Wednesday, June 30, 2021

Aku Insan Seni Dan Suka Akan Seniman

 Aku Insan Seni Dan Suka Akan Seniman


Assalam semua ? Apa citer yer =)Hope Happy Always

Tentang lagu2 ,lagu lama lagu raya lagu romantik lagu asli lagu dangdut dikir barat dan lain2 =)


Kenapa nak sentuh pasal lagu ni ? Apa istimewanya tentang lagu ni ? Entah lah ,aku sekadar meluahkan dan panjang2 coretkan sekadar bebelan..Hahaha


Cuba kita tengok siapa yg pandai cipta lagu cipta lirik cipta irama bollywood hollywood atau apa2 jer lah drp mana diorang dpt idea mmg seni dan berseni sgt,Good !


Kita dalam kereta sambil rehatkan diri sambil buat keja sebelum tido sambil apa lagi ,Ah mcm2 lah kalau layan lagu layan radio mmg best sgt buat keja sambil layan lagu kita sedar x sedar jer masa berlalu tgk2 siap keja atau tgk2 terlelap sambil layan lagu tu..Wakakaka


Lagu hisdustan kelakar aku nak cerita bukan apa yg penyanyi perempuan punya suara kepit punya lah tapi yg lelaki nya best giler bawak lagu mmg penyanyi yg hebat lah and sedap suara nya ,


Paling syahdu di pagi hari bila dgr lagu raya ,Hurmm rasa kebesaran hari itu yg di lalui dgn tangan sambil dan saling dihulur ,lagu raya meriah sgt di negara Malaysia tapi bagi negara islam lain xder pun lagu raya,raya meriah semeriahnya di sini ,Syukur =)


Nasyid moden ni tentang kasih kekasih dah byk bukan itu sahaja tentang ketuhanan paling banyak mmg bertuhan lah kalau dgr ,kalau di Malaysia aku paling suka kumpulan nasyid Hijjaz,lagu2 diorang sgt bagus !


Dikir barat pula famous di Kelantan ,aku sekala sekali layan jugak lagi pun ni negeri aku,dikir barat dulu dengan sekarang berbeza dulu dgn awok2 iaitu anak2 buah yg tukang turut tapi sekarang dikir barat moden penyanyi nya hanya sorang atau pun 2 org


Dangdut dulu famous pada tahun 90 an ,yg paling aku ingat penyanyi nya ialah Amelina =)mmg asyik lah layan dangdut ,yg gelek pun ada 


Ratu Irama Malaysia,Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza ,Ermmmm lazat sgt layan lagu irama Malaysia ni atau layan lagu tradisional dulu2 ,ini akan menjadi minat sesiapa sahaja yg mendengar nya muziknya tarian nya sungguh indah !


Siti Nurhaliza membawakan lagu2 balada memang menjadi satu titik noktah yg kebanyakkan penyanyi sekarang tidak mampu menandingi nya hanya setakat itu balada terhenti


Sekarang,lagu balada tidak dapat tandingi lagu 90 an dulu2 ,lagu 90 an dulu banyak kumpulan2 penyanyi rock dan kumpulan penyanyi balada seperti Slam Screen Stings Slash dan byk lagi =)


Sesungguhnya aku membesar dgn lagu dan aku minat menyanyi dan aku ada bakat menyanyi cumanya x tahu bila akan kesampaian nak masuk studio rakam suara..wait n see ! Bye2 =)

No comments:

Post a Comment