Wednesday, June 30, 2021

Aku Insan Seni Dan Suka Akan Seniman

 Aku Insan Seni Dan Suka Akan Seniman


Assalam semua ? Apa citer yer =)Hope Happy Always

Tentang lagu2 ,lagu lama lagu raya lagu romantik lagu asli lagu dangdut dikir barat dan lain2 =)


Kenapa nak sentuh pasal lagu ni ? Apa istimewanya tentang lagu ni ? Entah lah ,aku sekadar meluahkan dan panjang2 coretkan sekadar bebelan..Hahaha


Cuba kita tengok siapa yg pandai cipta lagu cipta lirik cipta irama bollywood hollywood atau apa2 jer lah drp mana diorang dpt idea mmg seni dan berseni sgt,Good !


Kita dalam kereta sambil rehatkan diri sambil buat keja sebelum tido sambil apa lagi ,Ah mcm2 lah kalau layan lagu layan radio mmg best sgt buat keja sambil layan lagu kita sedar x sedar jer masa berlalu tgk2 siap keja atau tgk2 terlelap sambil layan lagu tu..Wakakaka


Lagu hisdustan kelakar aku nak cerita bukan apa yg penyanyi perempuan punya suara kepit punya lah tapi yg lelaki nya best giler bawak lagu mmg penyanyi yg hebat lah and sedap suara nya ,


Paling syahdu di pagi hari bila dgr lagu raya ,Hurmm rasa kebesaran hari itu yg di lalui dgn tangan sambil dan saling dihulur ,lagu raya meriah sgt di negara Malaysia tapi bagi negara islam lain xder pun lagu raya,raya meriah semeriahnya di sini ,Syukur =)


Nasyid moden ni tentang kasih kekasih dah byk bukan itu sahaja tentang ketuhanan paling banyak mmg bertuhan lah kalau dgr ,kalau di Malaysia aku paling suka kumpulan nasyid Hijjaz,lagu2 diorang sgt bagus !


Dikir barat pula famous di Kelantan ,aku sekala sekali layan jugak lagi pun ni negeri aku,dikir barat dulu dengan sekarang berbeza dulu dgn awok2 iaitu anak2 buah yg tukang turut tapi sekarang dikir barat moden penyanyi nya hanya sorang atau pun 2 org


Dangdut dulu famous pada tahun 90 an ,yg paling aku ingat penyanyi nya ialah Amelina =)mmg asyik lah layan dangdut ,yg gelek pun ada 


Ratu Irama Malaysia,Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza ,Ermmmm lazat sgt layan lagu irama Malaysia ni atau layan lagu tradisional dulu2 ,ini akan menjadi minat sesiapa sahaja yg mendengar nya muziknya tarian nya sungguh indah !


Siti Nurhaliza membawakan lagu2 balada memang menjadi satu titik noktah yg kebanyakkan penyanyi sekarang tidak mampu menandingi nya hanya setakat itu balada terhenti


Sekarang,lagu balada tidak dapat tandingi lagu 90 an dulu2 ,lagu 90 an dulu banyak kumpulan2 penyanyi rock dan kumpulan penyanyi balada seperti Slam Screen Stings Slash dan byk lagi =)


Sesungguhnya aku membesar dgn lagu dan aku minat menyanyi dan aku ada bakat menyanyi cumanya x tahu bila akan kesampaian nak masuk studio rakam suara..wait n see ! Bye2 =)

Tuesday, June 15, 2021

Majalah Agama Sehinggalah Majalah Hiburan

Majalah Agama Sehinggalah Majalah Hiburan


Assalam semua..Hello2,

Majalah ,majalah dulu2 mcm2 kan ada Nona Remaja Mangga lain2 lah xnak sebut sgt sbb x tahu sgt dan dulu2 x membeli sbb xde duit =)


Tapi suka kalau tgk2 gambar dlm majalah terutama artis,tip2 kesihatan poster artis,aku pun x ketinggalan suka poster artis =)


Sebenarnya aku x cukup ilmu nak ulas tentang majalah ni kerana wartawan diorang lebih arif ,dan artis2 pun diorang lebih tahu ,aku ni cap ayam jer =)


Masa zaman sekolah menengah dulu2 ada lah beli surat khbar then kumpul lah apa2 ilmu tentang agama tip2 tertentu dan paling ingat Bipop kumpul lah gambar artis dan lirik2 lagu yg diorang tulis ddlm BiPop =)


Dulu2 mmg minat lah kumpul apa2 jua tip2 penting tapi last2 terbuang begitu sahaja sbb x tahu nak buat apa baca pun sekali jer lah =)


Majalah dulu2 cantik sgt gambar kalau tunjuk muka artis then tip kecantikkan then ada ruangan2 tertentu boleh berbicara tentang masalah kelamin pun ada ruangan apa lagi ada  =) banyak lah ,


Yg paling aku ingat ada iklan kasut kan ,cantik2 sgt kasut zaman tu masa tu aku sekolah rendah kot ,zaman tu mmg glamour kasut kulit beg kulit warna coklat !


Pernah juga aku tgk iklan kasut warna pink cantik sgt dlm 4 5 pasang ,mcm tu lah agaknya ,mmg cantik rekaan nya kalau nak tgk kasut sekarang pun maybe kasut yg aku tgk tu lagi cantik ! 


Maybe jugak aku yg blm tgk fesyen2 kasut and beg tangan yg terkini ,yg aku tgk yg biasa2 jer sbb tu aku ckp kasut n beg tangan pink yg aku tgk tu lagi cantik !


