Wednesday, October 1, 2025

Kejayaan Perlukan Pengorbanan,Bukan Mudah Menempa Nama !!

Salam Kemesraan Semua =)

Hidup aku teruji Tuhan,banyak hadap benda tension dan benda bahagia,suka duka datang silih berganti,tapi yg penting hidup aku,banyak happy dan banyak sedih,arah hidup aku di hadapan belum jelas untuk ku aturkan langkahku,harap2 aku tidak tersalah memilih langkah kaki ini,semoga di jalan yg benar2 sahaja,tapi hakikatnya hidup aku masih dibelenggu,masih x bebas dan merdeka,yg pasti ada berubah arah yg kalau dulu 2x5 =10 ,tapi kini 5x2 =10, Okay lah jgk xde lah ditakuk lama lagi,telah berubah sedikit,nampak lah jalan bahagia,walau pun org kata nak bahagia kena sakit dulu,kalau ada bahagia kena disulami derita ,


Nak cerita pasal kerjaya yg banyak aku ni,pening juga aku memikirkan,haruskah aku singkirkan sesetengah kerjaya aku,agar aku tenang dan terbaik dalam memilih yg terbaik utk hidupku,aku bersyukur walaupun dulu aku hanya cikgu khas,kini jalan kerjaya diri aku semakin jelas memberiku bahagia,bukan duit,yg aku fikirkan,tapi ilmu yg ada pada aku itu harus aku berikan kepada bidang2 tertentu yg ketandusan ilmu dan arah menuju kejayaan,biarlah kehadiran aku sekurang2 nya,membuahkan hasil yg baik dan memberikan kebaikan utk insan2 lain juga,aku bahagia sangat dalam hidup aku,aku x pernah gagal dalam mendapatkan kerjaya yg baik dalam hidup aku,tapi ingat org xkan pandang kita kalau kita xder apa2 ,


Memandangkan merdeka aku lambat lagi,jadi aku kena bijak mendidik hati aku agar pandai bermain emosi dan otak agar x gila,yg pasti aku akan bebas drp segalanya ini sehingga aku berumur 42 tahun,itu maknanya tinggal 5 tahun lagi perjuangan aku,sabarlah wahai hati dalam menempuh dugaan hidup yg serba kekurangan ini,x semua org boleh lalui ujian hidup sepertimana apa yg aku lalui,aku mesti bijak bermain emosi,tapi aku besyukur juga,iya memang kehidupan du sini x ada apa yg menarik,hanya di kampung halaman dan malam ditemani hantu2 yg mengganggu,tapi aku x mampu berbuat apa2 awak,sy insan lemah dan x ada kuasa ajaib utk mudahkan urusan semua ini,aku 100 % ,guna tenaga,


Hidup ini,kalau kita x pandai lalui memang sukar utk kita tempuh,contohnya aku atau kamu bila dilanda stress atau xder mood nak borak dgn org atau xnak diganggu,tapi awk jangan dilayan sgt perasaan itu,kamu dan aku harus bangkit,jangan berlama sangat layan sedih,kamu dan aku harus kuat utk ukirkan senyum dan teruskan perjalanan hidup ini,kita mesti happy2 sahaja dalam hidup,kata org kita yg memilih apa jer yg menjadikan diri kita,apa yg kita tanam itulah yg tumbuh awk,kalau padi lah yg kita tanam ,maka padilah hasilnya,xkan nya nak tumbuh lalang pula kan,siapa yg makan cili dia yg terasa pedas,xkan lah org lain yg x makan pula yg rasa kan,berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul,


Memang sekali sekala kita rasa berat dan penuh masalah,ingat lah awk,dalam dunia ni ,xder org yg xde masalah,semua org ada masalah,beza nya besar atau kecil jer,ketahuilah awk semua,masing2 ada ujian masing2 dan masing2 sedang berjuang dgn ujian serta masalah masing2,xde mereka yg okay jer tanpa masalah,dan kalau kamu ingin tahu,dgn mengharungi masalah lah kamu akan menjadi kebih matang dan menjadikan kamu lebih bijak dalam mengharungi hidup,kata org kalau x dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,so kena pecahkan ruyung dahulu dan sagu akan datang kemudiannya,hidup ini keras awk,kita kena pandai bawak diri dalam hidup ini dan kita kena pandai memilih jalan terbaik dalam hidup ini,hanya mereka di jalan yg betul sahaja akan  berjumpa kejayaan dan bahagia hingga kehujungnya,


