Thursday, June 1, 2023

Jiwa Kacau ! Sedih Beb ! Sukar Utk Di Luahkan !

Selamat Sejahtera Semua =)

Dah lama dapur blog ni x berasap,so malam ni kita panas2kan sikit, nak menulis apa jer yg terlintas kat kepala ni,mungkin aku terlalu berbisa utk dilepaskan tapi itu dulu,Ya dulu !Kini tiada lagi resah menggunung,segalanya telah ditawan,dan aku kini tertawan,aku dah lama menanti bila saat aku akan dibebaskan dan bila pula masa utk aku bersuka ria,maafkan aku..aku insan daif ! Pun hari ini ,penantian demi penantian ,Belum ! Belum utk aku bahagia,Biarlah 'Aku berganti pasrah !


Berapa kali dan entah kenapa dgn takdirku,aku x nak sama sekali salahkan takdir kerana sesungguhnya takdir buatku adalah yg terindah,aku cukup bahagia di silamku,mana bisa aku membencimu wahai takdir dan waktu,Kau atur Kau susun segala dan semuanya untukku,Kau pilih aku utk beroleh sayang dan kasihmu,Kau cukup memahamiku,andai ada tingkahku yg melukakan hatimu,maafkan aku..Takdir hanya mahukan insan yg berhati jujur,Dan adakah aku org itu ? Suratan dan Kebetulan !


Sebenarnya di dalam hati ini mungkin tersirat seribu kemanisan namun dalam semanis madu,ada juga pahit hempedu tapi hadapilah dgn senyuman kerana senyuman itu penawar duka,kita menjadi manja kerana kita x pernah dihadapkan dgn pelbagai masalah,dgn sebab itu jadilah kita insan yg tandus ilmu dalam menyelesaikan masalah,apa2 pun kalau hidup xde masalah jangan pula nak cari pasal,nanti x pasal2 malangnya diri,kata org kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan,pelbagai impian dan harapan belum masih lagi tercapai !  Usaha lagi..Caiyok2 


Doakan sy yer semua,sy kini sedang ke arah menghasilkan novel drp pengalaman hidup sendiri dan drp kisah benar dan sebenar2 kejadian,tapi masih lagi bertatih,apa yg terbeban dalam hati ini amatlah berat dan dasyat,sesungguhnya akulah Puteri Itu,Sesungguhnya hatikulah berjiwa murni ,apa lagi nak dikata,segalanya telah berakhir hanya menunggu utk dipetik buahnya je,tiada istilah sabar dalam perjuangan ini ,semua ku buang dan ku buang dan sampai ketikanya akan aku ambil kembali utk dihitung mana keadilannya !


Kekuatan itu datang dari kasih sayang,kekuatan aku adalah keluargaku,semangatku adalah kamu,penyembuhku adalah kamu semua family ku,susah senang kita, hanya kita semua yg cubit paha kiri ,paha kanan terasa,cubit paha kanan,paha kiri terasa ! Tiada ibu bapa yg iri dgn kejayaan anak,adik beradik kalau sejati pun x kan jeles sama sendiri,so apa nak risau bersyukurlah apa yg ada,semoga keluarga kita bertambah bahagia dgn kembalinya aku,iatu ahli baru dalam keluarga kita !


Penulis novel yg terbaik adalah bila penulisan nya ada jiwa ,mana nak cari jiwa tu,tanya hati,kalau bahagia'bahagialah ditulisnya,kalau derita'deritalah ditulisnya,itu sahaja agaknya,ada juga dikalangan kita penulisan itu luahan perasaan,semua org boleh menulis kadang2 tulisan org ni 10 org 10 jenis,begitu jugalah dgn penulisan ,lain org lain pengalamannya,Bacalah..coretan ini hanya omong2 kosong drp otak yg kosong ! Sedih 😭Selamat Tinggal !!!

No comments:

Post a Comment