Thursday, June 1, 2023

Menggunung Resah Tiada Lagi,Ku Gembira Kini =)

Salam Kebahagiaan Buat Semua =)

Kini, baru lega sedikit hati ,malas nak cakap apa,biar masa dan takdir tentukan segalanya,kita hanya manusia biasa dan Tuhan berkuasa atas segala2nya, tenang hati kalau macam tu dan senang hati kalau macam ni , entahlah x mahu cakap apa2 kerana semuanya masih jauh daripada jangkauan,sebagai manusia biasa kita punya rasa ,punya hati,punya perasaan, punya selera dan punya citarasa,Setiap org mengharapkan yg terbaik dan mengharapkan yg indah2 dalam hidup mereka ,aku juga tergolong dalam itu,semoga semuanya yg terbaik itu milik kita semua,Amin3 !


Jika hari ini penuh luka ,syukurlah jika kita masih ada hari esok,sy hidup utk diri sy sendiri,sy hidup dgn perjuangan di tangan sendiri ! Sy sedih pun ,apalah sy mampu,sy hanya insan biasa, akan ketara jua nanti walau macam mana pun sy,akan terbukti jua nanti siapa diri sy yg sebenar, x perlu di omong2 ,x perlu dicanang2 ,sy berdoa agar sy diberi kekuatan dan diberi kesenangan dalam perjuangan yg semakin mudah ini,Sy hanya berpaut pada takdir ,hanya Tuhan yg fahami segalanya,berpautlah kita padaNya ! Manusia memandang punyai pelbagai tafsiran dan kitalah yg kena tabahkan hati !


Malang yg dulu masih kuterasa,pedih dan peritnya dugaan itu tapi segalanya bagai hilang sekelip mata jika semuanya ini terhenti asbab kalau aku dibebaskan dan ada ruang kemerdekaan buat diri ini,rasa seperti ingin memaafkan semua insan yg bersalah ! Kerana dugaan itu amat berat utk diri ini, tiada siapa yg boleh menolong aku ini,hanya menjadi mangsa insan yg amat bencikan aku,sedih diri ini walau aku terseksa yg amat berat sekalipun tiada sesiapa yg kesiankan aku,kalau kesian pun hanya separuh jalan,apalah dayaku,Kini baru aku sedari jika kita tiada apa2,kucing pun benci nak tgk kita ! Itu kucing dan apa lagi kalau org !


Malas nak cakap apa2,tapi cukup utk aku buat ikhtibar dan pengajaran yg sesuatu kebebasan itu patut dihargai setiap insan ,jika kebebasan tiada buat kita maka macam nerakalah kehidupan kita,aku xkan dah percayakan sesiapa lagi,aku akan bawa diri aku sendiri ,ke mana sahaja haluan aku,aku sendiri yg tentukan,sesungguhnya jika aku diberikan kebebasan depan nanti ,xkan kulepaskan lagi !!! Cukup utk aku buat pengajaran yg hidup aku dipermainkan org jer ,perasaan sedih dan derita ini tidak sedikit pun dipedulikan org,Apa yg aku nak cakap ,x akan aku persiakan lagi kebebasan dan kemerdekaan aku ini !


Sedarlah aku hanya kehidupan aku yg susah dalam dunia ni, hidup insan lain serba indah , x perlu menunggu utk bebas dan merdeka tapi bagi aku hanya seperti pungguk rindukan bulan ,xde pun datang menjemput diri daripada penjara ini ,sunyi dan sepi juga derita yg menemani diri, Seolah2 aku kena hadapi semua derita yg ada utk dapatkan kebahagiaan depan hariku sedangkan bagi insan lain ,semua free je utk dapatkan kesenangan, Kenapa bagi aku harus tempuh dugaan berat macam kena bayar plak kebebasan buat aku,x apalah ,kalau x tempuh kita x tahu kan ? Kini tahulah aku langit tu tinggi atau rendah ,Terima Kasih Takdir,hanya kau yg beriku segalanya !


Kini ,aku gembira Tuhan ,bukan segalanya lagi Dia dan hanya takdir dan masa yg berkuasa kini,Dan percayalah awk semua, takdir hanya mahukan insan2 yg baik2 sahaja ,kita hanya manusia biasa ini penuh kekurangan dan kelemahan dan kita x bisa menyentuh awan ,Percayalah anda semua , hanya hati yg suci murni sahaja yg akan bahagia dalam alam ini, So kita semua kena niatkan yg baik2 sahaja supaya yg terjadi kepada diri kita hanya yg baik2 sahaja,Niat yg baik itu seperti Doa kita kepada Tuhan ! Sy xkan jemu berdoa utk Mu agar kita sama2 BAHAGIA ,Dan buat diri yg bakal bahagia ,semoga Rahmat Drp Allah x putus2,Amin =)

No comments:

Post a Comment