Tuesday, September 29, 2020

Bercintalah Dgn Allah

 Bercintalah Dgn Allah

Aku mencari yang mencintaiku 

X sangka masih ada kasih dan syg sang pencipta mencicip rezeki buat diri ini..syukurlah.Kalau dah rezeki x ke mana???Tinggal separuh je lagi x sabar kah menunggu sungguh dugaan apakah ini..sungguh dlm penantian ini kita diuji bukan hanya aku malah kamu juga teruji tapi kita telah mencipta kenangan yg sepatutnya mencerminkan kecurangan yg dasyat kerana rindu yg membara.Tahniah buat aku dan kamu..sesungguhnya bersatu dlm nyata itu kepastian bahagia atau tidak yg penting penantian sesuatu penyeksaan kepastian satu  penawar samada dlm suka atau pun duka.apa yg penting pastikan kepastian samada duka ke suka ke tu nombor dua yg nombor satu kepastian terlebih dahulu.sabarlah syg menanti diri ini yg membuatmu gila menunggu yg x pasti aku harap kau juga tahu yg kita lalui semua ini adalah teramat berat utk ditempuhi menguji kesabaran minda dan hati.Kesetiaan mu begitu mahal harganya tuhan telah menguji cinta kita sedalam2nya dgn pelbagai rasa.Apa lg bisa kita ungakapkan terimalah syg cintaku seadanya bersama bersatu.Tuhan masih menyanyangi kita barangkali dugaan sebenar ini yg kamu sepatutnya penuh dgn kecurangan.Bukan setahun syg tapi sepuluh tahun.Kita meniti jalan yg sarat.Sayangku...terima kasih syg di ats kesetiaanmu yg x berbelah bagi tiada kasih dan syg yg ku beri tapi kau dgn kosong driku.Mungkin inilah cinta sejati dan cinta termahal kerana telah diuji segalanya mengalahkan cinta si adam dan hawa.Masa terasa pantas jika sedang berbahagia tapi masa terasa menyeksa bila penantian terlalu lama.Tahukah kamu syg apa yg bakal kita tempuh di hadapan hari...istana menanti.Apalah sgt yg bisa aku ungkapkan utk sebuah kenangan yg hanya selangkah! Aku x ke mana2.Hati ini benar2 kosong Otak ini benar2 kosong jasad ini inginkan sentuhan yg berpanjangan.Bisakah utk dipenuhi setelah sepuluh tahun menderita semuanya kosong utk jasad minda dan hati.Akan ku penuhi jiwa dan minda serta jasad yg kosong ini dgn kenangan kasih sayang dan ilmu yg berguna.Aku tidak mahu berbicara yg tidak2 aku hanya inginkan keadaan yg tenang2 sahaja.Kalau nak dihitung byk plak yg salahnya sikit yg btl.Mengalah lagi lah nampaknya.Akan kuhitung tapi yg kesimpulannya hang kiro sendiri noh!!! Ingat kawan2 kita yg dh berjodoh zaman study lg or dah hbsnya study dah pun berumahtangga anak dah tiga empat dah kita ni merasa nikmat rumahtangga pun blm.Sungguh nikmat cinta dan nikmat berumahtangga itu tiada terhitung lazatnya nikmatnya.Semoga kamu berbahagia kawan2 aku hanya mampu mendoakan dan aku masih mencari mencari tanpa pegangan oh alangkah deritanya seksaan ini sygku..masih menanti dan menanti.Mencari dgn selangkah perjalanan.

Adakah Esok Masih Ada Buat Kita

 Adakah Esok Masih Ada Buat Kita


Salam Abadi dan Sejati.Pernah kah kita dengar Andai kita gagal hari ini ingatlah bahawa kita masih ada hari esk sebagai sandaran dan harapan


Sememangnya kegagalan hari lepas mmg sungguh byk bgi ku terutamanya yg bergelar hamba Allah ,Allah menguji dan menguji sungguh sakit yg amat !


