk bagi pelajar yg ambil Exam SPM terutama di Kelantan dan Terengganu,kesian pula bila fikir nasib mereka semua pelajar2,kerana SPM tu adalah penentu masa depan mereka,kalau mereka berjaya cerah masa depan mereka untuk seumur hidup mereka tapi tidak adil lah bagi mereka kalau hadapi SPM dalam keadaan huru hara begini,buku entah ke mana ,pakaian entah ke mana semua di hanyutkan banjir,di tambah dgn perasaan kecewa lagi dgn apa yg berlaku sangat mengecewakan diri dan keluarga,mustahil lah mereka x terkilan dgn apa yg terjadi !
Tekanan bagi mereka pelajar yg ambil exam ini,bukan setakat kecewa x dapat hadapi exam dgn tenang tapi juga mereka terpaksa ambil risiko redah tekanan2 lain seperti betapa kecewanya kalau lah mereka gagal ? maka gelaplah masa depan mereka utk seumur hidup,itu pasti,ini bukan perkara main2,ini adalah urusan antara hidup dan mati seseorang remaja yg akan meneruskan umur dewasanya dan terjaga di hari tuanya,terutamanya dari segi kerjaya dan rezeki iaitu habis belajar dia akan mencari pekerjaan,dan untuk menstabilkan ekonomi rumahtangga dan dirinya sendiri,mereka akan membawa sijil2 yg dia ada untuk memohon apa sahaja jenis2 kerjaya yg terbaik dan sesuai dgn kebolehan diri mereka,cuba fikir kalau mereka gagal exam kerana bencana lain dan bukan kerana kelemahan diri mereka sendiri,tidak kah merugikan mereka dan ini boleh buat diri mereka menangis,melainkan mereka sendiri mengagalkan diri mereka sendiri, iaitu malas dan sambil lewa belajar !
Aku masih ingat lagi,sangat berbeza bagi mereka yg rajin belajar dan nak berjaya dgn mereka yg malas belajar dan x fikir secara mendalam tentang masa depan mereka utk depan hari nak capai menjadi apa,cita2 mereka bagi pelajar yg ingin berjaya ,jelas mereka akan belajar dgn rajin dan fokus dgn pelajaran tapi bagi mereka yg x jelas dgn tujuan belajar dan tujuan hidup,mereka akan belajar sambil lewa dan nak x nak,mungkinlah masa remaja sekarang kamu x fikir lagi apa akan jadi dgn kehidupan mu apa akan terjadi di masa depan,tapi bila kesusahan hidup menyapa nanti barulah kamu tahu betapa ruginya kamu x belajar dgn rajin dan bersungguh2 masa remaja mu dulu,masa belajar ni kamu semua kena fokus dgn study,hanya pendidikan yg mampu mengubah masa depan mu di masa nanti,memanglah sekarang kamu x fikir itu semua sebab mak ayah yg tanggung hidup korang sekarang cuba bila kamu nak sara diri kamu sendiri bila kamu dah besar panjang,kamu akan menyesal dgn kehidupan remaja mu dulu sebab x belajar bersungguh2 !
Kini walaupun aku x merasa sikit pun hasil usaha aku dahulu,x mengapa lah masa utk aku merasai nya belum tiba,bila tiba masa akan ku rasai jua,percayalah,dahulu hidup aku memang perit,aku pernah gagal aku tapi dgn kegagalan itulah aku kini berjaya dalam hidup,aku ada segalanya,syukurlah apa org kata tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu,betul lah,masa di Universiti aku gagal dan daripada gagal itu aku bangkit dan bersungguh2 dan result exam aku 3.6 lebih,cuma bila aku bekerja,akibat aku x berguru dan bertanye serta berkawan,aku tenggelam dalam result A aku itu,semua apa yg aku buat di sekolah aku gagal,tapi bagi lah aku peluang sekali lagi akan aku buktikan,bukan aku x berjaya,memang aku pernah memberi inspirasi kepada pelajar SPM dan aku mengajar aliran sains tulen,so boleh di kira berjaya juga lah,dalam bidang kerjaya aku yg lain,aku okay banyak jugalah kejayaan nya,harapan aku semoga aku lebih berjaya di depan hari ku,bukan senang nak senang !
Untuk kamu yg masih di bangku sekolah,belajar lah bersungguh2 sebab bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah,sebanyak mana usaha sebanyak itulah hasilnya,kini aku hanya menunggu masa gugur nya sahaja bukan macam pungguk rindukan bulan iaitu belum pasti kejayaan itu milik kita atau tidak,tapi memang kejayan memang rasmi milik aku,cuma masa utk merasai terpaksa ditangguh kerana urusan kemerdekaan aku masih belum tiba,mungkin aku akan dibebaskan 4 atau 5 tahun lagi,berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul,x mengapalah ,aku sudah redha dgn takdir hidupku,kalau kita rasa berat dugaan buat diri kita ini,org lain cuba tgk lagi berat lagi drp kita,so bertenang2 sahaja lah,Tuhan x kan menginiaya kita tanpa menggantikan dgn perkara yg lebih baik lagi,Tuhan ambil sesuatu dari kita Dia nak bagi yg lebih lagi,dan paling penting,Tuhan tahu mana yg terbaik buat kita,dia akan bagi pada waktu yg tepat dan bukan pada waktu yg cepat ! 😍❤️😎
No comments:
Post a Comment