Dengan itu,sabarlah menempuh jalan dan tetapkan iman di hati, awk tiada jalan mudah utk berjaya dan bukan senang nak susah dan bukan senang nak senang kalau kita usaha pasti ada jalannya,tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu,nak berjaya ini perlukan pengorbanan yg besar,macam student anda kalau nak berjaya dalam pelajaran perlu ada pengorbanan, utk pilih berjaya dalam exam anda perlu korbankan minat anda yg suka anda buat,makna ku perlu korbankan salah satu demi utk dapatkan kejayaan,kalau nak berjaya utk esk di hadapan maka kita kena korbankan bahagia yg kini kita lalui,mereka2 semua yg berjaya mereka itu semua telah korbankan muda mereka demi kejayaan di hari tua,Ingatlah semua, sebanyak mana pengorbanan dan sebanyak itulah kejayaan atau hasilnya,Orait..😎

Hidup Ini Kalau Xder Derita,Hidup Kau Tuhan X Sayang ! Cayalah!

Salam Ketentuan Takdir Buat Ku =)

Hidup aku walau ada kesedihan tapi dalam kesedihan itu,selepas kesedihan itu,datang jua kebahagiaan,tapi dgn syarat aku x sekat hati,maknanya aku biarkan hati terima perasaan gembira yg datang menjengoh,x ada apa yg istimewa dalam hidup aku,jalanan aku jua hanya sekangkang kera,hanya rutin biasa sahaja yg aku lalui,x ada apa yg special,tapi walau semalang apa pun nasib kita akan ada sejarah yg kita cipta walau pun hari2 yg x lalui tiada apa yg berubah dan tiada benda dan perkara baru yg terjadi,


Malang hidup aku dan malang hidup kamu,mungkin antara kita tiada apa yg lain kalau di lihat dgn mata kasar tapi tetap ada beza dan kelainan yg terjadi dan berlaku,aku mungkin x tahu susah payah yg kamu lalui,tapi aku yakin org hebat itu dugaan nya lagi teruk drp org biasa macam kita,banyak masalah yg ada dalam hidup ini,kehidupan itu sendiri adalah satu ranjau yg mesti dihadapi dgn berfikiran positif dan penuh sabar mengharungi liku2 ujian dan dugaan,dan semoga kita tabah dan menjadi insan berjaya,


Walau seteruk apa pun ujian dan dugaan dalam hidup kita,kita kena lalui dgn hati terbuka iaitu berfikiran terbuka dan menanam dan menyulam hidup kita dgn ketabahan dan bersiap sedia dgn sikap2 yg baik,supaya kita x jatuh dalam cerun kehidupan yg akan memberi malang kalau kita salah langkah,aku yakin mereka2 yg pernah gagal dan pernah berjaya,mereka ini mungkin hanya gagal sekali dan mungkin hanya berjaya sekali sehaja dalam bidang yg diharungi nya,tapi anda kena yakin satu, jatuh bangun anda,anda sendiri yg menentukan,kata org ,org x dapat menjatuhkan diri kita melainkan diri kita sendiri menjatuhkan diri kita,


Anda kalau nak berjaya,bukan sahaja harus bersedia dalam apa sahaja cabaran tapi kepercayaan pada Tuhan pun kena teguh,anda kalau nak jadi jahat ker,nak jadi baik ker perlu ada ilmu,nak jadi jahat pun bukan senang,mesti kena ada ilmu iaitu ilmu cara jahat,dan nak jadi baik pun kena ada ilmu jugak,iaitu ilmu cara baik,so nak merompak pun kalau bodoh x lama anda boleh cari makan,x lama jadi lah mangsa kepada polis,nak merompak pun kena bijak sekarang ni,apatah lagi nak jadi org baik ,lagi lah kena bijak,