Kau berikan aku apa yg aku tidak suka betapa aku kena redha dan yg pasti sungguh melukakan hati ini,Kini tiba ku mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi


Akan ku gapai langit yg tinggi dan akan ku tempuh jalan yg ada di depan ku lurah ku daki gunung jua tetap lu daki tanpa risau lagi andai aku lah insan sejati itu


Tapi adakah aku insan sejati ?? Apakah aku kuat ?? Adakah kuasa ada padaku ?? Hope lah yg terbaik milik aku dan doakan aku berjaya dan aku mendoakan aku dapat capai impian yg aku impikan selama ini


Selama ini semuanya aku terpaksa sujud pada keadaan kini aku harap aku tidak lagi berada di bawah walau luka semalam masih lagi memilukan hati dan buatkan aku menangis


Aku boleh ke hadapan andai aku boleh lupakan segalanya yg pasti akan menghalang aku utk berada di atas ! Ya Allah tunjukkan lah jalan yg terbaik itu utk aku iaitu jalan yg mendorong kejayaan buat aku !


Andai hari lepas itu hanya ruangan pahala buat aku ,aku harap jgn di uji lagi kerana aku x sanggup lagi gagal dan pahalakan aku di jalan kejayaan buat ku..Amin


Manisnya kejayaan buatku amat aku dambakan Ya Allah,sempurnakanlah kehidupan ku ini dan limpahkan lah tuah dan takdir yg baik utk ku ,Wahai Tuhan..


Aku hanya mahukan hatiku damai bagai remaja ku dahulu dan apa yg aku tidak tahu itu perbaikkan lah depan nya  Ya Allah,kepada Mu jua lah aku berserah kerana Engkau Maha Berkuasa Di Atas Segala2nya..Amin


Aku hanya ingin kehidupan ku damai,itu sahaja Ya Allah..Damaikan lah serta jauhkan lah insan yg aku benci dan tidak aku berkenan Tuhan ku..Amin


Sungguh hidup ini indah andai kebenaran lah yg kita dambakan dan keadilan itu kadang2 menyakitkan hati sahaja !! Percayalah


Aku tidak mahu lagi hidup dlm keadilan yg meletakkan aku di bawah tapi aku ingin hidup dlm kebenaran pula yg sukar aku dapatkan iaitu aku hidup di atas dan bukan di tindas !


Xnak dah fikir banyak masalah ! Cukup2lah masalah yg dulu dan yg ada aku xnak lagi hidup susah dan sudah tiba masa aku bangkit dan berdiri di atas bakat sendiri !


Betapa bertuahnya diri ini andai aku berteman bulan dan bintang =) Harapan aku agar esk masih ada dan akan ku lakar kehidupan yg indah !


Hope Impian Kan Jadi Nyata..Amin.

Betapa Rumput Ni Ubat

 Betapa Rumput Ni Ubat


Salam Sejahtera semua,selamat selamat selamat ! Kalau kita banding org zaman duhulu dgn org zaman sekarang jauh bezanya tau !


Apa bezanya ? Org zaman dahulu xder makanan segera mcm KFC McD Burger or mcm2 lagi lah entah apa lagi makanan minuman manis2 lauk masin makanan atau keropok masin atau byk penambah perisa =)


Hanya yg ada makanan org zaman dulu2 makanan bukan pelbagai menu kehidupan mereka dahulu semuanya susah dan sukar mendapat makanan bernutrisi dan kebanyakkan nya berlapar zaman jepun menjajah dulu contohnya


Org zaman sekarang ada segalanya pandu lalu jer delivery jer makanan pelbagai menu tu yg mudah dpt penyakit ! Obesiti darah tinggi kencing manis kolestrol jantung dan lain2 seolah2 menjadi penyakit kebiasaan masyarakat sekarang !


Mana x nya semuanya balun mesti lah lebih berat badan dan byk penyakit hinggap dan bila berpenyakit tu susah dah lah nak sembuh mcm muda2 dahulu 


Kata org,bila dah tua ni kena lah jaga makan minum terutamanya dan kena kerja dan senaman yg keluarkan peluh agar seimbang dalaman dan fizikal kita dgn itu barulah penyakit susah nak dtg hinggap ! Percayalah..


Em,berbalik kepada penyakit pula bermacam2 kita cuba utk sembuhkan penyakit  ubat hospital ubat tradisional herba dan lain2 ,semoga sembuhlah agaknya ! Amin


Beberapa tahun lepas bila aku terbuka laman facebook kawan2 aku ada terbaca yg rumput yg ada nama saintifik masing2 boleh dijadikan sebagai ubat yg kita sangkakan hanya tidak berguna dan sebagai rumput semata2


Oleh itu ,percayalah sy yg Tuhan ni x ciptakan sesuatu tanpa kegunaan nya yg pasti ada gunaan nya samada hanya kita tahu atau pun tidak jer !


