Wednesday, November 1, 2023

Aku Ingin Tuhan Sayang Aku,Aku Mahu Jadi Org Baik2 !

Salam za,sabar lah selagi za mampu melaluinya ,tp saat za down ,pohon dan  mintaklah apa sahaja pada Tuhan,tentu doa za akan diperkenankan Tuhan ,Tuhan nak bagi rezeki ni dgn byk cara,cuma kita jer x tahu sejauh manakah aturan Tuhan buat hidup kita,Tuhan sayang insan yg ingat Dia saat susah ,Mungkin Tuhan x bagi mengejut rahmat Dia kat kita ,tapi amalkan selalu apabila kita resah atau down ,cuba sabar ,,,tanamlah kat hati,wahai diri mesti ada something Tuhan nak bagi kat kau,sabarlah wahai hati ! 😍


Za jangan mudah mengalah dgn ujian Allah jika kita byk lalui susah dlm hidup kita jadi pintar lalui dan menyelesaikan masalah dan  jika kita x mampu lalui kekejaman hidup ini,Tuhan sengaja utk jadikan diri za yg dinamakan insan terpilih utk dikecewakan hatinya dan diremukkan air matanya,Za masih ada anak2,didik diorang sampai berjaya dlm hidup,kelukaan hati za tu sebenarnya betapa malangnya hidup za , tapi jgn jadikan itu alasan utk za x bahagia dalam hidup,setiap insan ni ada dugaan masing2,kalau za pilih utk derita dlm melalui kehidupan dgn perangai suami za,za akan derita ,Maaf za x mampu kak nak ubah kenyataan hidup za,amat berat sebenarnya keadaan za tu,tapi za kena percaya setiap yg berlaku ada baik buruknya dan datang dgn pakej ! Sebanyak tu baik dan sebanyak tu lah buruk,Yakin tu K ! Jadi za x perlu risau dgn kenyataan hidup za tu sebab dtg ia dgn pakej dan sebanyak tu manis sebanyak tu lah pahit,cuma kita za x tahu banyak mana baik byk mana buruk,tu yg menjadi masalah,tapi hakikatnya dtg dgn pakej tu adalah sudah menunjukkan apa yg berlaku dlm hidup kita adalah Adil dan Saksama,Okay ? 😁


Za kalau ada masalah kongsilah dgn insan yg za percaya k, ayat2 manis dan bermotivasi kena selalu makan,biar kita jadu kuat,Kak doa semoga za bahagia selalu,kita kat bawah ke kita kat atas ke,yg penting kita bahagia ! Itu pokoknya..duk atas pun kalau x bahagia nak buat apa ? Dan duduk di bawah ke kalau kita bahagia Why Not !! Tapi kak doa mintak2 bahagia buat Za First Class dan sentiasa All The Best !! ❤😍😁


Sakitnya hati ini Ya Allah melihat mereka berdu bermanja di depanku,patungkah aku ? Adilkah aku diperlakukan begini ? Aku tahu lawanku lebih segalanya nak dibandingkan dgn aku,Tuhanku..aku x mahu berbicara tentang payung emas yg Kau janjikan itu,hatiku sakit Tuhan,sakit ! Berdosakah suamiku membuatku begini ? Berdosakah maduku buat ku begini ? Tuhanku,x mahu aku berbicara dosa dan pahala yg Engkau janjikan ,Sesungguhnya hitungan amalan entah bulan berapa entah tahun ni kah tahun depan kah atau sejuta tahun lagi ! Titian sirat juga x mampu sejukkan hati ini yg terluka dan hancur hati ini,

No comments:

Post a Comment