Ada jer aku beli kasut n selipar cantik tapi maybe aku yg x terdedah dgn beg n kasut cantik dan aku jadi confius , x kisah lah tu semua ! Anda lebih arif dlm menilai sbb anda lebih terbuka dlm melihat    apa yg ada,maafkan sy x mampu menyatakan apa yg sebenar =)


Majalah mmg byk majalah ada mcm2 ,artis2 lah menghiasi muka depan mmg tgk artis pujaan mmg nak beli ,aku dulu rasa jugak bebas membaca dan membelek majalah tu pun x membeli sbb xde duit !


Kalau baca majalah agama tu kat perpustakaan sekolah,kalau majalah mingguan wanita ker ,kat kedai2 yg kita terpaksa menunggu giliran mcm saloon !


Membaca jambatan ilmu,seingat aku Tun Dr Mahathir yg pernah menggalakkan rakyatnya utk membaca,satu fenomena dulu dan ada lagu tentang itu dicipta khas ! Rasa2nye lah

Wednesday, June 9, 2021

Tiada Kejayaan Tanpa Usaha Yang Gigih

Tiada Kejayaan Tanpa Usaha Yang Gigih


Salam,Hai2 semua

Betapa susahnya nak berjaya dlm hidup ni kan setiap insan yg hidup di dunia ni ada cabaran masing2 demi menempuh kehidupan ini  =)Pelbagai pengorbanan yg dilakukan utk menempah kejayaan ,tidak kiralah dlm dunia study atau pun kerja atau lain2


Aku ingin bercerita tentang pengalaman aku sendiri ,sungguh berat dugaan yg menimpa sehinggakan sangat menguji kesabaran diri dan hati ini,tapi berkat kesabaran aku berjaya jua dlm study aku dan kerjaya aku juga terbaik ! 


Aku sendiri sebenarnya tidak mengerti mengapa hidup aku sepayah ini pada permulaan nya tapi semua itu aku tempuhi dengan tabah dan sabar ,akhirnya semuanya menjadi milik aku,ingatlah kawan kalau betul2 nak berjaya dlm hidup kena tanam banyak kesabaran dan ketabahan dan aku yakin semuanya akan menjadi milik anda =)


X perlulah aku terangkan secara detail apa dugaan yg aku lalui yg penting bagi pihak anda dugaan setiap insan ni x sama lain orang lain cabarannya tapi acuan yg sama jer utk tempuh semua tu dan kalau bezanya sikit sahaja buang yg itu tambah yg ini then ,anda dapat apa yg anda nak !


Org kata kalau nak berjaya kena ada DUIT !!!Doa Usaha Ikhtiar Tawakal ,Betul lah tu ! Semua itu kita perlu demi mencapai kejayaan dan Kebahagiaan,Doa adalah kita menadah tangan kepada Allah meminta dilimpahkan kejayaan dan kebahagiaan juga ketenangan =)


Usaha pula kita menggunakan tenaga ,otak dan tangan serta kaki empat kerat demi mendaki tangga demi tangga tingkat demi tingkat kejayaan dan kebahagiaan sama jua dengan ikhtiar kita mencari jalan yg membuka kepada pintu rezeki dan kejayaan =)


Tawakal pula setelah anda berusaha maka tempat berserah hanya kepada Allah Taala samada usaha kita diberkati Allah atau lambat ditunaikan atau cepat ditunaikan oleh Yang Esa !Selalu2lah berdoa dan berdoa itulah tawakal iaitu berserah padaNya =)


Usaha ni kalau pelajar banyakkan buat latihan utk semua mata pelajaran setiap hari ,hari demi hari dan tiba hari peperiksaan perah dan kerah semua ilmu pengetahuan dan jawab dengan teliti dan baca dengan teliti soalan,insyaAllah berkat doa selama ni anda berjaya jua =)


Jika anda seorang pekerja atau seorang ayah yg mencari rezeki utk keluarga maka gunalah tulang empat kerat atau seluruh tenaga atau seluruh pemikiran supaya mencapai tahap yg paling tinggi tahapnya,insyaAllah berkat rezekinya,Amin


Cuma satu pesanan sy,janganlah guna cara yg salah atau menipu atau jalan salah dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta carilah rezeki yg halal utk diri sendiri dan keluarga agar diberkati hidup dan dalam rahmat Allah selalu =)


Jika anda mendapat kejayaan atau mendapat rezeki lebih jangan pula lupa insan2 yg di bawah anda agar kita semua sama2 bahagia dan sama2 mendapat rahmat drp Allah,Kita semua sama sahaja disisi Tuhan ,tua muda kaya miskin hanya hati jua lah penilaian Tuhan,ingat Tu !!!


Sy bukan bagi isi sgt pun dlm coretan ini,sekadar membebel sahaja,kat mana isi kat mana huraian sy sendiri pun x tahu tapi harapan sy hanya satu utk berjaya kita perlukan usaha doa ikhtiar dan tawakal =)


Dan akhir sekali,utk berjaya dan bahagia kita jgn lokek ilmu dan harta agar rezeki dan kejayaan juga kebahagiaan kita diberkati Allah..Amin3.Sama2lah kita usaha agar jangan pula mencari sesuatu menggunakan jalan atau cara yang salah,itu salah dan berdosa,Ingat tu pesan sy dan pesan utk diri sy sendiri,sesungguhnya yg lepas sy insafi jika sy salah,ampuni aku Tuhan !!