Sungguh byk pulak tu rumput2 yg aku pernah lihat ada disekeliling aku dan cukup aku kenal dan yg selama ini aku cabut dan buang jer dan bakar supaya laman rumah bersih drp rumput


Pendek kata semua rumput2 itu ada yg memgubat darah tinggi kencing manis gaot dan lain2 penyubat luka juga


Senang jer cara ubati anda ada yg kena rebus air nya ada yg ditumbuk2 daun nya dan sapu pada luka ada yg kena rebus pokok atau akar rumput2 tersebut dan di minum


Samada sembuh atau tidak aku sendiri pun x pasti kena tanya sendiri kepada diri mereka yg mencuba pasti ada jawapannya yg pasti juga bukan dgn sekali cuba kena byk kali amalkan barulah menjadi =)


Setahu aku lah kalau seseorang tu terkena sakit kencing manis dan darah tinggi contohnya mereka akan terus makan ubat2 tersebut dan x boleh diberhentikan lagi !! 


Yer ke begitu ??? Bukan ker sakit seperti darah tinggi dan kencing manis ini ada turun dan naiknya bacaan nya bergantung kepada permakanan serta kerja berat dan senaman seseorang yg dikatakan mengeluarkan peluh dan tenaga


Dengan itu,yer ker pesakit2 berikut kena makan ubat tersebut selama2nya sampai mati   ? Sedangkan permakanan tidak dijaga dan peluh serta tenaga yg tidak di inginkan tidak dikeluarkan ?


Aku sendiri masih menkaji semua itu =)

Apa pun jua ,kawal lah permakanan dan buat lah kerja yg mengeluarkan peluh dan senaman yg keluarkan peluh ini akan seimbangkan kandungan gula garam dalam darah dan kolestrol dlm darah


Selain itu,ubat kena lah makan walaupun aku sendiri tidak pasti sejauh mana ubat hospital berkesan ke atas pesakit tersebut dan yg pasti doktor anda sentiasa suruh anda makan ubat itu dan ubat tersebut sentiasa tapi boleh kah ubat tersebut sembuhkan penyakit anda ???


Kalau ubat itu boleh sembuhkan penyakit anda kenapa tiada yg sudah sembuh dan yg pasti anda terus2an kena makan ubat tersebut


Masih kabur tentang semua ini ???? Mesti dikaji sedalam2nya !!!!

Sayang Semuanya Sudah Terlambat

 Sayang Semuanya Sudah Terlambat


Hello semua,,Hai2

Andai dpt ku undurkan masa akan aku putar kembali sejarah silam menjadi masa depan


Aku amat terluka dgn peristiwa hitam yg terjadi  dan ianya berlaku seolah2 aku ini insan hina


Bagaimna dgn masa hadapanku dan siapa yg ingin bertanggungjawab di atas apa yg telah berlaku itu ? Tiada jawapan yg pasti nya


Oh Tuhan,mungkin kerana aku terlalu leka dgn nikmat Mu dan dgn itu juga dugaan dtg menjelma yg sgt menguji keimanan


Menangis pun tiada guna lagi kerana semuanya telah berlaku dan x dpt disucikan lagi tinggal adalah masa lalu yg tinggal sejarah =)


Setiap yg berlaku ada hikmah nya..baru lah aku sedar aku ini sudah jauh hanyut dan kini aku kembali pada kedudukan yg sepatutnya


Sesungguhnya,sukar utk maafkan di ats apa yg telah terjadi..Tuhan,sygi lah aku sesungguhnya aku hamba Mu yg tgh di uji ini


Aku menyesal yg  amat menyesal dgn apa yg terjadi andai kata itu semua salah aku mmg aku redha tapi kalau salah insan lain mmg aku terpaksa usaha agar aku berada pada fasa yg betul


Segalanya telah hancur dan musnah apa lagi yg harus aku lakukan redha sajalah =( Aku berada di tempat org lain yg x sanggup dan x ingin diduduki oleh sesiapa pun


Aku tidak tahu adakah keadilan boleh merubah segalanya atau kebenaran sahaja sebagai pengubat luka =(


Oh Tuhan tolonglah hamba Mu ini Ya Allah tempatkan lah aku ditempat yg sepatutnya iaitu di tempat org yg

Soleh dan solehah juga org yg beriman


Amin3 Ya Rabbal Alamin hanya satu pinta ku jagalah hati ku ini Tuhan dan doaku semoga aku bahagia dunia akhirat 


Andai sesuatu itu terbaik utk ku,dekatkan padaku Ya Allah..Andai sesuatu itu terburuk bagiku jauhkanlah..Amin.