Kita ni kalau baik jgn kan org,Tuhan pun sayang,aura org baik ni dia boleh dihidu oleh semesta,sama juga org jahat aura jahat dia boleh dihidu juga oleh masyarakat,X !!! yg jadi masalahnya sekarang org baik ni lagi ramai drp org jahat,atau org jahat lagi ramai drp org baik ? Mengapa aku ,ramai jugak lah jumpa org yg x baik dalam hidup aku,jumpa kan lah aku dgn org yg cerah hatinya Ya Allah,Kalau begini lah pengalaman aku,sungguh aku x berkenan dgn manusia yg ku temui ramai yg berhati busuk,


Apa pun jua,kita x boleh hidup sorang2 diri di bumi Tuhan ini,kita mesti berkawan berjiran dan berkahwin,hubungan sesama manusia itu penting utk meneruskan silaturrahim ciptaan Tuhan,kalau kita ada masalah kita kena kongsi dgn org,cuba cari penyelesaian utk menjadi manusia yg lebih bertenaga dan lebih bahagia,Hubungan dgn Allah pun kena jaga,supaya Allah redha dekat kita sebab kita hidup ini ,kita nak cari redha Allah Yg Maha Esa ! =)

Hidup Susah Xder MONEY,Ingat Adik2 Yer !

Salam Keresahan Nan Lara Hati Ini =)

Begitulah dan beginilah hidup aku bila lambat nye lah diri ini nak bebas dan lama lagi harus menunggu di penjara di sini,x mengapalah org kata kita kena berdamai dgn takdir Allah,kita kena sesuaikan diri kita dgn keadaan dan bukan keadaan yg kena berdamai dgn kita,sebab kita x mampu ubah keadaan tapi kita mampu ubah diri kita mengikut keadaan,bila fikir balik tentang hidup aku,aku patut rasa bersyukur sgt sebab kejayaan dalam hidup aku sudah pun aku raih,x macam budak2 sekarang yg belum atau sedang hadapi SPM sekarang sedang berhadapan dgn banjir,betapa kejayaan atau kegagalan,masih menjadi tanda tanye,walaupun hidup aku serba kekurangan padahal berjaya segala impian,aku bersyukur Ya Allah, utk mereka iaitu pelajar khasnya kejayaan masih menjadi igauan bagi mereka,bukan zaman aku x banjir zaman SPM dulu,tapi dgn takdir Allah,semuanya selamat !


Bagi pelajar sekarang,mereka terdedah dgn pelbagai masalah dan pelbagai keadaan terkini yg mempengaruhi arah dan ketentuan bagi menjayakan cita2 mereka,dgn bencana alam seperti banjir di Kelantan yg begitu teruk tahun 2024 ini,tahun 2004 masa aku ambil SPM dahulu memang banjir tahun tu terpaksa berteduh rumah org sebelum sampai sekolah dan di tambah pulak dgn bulan Ramadhan,tahun ini tahun paling teruk bagi pelajar yg ambil Exam SPM terutama di Kelantan dan Terengganu,kesian pula bila fikir nasib mereka semua pelajar2,kerana SPM tu adalah penentu masa depan mereka,kalau mereka berjaya cerah masa depan mereka untuk seumur hidup mereka tapi tidak adil lah bagi mereka kalau hadapi SPM dalam keadaan huru hara begini,buku entah ke mana ,pakaian entah ke mana semua di hanyutkan banjir,di tambah dgn perasaan kecewa lagi dgn apa yg berlaku sangat mengecewakan diri dan keluarga,mustahil lah mereka x terkilan dgn apa yg terjadi !


