Assalamualaikum Alam dan Semua,Semoga dalam Rahmat Allah Selalu Yer ,Amin =)
Bagaimana dengan kehidupan hari2 anda ? Adakah indah seperti bintang dan bulan ? Dekatkah anda dengan sekeliling anda ,dengan pokok2 ,hutan2 dan haiwan2 kesayangan ? Semua itu terapi tau ,bagi yg stress dgn kerja atau menyampah dgn manusia ,cuba2lah main2 dan dekat dgn kehijauan alam ini dan berkasih sayang dgn haiwan dan alam ni x kiralah sekalipun bebatuan di dalam sungai =)
Mungkin ada di antara anda semua tidak sedar akan ketenangan yg alam ini hadirkan buat kita,bunyi air yg mengalir tenang ,kehijauan daun menyejukkan mata dan berkasih sayang dengan haiwan2 peliharaan yg membuatkan anda insan berhati suci, Kadang2 pernah x anda lihat awan di atas sana di siang hari ? Kebiruan langit terbentang menambahkan lagi keyakinan akan betapa Tuhan itu ada kedudukan yg tinggi dan Berdiri sendiri ! Dialah yg menciptakan segalanya,sedangkan kita insan kerdil dan x mampu utk semua itu ,,
Aku sebagai insan yg terkurung ini kalau melihat sekeliling seperti hilang masalah2,bagaimana dgn anda ? Adakah anda insan yg tahu menghargai tantang anugerah yg percuma ini, Udara segar ini dari pepohon dan desa yg permai ,sekali sekala bercutilah di pulau2 melihat keindahan laut yg biru luas terbentang,kesibukan kerja xkan pernah habis sehingga anda tua sekalipun ,ambiklah sedikit masa utk riangkan diri dgn mencari kebahagiaan bukannya mengharapkan bahagia itu hadir sendiri,Hari cuti adalah utk anda luangkan masa anda dgn keluarga,eratkan hubungan bersama kerna bersama x selalu ada buat kita ,
Kadang2 juga duit yg kita cari tu x juga kita habiskan semua ,makanan yg enak2 sedia menanti dgn buah2an yg lazat seperti buah rambutan ,durian dan langsat hanya pada musim buah kita dapat merasa so jangan lepaskan peluang menikmati semuanya =) Bagi anda yg sudah bersara marilah melawat Kelantan dengar ceramah2 agama pada malamnya tingkatkan amalan,Ada masa ke kebunlah tengok tanam tanaman utk keluarkan peluh di waktu pagi atau di petang hari
Bagi remaja dan dewasa2 lepas habis waktu kerja ke padang bola pun bagus juga,keluarkan peluh barulah jauh dari penyakit,berjongging ke anda akan merasa letih pada malamnya keadaan ini akan menambahkan lagi lena tidur kita sebab penat sangatkan ! Malah pada pagi esoknya anda bangun dgn lebih segar, mungkin di antara anda tidak tahu kenapa pentingnya anda bersukan selain utk kesihatan kerana keluarkan peluh malah keletihan menambahkan lagi kenikmatan tidur yg mana kita akan tidur lebih lena !
Selain itu,bagi yg beragama islam tu solat itu bagus ada pegangan bertuhan dan agama lain juga sama anda sembahyang dan ini utk memantapkan lagi kepercayaan dan dalaman anda ,kita akan lebih tenang dan bila kita bertuhan kita nak apa saja kita akan meminta dengan dgn Tuhan dan Tuhan itu satu tempat utk hamba2nya meminta dan bermohon hajat,Jika kita bermasalah jiwa luahkanlah kat mana2 sahaja ,Tuhan ,kawan ,kertas !! Jom kita jadi insan yg sihat zahir dan batin dan Luar Dalam =)
No comments:
Post a Comment