Friday, September 4, 2020

Indahnya Syurga Ilahi

 Indahnya Syurga Ilahi


Salam kebahagiaan semua,indahnya khabar dri Ilahi anugerahkan manusia syurga abadi


Apakah gerangan yg ada di alam syurga adakah buah-buahan yg enak dan lazat ? Tidur yg di ulit mimpi indah ?? Semuanya masih persoalan =)


Namun, dgn ilmu semuanya dpt kita ketahui seindah mana dan sedalam mana apa yg ada di alam syurga sana 


Yang pasti ,hambanya yg berpekerti terbaik dan baik akan mendapat anugerah terindah dri ilahi ini dan yg x berperikemanusiaan akan mendapat balasan yg setimpal !


Baik seketul hati baik lah tutur bicara baik lah kelakuan baik lah seluruhnya,


Di dunia yg fana ini Tuhan menguji dan kita sebagai manusia hadapilah dgn kebijaksaan dan alaslah dgn hati yg jujur dan ikhlas juga kesabaran yg setimpal dgn ujian !!


Manusia x lepas drp kesilapan dan manusia adalah hamba Allah yg lemah dan kepada Allah lah kita meminta utk mendapat kasih sayang dan rahmat drp Ilahi


Ya Allah,Tuhan yg Maha Esa setiap agama ada Tuhan nya maka dgn itu beribadatlah kita sembah lah dan berdoalah pada yg Esa agar dipermudahkan segalanya..Amin


Setiap agama ada cara dan amalan2 masing2 dlm mencapai pahala dan syurga yg Abadi


Jangan lah kita memandang Tuhan dgn kedaiffan sesungguhnya Allah Maha Esa dan Maha Agung di atas segala2nya semoga kita dalam rahmat Ilahi dan diberkati selalu


Oleh itu,sedarlah kita ujian Allah itu menghapuskan dosa2 yg kita lakukan samada dosa kecil mahupun dosa besar dan setiap apa yg kita lakukan akan dihitung kira dgn seluruhnya..Percayalah !


Dgn ini,kita harap biarlah Tuhan sayangi kita kasihi kita agar kita menjadi hamba yg soleh dan solehah yg berguna kepada agama bangsa dan negara serta seluruhnya


Aku yg berada di persimpangan =) =)


Indahnya duniaku ini,penatnya diriku ini lelah dan longlai langkah ini..Aduhai saudara2ku sekalian !


Aku hanya insan yg lemah dlm mencari erti syurgaMu Ya Allah 


Aku insan yg serba kena mencari dan dgn dorongan mu sahabat aku menjadi kuat ,Terima Kasih Semua..semoga yg terbaik utk kita semua..Amin Ya Rabbi (3X).

Tuesday, September 1, 2020

Hanya Mampu Berharap

Semuanya Milik Allah 
 
Dan Dunia Ini 
 
Hanyalah Pinjaman Semata2,
 
Aku hanya mampu berharap 
 
Hanya mampu merancang 
 
Hanya mampu berdoa dan Usaha 
 
Aku mohon kasih sayang dari Mu Ya Allah 
 
Aku inginkan kesejahteraan dlm hidupku 
 
Samada aku berteman hidup atau tidak 
 
Tapi mampu buat kerja Mampu hidup bahagia 
 
Hanya itu ku mohon supaya aku semakin berjaya 
 
Dgn hidup ku dalam kehidupan dan pencarian ilmu 
 
Bukan kuantiti yg penting Tapi Kualiti 
 
Andai bercinta dgn seorang mampu bahagia 
 
Maka lebih baik drp Ada byk teman hidup,
 
Tapi byk menyakitkan hati, 
 
Baik ada satu teman, Tapi saling membahagiakan 
 
Tapi kalau ramai teman Dan membahagiakn kita 
 
Mereka berikan itu sukar di jumpai !!
 
