Tuesday, November 1, 2022

Hati Seksa X Mengapa Lagi, Jangan Hati Busuk !

Salam Kemaafan Semua =(

X tahu marahkan apa,rasa nak marah jer,mengamuk x tahu kenapa hati ni,kadang2 tu marah kat org yg x buat salah dgn kita ,Ya Allah ujian apa sampai macam ni,x tahulah dgn hati ni dah penat didik dah ,begini ke dapat hati yg bersatu dgn syaitan,ujian Allah dtg dgn byk cara mungkin dgn cara macam ni Tuhan nak uji aku,apa lagi boleh aku berbuat selain sabar ,Cakap mudahlah nak berbuat ,tu yg payah ,kalau terus macam ni lah habis ngan semua org aku gaduh rasanya !


Dah aku cuba buang semua kata-kata daripada hati ini supaya aku x mengata org ,x buat org malu atau marah dgn ayat2 yg keluar dari hati ini walaupun x keluar dibibir ini,dah lama aku macam ni sebenarnya ,dah penat dah nak kawal hati yg berkata2 ni ,sedih kenangkan nasib diri ni,nasib2 baru kenal je dah cari gaduh dgn org, xde org yg nak masalah tapi xkan aku nak mengeluh aku sendiri cakap setiap org ada masalah diorang masing2 !


Dah dekat 35 tahun macam ni hati ,bersyukurlah anda yg x byk masalah di hati2 anda ,x payah lah nak pertikaikan apa2,semuanya adil dan saksama jadi teruskan kehidupan ini seperti biasa kerana hidup ni memang kadang2 kita kat atas dan kadang2 kita kat bawah,so tabahkan hati saat terluka dan bahagia akan tiba jua,Namun jangan sesekali kita berada di jalan yg salah yg memudaratkan kita kerana yg salah tetap salah  !


Cubalah sekuat hati utk melawan kata2 yg keluar dari hati ini sehingga hanya manis2 sahaja yg keluar dari bibir kita dan hati kita,kita boleh kalau kita mahu ! X kiralah betapa sedih hati ini lalui sebanyak mana keperitan kerana takdir Allah itu ada dan selamanya akan jadi teman kita dan musuh kita ,kenapa aku berkata begitu bukan budak2 je tahu nak sayang kita kalau kita ibu yg terbaik malah alam jua turut mengerti,so apa lagi boleh kita berbuat ? Selain berbuat baik ! Ya,berbuat baik dan dgn niat yg baik dalam apa jua =)


Tiada apa yg boleh menghancurkan niat dan perbuatan baik anda ,hanya kebaikkan sahaja yg akan diterima org dan alam malah jua takdir ,x payahlah nak cakap banyak, hanya hati yg suci sahaja yg akan bercahaya dalam apa jua dan kebersihan dalam diri sahaja yg akan menjadi kegilaan sesiapa pun,terutama yg mencari suami pastikan anda berhati suci dan yg menjaga kebersihan diri sahaja yg terpancar sinar diri ! Yakinlah anda ,selain itu cantikkanlah diri anda dalam bertutur kata agar terpancar sinar ceria diri dan nampak cantik segalanya !


Berbalik kepada masalah diri ini yg hati ini sering berkata2 yg buruk2 sahaja dan suka mengutuk org,bukan sedikit atau x terniat langsung utk aku keluar ayat2 yg tidak baik itu semua tapi hati yg lekat dgn syaitan ini sering mengganggu,apa lagi yg boleh ku berbuat,selain tabah dan sabar,Ingatlah tiada yg selamanya dan semuanya sementara,walaupun anda sakit hati dgn sy, sakit anda hanya satu tapi sakit sy seribu hati nan rosak ! Ingatlah bahawasanya kita yg memilih segalanya utk diri kita ,madu di tangan kananmu racun di tangan kirimu =) Selagi kita boleh kawal,kita kawal ,Okay !

No comments:

Post a Comment