Tiada Kejayaan Tanpa Usaha Yang Gigih
Salam,Hai2 semua
Betapa susahnya nak berjaya dlm hidup ni kan setiap insan yg hidup di dunia ni ada cabaran masing2 demi menempuh kehidupan ini =)Pelbagai pengorbanan yg dilakukan utk menempah kejayaan ,tidak kiralah dlm dunia study atau pun kerja atau lain2
Aku ingin bercerita tentang pengalaman aku sendiri ,sungguh berat dugaan yg menimpa sehinggakan sangat menguji kesabaran diri dan hati ini,tapi berkat kesabaran aku berjaya jua dlm study aku dan kerjaya aku juga terbaik !
Aku sendiri sebenarnya tidak mengerti mengapa hidup aku sepayah ini pada permulaan nya tapi semua itu aku tempuhi dengan tabah dan sabar ,akhirnya semuanya menjadi milik aku,ingatlah kawan kalau betul2 nak berjaya dlm hidup kena tanam banyak kesabaran dan ketabahan dan aku yakin semuanya akan menjadi milik anda =)
X perlulah aku terangkan secara detail apa dugaan yg aku lalui yg penting bagi pihak anda dugaan setiap insan ni x sama lain orang lain cabarannya tapi acuan yg sama jer utk tempuh semua tu dan kalau bezanya sikit sahaja buang yg itu tambah yg ini then ,anda dapat apa yg anda nak !
Org kata kalau nak berjaya kena ada DUIT !!!Doa Usaha Ikhtiar Tawakal ,Betul lah tu ! Semua itu kita perlu demi mencapai kejayaan dan Kebahagiaan,Doa adalah kita menadah tangan kepada Allah meminta dilimpahkan kejayaan dan kebahagiaan juga ketenangan =)
Usaha pula kita menggunakan tenaga ,otak dan tangan serta kaki empat kerat demi mendaki tangga demi tangga tingkat demi tingkat kejayaan dan kebahagiaan sama jua dengan ikhtiar kita mencari jalan yg membuka kepada pintu rezeki dan kejayaan =)
Tawakal pula setelah anda berusaha maka tempat berserah hanya kepada Allah Taala samada usaha kita diberkati Allah atau lambat ditunaikan atau cepat ditunaikan oleh Yang Esa !Selalu2lah berdoa dan berdoa itulah tawakal iaitu berserah padaNya =)
Usaha ni kalau pelajar banyakkan buat latihan utk semua mata pelajaran setiap hari ,hari demi hari dan tiba hari peperiksaan perah dan kerah semua ilmu pengetahuan dan jawab dengan teliti dan baca dengan teliti soalan,insyaAllah berkat doa selama ni anda berjaya jua =)
Jika anda seorang pekerja atau seorang ayah yg mencari rezeki utk keluarga maka gunalah tulang empat kerat atau seluruh tenaga atau seluruh pemikiran supaya mencapai tahap yg paling tinggi tahapnya,insyaAllah berkat rezekinya,Amin
Cuma satu pesanan sy,janganlah guna cara yg salah atau menipu atau jalan salah dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta carilah rezeki yg halal utk diri sendiri dan keluarga agar diberkati hidup dan dalam rahmat Allah selalu =)
Jika anda mendapat kejayaan atau mendapat rezeki lebih jangan pula lupa insan2 yg di bawah anda agar kita semua sama2 bahagia dan sama2 mendapat rahmat drp Allah,Kita semua sama sahaja disisi Tuhan ,tua muda kaya miskin hanya hati jua lah penilaian Tuhan,ingat Tu !!!
Sy bukan bagi isi sgt pun dlm coretan ini,sekadar membebel sahaja,kat mana isi kat mana huraian sy sendiri pun x tahu tapi harapan sy hanya satu utk berjaya kita perlukan usaha doa ikhtiar dan tawakal =)
Dan akhir sekali,utk berjaya dan bahagia kita jgn lokek ilmu dan harta agar rezeki dan kejayaan juga kebahagiaan kita diberkati Allah..Amin3.Sama2lah kita usaha agar jangan pula mencari sesuatu menggunakan jalan atau cara yang salah,itu salah dan berdosa,Ingat tu pesan sy dan pesan utk diri sy sendiri,sesungguhnya yg lepas sy insafi jika sy salah,ampuni aku Tuhan !!
No comments:
Post a Comment