Ingatlah semuanya di atas muka bumi ini 
 
Adalah pinjaman dri Allah, Oleh itu,  
 
Kita kena sentiasa bersyukur dgn hidup kita
 
Kita.dambakan kehidupan yg abadi dan bertuhan.
 
Tuhan sebaik2 perancang sama2 kita berdoa 
 
Utk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di bumi Tuhan ini.
 
Subhanallah3 Maha Suci Allah Dia boleh memberi Nikmatnya 
 
Kpd sesiapa sahaja yg dia sukai dan boleh menarik nikmatnya 
 
Dgn sekelip mata Kalau itu yg dia mahu 
 
Maka, bersyukurlah dan memintalah padaNya.
 
Amin3 Ya Rabbal Alamin..
 

 ****************
 
Berdoa Senjata Mukmin
 
Sembahyang Dan Berdoalah Selalu
 
Moga Hajat Dan Harapan 
 
Dikabulkan Oleh Ilahi
 
*********************

Tolak Ansur dan Timbang Rasa

Salam Kasih Berpadu Sayang..
Bertolak ansur dan bertimbang rasa 
adalah suatu rasa yg sgt terbaik
dlm melayari bahtera kasih sayang 
yg berhubungan dgn sesama manusia

Jika suatu perhubungan itu terasa 
terlalu payah utk dilalui terlalu berada 
di keadaan yg serba salah dalam membuat 
keputusan yg terbaik maka perasaan itu 
perlu di atasi dgn kesabaran yg tinggi dan terarah

Perasaan bertolak ansur itu adalah 
suatu perasaan yg lahir drp perasaan 
apabila kita menilai semua perkara 
dgn bertimbang rasa dan memikirkan 
baik buruk sesuatu keadaan itu

Jika kita berumahtangga contohnya,
perasaan atau rasa bertolak ansur itu 
perlu sgt dalam menjadikan hubungan kita 
sentiasa dlm keadaan waras dan menjaga 
kebahagiaan rumahtangga

Aku tidak pernah berumahtangga 
dan aku menyatakan ini adalah dlm 
pengetahuan aku yg sedikit samada 
membantu anda atau tidak aku sendiri 
pun tidak tahu !

Mungkin apa yg aku bicarakan ini 
dlm keadaan yg amat payah utk difahami 
oleh kamu2 semua so aku mengharapkan 
ada hikmah yg tersembunyi dlm apa yg ku nyatakan ini

Bertolak ansur dan bertimbang rasa 
adakah suatu rasa yg sama ??

Bertimbang rasa pula kita memikirkan 
tentang kesusahan yg dialami oleh org lain 
dan dalam mencuba utk membantu nya 
senangkan keadaan yg di alami oleh mereka

Aku tidak tahu sebenarnya 
kenapa yg ingin aku bicarakan ini 
terlalu payah dan sulit utk aku cakapkan..Entah lah =)

Hehe..x mengapalah
,Andai aku membuat mu binggung 
dan kamu tidak faham apa yg aku 
bicarakan ini..Aku fahami =)

Dalam kepayahan ini,
aku bukan seorang ahli kamus 
tidak juga ahli falsafah so apa yg aku 
bicarakan adalah dlm kebinggungan 
aku sendiri..Hahahaha

Mungkin jua kerana ingin membicarakan 
hal ini secara serba ringkas tapi terjadinya
begitu payah utk kau memahami

Cukuplah sekadar kau tahu bahawa 
dalam diri kamu perlu ada rasa bertolak ansur 
dan bertimbang rasa dalam menjalani suatu 
perhubungan sesama manusia

Lembut hati itu akan menjadikan kita 
insan beriman dan disenangi dan bahagia 
dlm menghadapi perhubungan yg penuh dgn masalah dunia

So sebagai manusia dan sesama manusia 
dlm kehidupan bermasyarakat akan aman lah 
kehidupan jika kita saling memahami dan bertimbang rasa =)

Sekian dahulu bebelan dan merepak bukan2..segala 
yg baik itu drp Allah dan yg buruk dan kurang itu drp 
sy sendiri..Amin
 
 ****************
 
Nilai - Nilai Murni

Harus Ditanam Ke Dasar Hati

Agar Menjadi Budi

Dan Insan Yg Berguna

Untuk Diri Dan Insan Lain =)

******************

Pangkin dan Colek Buah

Selamat petang semua,
ada rasa nak makan asam2 x? 
Rasa nak lepak dgn sedara sepapat ke 
kat pangkin yg dibuat drp kayu ?
 
