Sunday, October 1, 2023

Xkan Pernah Habis, Cubaan & Dugaan Hidup Ini

Sayang Seribu Kali Sayang,

Walaupun suami za mainkan perasaan za ,x hargai cinta suci za tapi sy amat sayangkan za,hanya satu pintaku semoga za bahagia selalu walaupun cabaran dalam hidup ni xkan pernah berhenti dan datang silih berganti ,sabarlah wahai hati sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang,hanya Dia yg berkuasa atas segalanya,Syukurlah kalau Tuhan tempat mengadu dan Berpaut,bertambah Iman dan Amalan,dan menempah syurga di akhirat nanti !


Za,sy x mintak za balas apa2 pun apa yg pernah sy bagi kat za ,za x perlu ambik hati sy,nak susah payah tulis kata2 manis ker apa,xperlu semua tu,yg hanya perlu za buat dan za tahu ,sy hanya ingin tahu sakit pening za,masalah za dan susah payah za,hanya itu za,tolonglah za jaga mood sy,stoplah ambil peduli dan balas jasa sy,bayar dgn duit ! Kira semua settle,Okay ??? Janji za dgn sy jgn jaga hati sy,


Ingat lagi x apa yg pernah sy bagitahu za,za kena tahu hanya org yg ikhlas,jujur dan suci hati sahaja yg akan bahagia kat dunia ini,percayalah za x ada yg lebih damai melainkan punyai hati x iri dgn org x cemburu dgn org atau dengki,takdir hanya suka pada manusia yg baik hatinya jadi ,niatlah hari demi hari dgn doa yg baik2 sahaja,siapalah kita nak ambik kerja Tuhan,nak kawal dunia apa yg akan berlaku ? Akan terbatas jua,setelah usaha dgn hati suci maka tawakallah,insyaAllah doa yg ikhlas di hati kan temu kebahagiaan !


Bukan kerana suami beristeri lain,kita pun sedih dan hilang semangat utk hidup,tapi sebenarnya kita kena teruskan hidup, kena gagah walaupun rebah ,bagaimana nak lalui ? Diri diduakan ?? Malu ?? Rasa diri hina kerana suami lebih cintakan isteri muda yg cantik jelita ! Seolah2 kita ni macam sampah dan x cantik pula tapi hati awk za ,Class A ! Good2..Baik dan Sempurna,Isteri muda gembira dapat rebut kasih sayang suami dan suami lebihkan isteri muda,??? Za makan hati ker ??? Za terpaksa berkongsi kasih sayang dgn dia,?? Cuma satu jer za perlu buat iaitu jauhkan diri drp perkara2 yg dibenci Allah kerana itu semua syaitan !


Perasaan gembira za dibunuh suami za sendiri ,Za terpaksa susah hati semata2 utk tgk suami za bahagia dgn insan lain,tabah erk Za,Ujian Allah ni macam2..tapi ujian yg paling besar bagi seorang wanita adalah apabila diduakan suami,mungkin suami x kan pernah mengerti susah payah dan duka lara perasaan ini,tapi za serahlah segala2nya pada Takdir,biar takdir tentukan segalanya,kita x tahu apa yg terbaik utk kita,kita hanya merancang tapi Allah yg tentukan segalanya,Pasal dosa pahala suami ,tu bukan urusan za utk ambil kerja Tuhan kerja za hanya seboleh mungkin bangkit utk terus hidup dan berada di sisi anak2 !


Kawal minda dan emosi ,takut masalah terlalu di ambil pusing nanti masalah lain pula timbul,kalau boleh buanglah segala masalah,happy2kan diri selalu x kiralah jalan mana kita nak lalui asalkan boleh buat kita bahagia,byk benda dalam dunia ni yg boleh buat kita senyum dan bahagia,jangam stress2 !  Nanti org cakap kita gila,xnak kan ? So jaga2..Za jaga dan didiklah anak2 za ngan suami,jgn pula nanti terabai pendidikan anak2 dan gelap gelita masa depan anak2,Janjilah pada diri jgn sia2 tugas dekat anak !


Sungguh ladang pahala buat za terbuka luas,sabar dgn perangai suami dapat pahala,berbeza dgn mereka yg normal, walaupun bahagia tapi ladang pahala kurang,x kiralah apa jua,kita tetap mahukan bahagia yg milik kita sorang kan ? Tuhan menguji tiada henti menjadikan za susah utk meraih impian za tersebut,maka usaha lagi dan lagi utk mendapatkan apa yg za mahu,dia xkan berubah maka za yg kena berubah !

No comments:

Post a Comment