Tekanan bagi mereka pelajar yg ambil exam ini,bukan setakat kecewa x dapat hadapi exam dgn tenang tapi juga mereka terpaksa ambil risiko redah tekanan2 lain seperti betapa kecewanya kalau lah mereka gagal ? maka gelaplah masa depan mereka utk seumur hidup,itu pasti,ini bukan perkara main2,ini adalah urusan antara hidup dan mati seseorang remaja yg akan meneruskan umur dewasanya dan terjaga di hari tuanya,terutamanya dari segi kerjaya dan rezeki iaitu habis belajar dia akan mencari pekerjaan,dan untuk menstabilkan ekonomi rumahtangga dan dirinya sendiri,mereka akan membawa sijil2 yg dia ada untuk memohon apa sahaja jenis2 kerjaya yg terbaik dan sesuai dgn kebolehan diri mereka,cuba fikir kalau mereka gagal exam kerana bencana lain dan bukan kerana kelemahan diri mereka sendiri,tidak kah merugikan mereka dan ini boleh buat diri mereka menangis,melainkan mereka sendiri mengagalkan diri mereka sendiri, iaitu malas dan sambil lewa belajar !


Aku masih ingat lagi,sangat berbeza bagi mereka yg rajin belajar dan nak berjaya dgn mereka yg malas belajar dan x fikir secara mendalam tentang masa depan mereka utk depan hari nak capai menjadi apa,cita2 mereka bagi pelajar yg ingin berjaya ,jelas mereka akan belajar dgn rajin dan fokus dgn pelajaran tapi bagi mereka yg x jelas dgn tujuan belajar dan tujuan hidup,mereka akan belajar sambil lewa dan nak x nak,mungkinlah masa remaja sekarang kamu x fikir lagi apa akan jadi dgn kehidupan mu apa akan terjadi di masa depan,tapi bila kesusahan hidup menyapa nanti barulah kamu tahu betapa ruginya kamu x belajar dgn rajin dan bersungguh2 masa remaja mu dulu,masa belajar ni kamu semua kena fokus dgn study,hanya pendidikan yg mampu mengubah masa depan mu di masa nanti,memanglah sekarang kamu x fikir itu semua sebab mak ayah yg tanggung hidup korang sekarang cuba bila kamu nak sara diri kamu sendiri bila kamu dah besar panjang,kamu akan menyesal dgn kehidupan remaja mu dulu sebab x belajar bersungguh2 !


Kini walaupun aku x merasa sikit pun hasil usaha aku dahulu,x mengapa lah masa utk aku merasai nya belum tiba,bila tiba masa akan ku rasai jua,percayalah,dahulu hidup aku memang perit,aku pernah gagal aku tapi dgn kegagalan itulah aku kini berjaya dalam hidup,aku ada segalanya,syukurlah apa org kata tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu,betul lah,masa di Universiti aku gagal dan daripada gagal itu aku bangkit dan bersungguh2 dan result exam aku 3.6 lebih,cuma bila aku bekerja,akibat aku x berguru dan bertanye serta berkawan,aku tenggelam dalam result A aku itu,semua apa yg aku buat di sekolah aku gagal,tapi bagi lah aku peluang sekali lagi akan aku buktikan,bukan aku x berjaya,memang aku pernah memberi inspirasi kepada pelajar SPM dan aku mengajar aliran sains tulen,so boleh di kira berjaya juga lah,dalam bidang kerjaya aku yg lain,aku okay banyak jugalah kejayaan nya,harapan aku semoga aku lebih berjaya di depan hari ku,bukan senang nak senang !


Untuk kamu yg masih di bangku sekolah,belajar lah bersungguh2 sebab bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah,sebanyak mana usaha sebanyak itulah hasilnya,kini aku hanya menunggu masa gugur nya sahaja bukan macam pungguk rindukan bulan iaitu belum pasti kejayaan itu milik kita atau tidak,tapi memang kejayan memang rasmi milik aku,cuma masa utk merasai terpaksa ditangguh kerana urusan kemerdekaan aku masih belum tiba,mungkin aku akan dibebaskan 4 atau 5 tahun lagi,berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul,x mengapalah ,aku sudah redha dgn takdir hidupku,kalau kita rasa berat dugaan buat diri kita ini,org lain cuba tgk lagi berat lagi drp kita,so bertenang2 sahaja lah,Tuhan x kan menginiaya kita tanpa menggantikan dgn perkara yg lebih baik lagi,Tuhan ambil sesuatu dari kita Dia nak bagi yg lebih lagi,dan paling penting,Tuhan tahu mana yg terbaik buat kita,dia akan bagi pada waktu yg tepat dan bukan pada waktu yg cepat ! 😍❤️😎