Suatu hari,di waktu petang angin 
bertiup sepoi2 dan menggoyangkan 
dahan dan daun yg meneduhkan pangkin 
dan menjadikan penghuni pangkin berasa 
sgt selesa sambil berborak2 serta 
makan colek buah =)

Selalu kalau turun di kampung2 
kita akan melihat ada pangkin yg dibuat 
di bawah pokok2 rendang utk dijadikan 
tempat berkumpul petang2

Untuk lagi semarakkan borak petang2 
sambil makan colek buah..Hurmm ! 
Jambu air jambu batu nenas limau bali 
pauh muda..semuanya itu sedap ! 
Resepi colek sedap

Resepi nak buat colek? Mcm2 
jenis cara nak buat colek buah 
ngan cuka boleh ngan budu boleh 
asam boi boleh ngan kicap pun boleh =)

Duduk kampung memang suka 
sebab jauh drp kesibukan kota 
dan dapat menghirup udara yg segar ! 
Air yg jernih drp jeram dan air drp telaga pun ya !

Happy kan duk kampung !!! 
Byk istimewanya di kelilingi bukit dan sawah padi

Rumah di kampung pun 
drp kayu pangkin depan rumah pun 
drp kayu halaman rumah bersih 
dan penuh dgn bunga2 indah..Inilah 
keindahan kampung

Pangkin selalu nya dibuat drp kayu2 
yg x digunakan lagi drp kayu2 yg pernah 
di jadikan rumah atau apa2 sahaja 
then di ambil kayu2 tersebut dijadikan pangkin

Pasal colek buah pulak senang je 
nk dapatkan buah jambu air limau bali 
dan pauh muda depan rumah ada 
belakang rumah pun ada !

Apa bahan2 yg kita perlukan utk buat colek ni 
bahan2 nya adalah cuka gula garam 
dan lada burung utk pedas baru lah puas hati telan !

Utk pengetahuan korang,
antara pangkin dan colek buah 
adalah di ibaratkan seperti bantal dan tilam.

Pangkin sebagai tilam kerana memberi 
keselesaan kepada kita utk duduk dan colek buah 
sebagai bantal kerana mahkota di ats pangkin

Sekian =)
 
Kehidupan Kampung 
 
Adalah Berunsurkan 
 
Sumber Alam Semula jadi
 
Segar Dan Damai,

Indah Lagi Permai =)

Bila Dah Kahwin =)

 Bila Dah Kahwin =)


Hai ,Selamat Petang Semua..Hurmm nak sentuh sikit bab org bila dah kahwin =)


Mula2 di zaman sekolah bermulalah hidup kita ke arah membina masa depan,Di sini kita kenal A B C Dan 1  2 3 dan lain2 seterusnya


Kalau anda masih ingat di sekolah kita kenal erti berkawan dan sama2 membina cita2 dgn usaha yg gigih demi kecerahan masa depan 


Dari sekolah rendah kita melangkah ke sekolah menengah kalau time raya tu sama2 naik motor pergi beraya ke rumah kawan2 beramai2,itu lah sahaja kenangan yg aku ingat


Habis SPM ,kita semua berpecah haluan dan membawa diri masing2 utk melanjutkan pelajaran ke arah yg lebih tinggi ada masuk matrikulasi maktad ada masuk uni ambik diploma ada dpt SPA8i jadi nurse dan ada juga naik ke lower 6 dan seterusnya upper 6


Sejak dari itu kita semua berpisah demi mengejar cita2 masing2.Mungkin mengambil masa 4 atau 5 tahun utk habis belajar


Dan tibalah masa utk mencari cinta dan menyemai cinta dgn itu ada juga yg tamat SPM terus kahwin ada juga lepas tamat study dan dpt ijazah baru kahwin dan macam2 lagi dgn pelbagai jalan cerita masing2


Masa zaman kita solo kita banyak luangkan masa dgn kawan2 blm fikir pun soal isteri suami atau anak2 mmg bebaslah tapi,


Tapi bila dah kahwin byk yg sedang dan telah berubah contohnya masa byk di habiskan dgn pasangan dan anak kalau ada anak dan xde masa lagi dah utk kawan apatah lagi utk buang masa lepak2


Macam pengalaman aku sendiri bila adik dah kahwin dulu dia selalu bawak aku jalan2 naik kereta tapi bila dia dah kahwin dia dah xde masa utk aku dan dia asyik sentiasa dgn suami dia org baru kahwin katakan..Huhu


Begitu lah hidup ini dari satu fasa ke satu fasa dari muda sampai lah tua dari mula dan ada akhir nya dgn ini tamat lah hidup solo kita berteman hidup kawan sekolah lama pun kalau jumpa pun mungkin secara x sengaja


Nak ajak reunion pun dah susah masing2 bawak diri ke bandar bekerja di bandar balik kampung pun bila ada cuti panjang dan cuti peristiwa kalau tidak mmg x boleh nak tgk rupa langsung lah


Ada org tu tgk zaman muda2 dulu zaman sekolah jumpa2 bila dah beranak cucu dan dah tua2 pun semua di bawa masa berlalu 


Ini tidak bermakna persahabatan putus tambah2 sekarang ni ada  pelbagai alat komunikasi so boleh jer di ajak bersembang tapi kadang2 sibuk juga di pejabat dan di dapur melayan itu melayan ini


Jadi jgn lah putuskan perhubungan dgn sesama sahabat sama2 lah kita jaga hubungan agar hidup kita tidak kosong dan sombong Okay ! Jemput2 lah ke rumah waktu raya ker kenduri ker atau ada kelapangan serta ada waktu cuti =) Guano Bereh Blako Dop !!! See U..

Mentari Muncul Lagi

 Mentari Muncul Lagi


Salam Terarah semua,apa khabar ?

Berkaitan mentari ini adakah di akhirat nanti kita akan merasai dekat dgn nya yg membakar diri kita ??


Matahari pada hari ini ,matahari hari2 yg kita lalui selalu panas seadanya berada di atas mengeringkan kain baju yg kita jemur di ampaian ,syukurlah byk gunanya


Berguna nya matahari kepada manusia adalah keringkan kain baju keringkan ikan kering tenaga solar berguna pada pokok utk menghasilkan oksigen berbunga dan berbuah =)


Walaupun matahari panas pada waktu tengah hari dan petang namun itu di namakan cuaca baik dan lagi baik kalau mendung kalau hujan pulak jgn sampai banjir baru lah bagus !


matahari muncul di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat org islam kalau nak solat ikut arah matahari pun boleh nak tahu arah kiblat


Waktu pagi matahari muncul sgt bagus kalau kita nak berjogging atau baik juga utk vitamin E,waktu petang pulak matahari hampir terbenam akan mewujudkan suasana sejuk dan dingin malam nya =) Emmm .


Tentang cuaca ini x terduga pepatah pun ada berkaitan dgn cuaca ini contohnya ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari ! Apa maksudnya tu ringkasnya adalah hasrat yg di hajati tidak kesampaian sepenuhnya dan separuh jalan sahaja


Cuaca di seluruh dunia berbeza2 negara org putih bercuaca sejuk dan bersalji serta mengalami 4 musim manakala negara seperti asean bercuaca panas dan hujan 


Disebabkan cuaca boleh di katakan hampir semua aktiviti manusia berubah so apa nak di kata ada baik buruk nya tentang cuaca ni kalau sedikit menjadi kawan kalau banyak dan banjir menjadi lawan dah ketentuan Yang Esa


Aku mengingatkan diri ini yg dulu aku pernah bercinta dan lelaki yg ku temui adalah lelaki yg hodoh dan segalanya kekurangan dan aku ambil jalan utk menutup mata dan melupakan segalanya tentang couple itu


Aku insan berpelajaran mengapa Tuhan temukan aku dgn insan yg hodoh dan x berpelajaran itu apa salah aku ini bukan mentari ini adalah hujan yg bersabung kilat 


Betapa aku kena redha dgn ketentuan Allah..


Kita bertanya mengapa tuhan hilangkan sekejap matahari dan tuhan turunkan hujan kilat dan petir Oh,rupa2 nya Tuhan nak hadiahkan pelangi yg cantik utk kita =)


Begitulah dikatakan cinta aku..


Sekarang aku kena tepis semua tafsiran buruk2 aku terhadap pakwe2 aku dulu kerana aku yg tertipu dan di permainkan !! =)


Sesungguhnya mungkin ini lah pelangi yg seadanya Tuhan nak bagi dekat aku..Amin,syukurlah kerana semuanya indah2  cuma berlakon jer hodoh dan x berpelajaran mereka semua tu =)


Terima Kasih,Tuhanku..

Nikmat yg Kau beri Amatlah Indah ,hanya aku yg sedikit bersyukur =(  dan semoga yg bakal bermula ini akan berakhir  dgn kemanisan cinta yg berarah..Amin =)

Daif Segalanya Adakah Selamanya

 Daif Segalanya Adakah Selamanya


Salam Kekurangan dan daif segalanya,


Aku sgt terkilan sebenarnya kerana zaman sekolah aku x pernah aku aktif dlm sukan so bila lagi nak tunjuk bakat dan kemahiran serta kebolehan diri kan =(


Sedih jugak sebenarnya ! Adakah aku terlambat tapi ada sebabnya jugak aku x boleh aktif sukan dan sekuat hati buat larian kerana ada sesuatu tertanam dlm diri ni..syaitan2 !


Masa raya puasa pulak aku selalu marah2 ma sebab selalu jer mmg xde kuih lain musim raya asyik ketupat dan tapai pulut jer =( Kuih lain xder pun ni sejak anak2 besar panjang semua dan dah bekerja baru lah nasib keluarga berubah tapi tu msa lalu tapi depan menanti x mcm dulu lagi ,TQ Semua.


Aku masih lagi rindukan saat dulu yg tiada siapa kacau hidup aku x mcm sekarang serabut terasa ada juga org yg x fhm bahasa dan sekeliling pun x mesra alam dan sgt menyerabutkan !!


Tertekan tau bila keadaan mcm ni kalau nak harap hidup ngan org sekeliling yg suka kita mmg jawapannya x lah hanya tahu menyusahkan kita adalah


Kita nak bahagia ngan pasangan kita pun x selesa kalau di ganggu mcm ni semua nak intai apa kita buat dan nak rosakkan hubungan kita jer..Rimas !


Yg x der kaitan ngan aku tu cari lah insan lain utk teman pengganti aku mls nak fikir tentang benda yg serabutkan aku kalau asyik nak fikirkan org diri sendiri terseksa 


Sebelum ni hidup aku tenang jer x der sapa nak ambik kisah pasal aku waktu dulu2 sukar di cari lagi dan entah bila semuanya akan kembali lagi


Kenapa korang nak sakit hati ngan aku ni suka hati aku lah nak bahagia ngan pasangan aku yg korang nak feeling lebih2 ngan aku tu kenapa ? Adoi masuk air lah korang ni


Last2 hati aku dilukai kerana dek perasaan cemburu dan dengki yg korang alami ni yg aku pantang ! Korang yg buat hal aku yg kena marah dan kena marah serta dilukai hati ini dgn sengaja


Ingat korang semua selagi aku x dpt kebahagiaan yg aku nak aku x teragak2 akan sorok dan intai kami antara nampak esok jgn rindu2an !! Tu peringatan utk korang semua


Kalau korang x segan2 nak rosakkan hubungan aku dgn pasangan aku akan aku tarik nikmat mu utk menikmati semua tentang aku akan aku dramakan dan permainkan korang ,Ingat tu !!


Kenapa hak milik aku sendiri aku x boleh bahagia sedangkan ianya  halal bagi aku kenapa korang nak rosakkan cinta sejati aku kalau korang x bahagia tgk aku bahagia korang boleh cari pengganti..silakan okay !!!


Aku akan doakan korang kalau korang doakan aku dan kalau korang ada niat nak rosakkan hubungan aku dan aku pun doakan yg sama ! Mcm mna setuju ker ??


Harap puas hati k ! Aku benci dgn sikap korang yg cemburu ke arah kami kerana korang akan musnahkan mood elok aku sebab pakwe aku akan sedihkan dan patahkan hati aku dan buat aku kecewa =(


Dah lah ambik kisah pasal aku dah2 lah aku dh malas ambik pusing byk benda lagi nak fikir bukan aku hidup dgn cinta jer !


Cinta tu nombor 2 nombor 1 anak2 dan kerjaya serta family..Bye2 Utk Selamanya !!

Jangan Terlalu Menyeksa Anak - Anak

 Jangan Terlalu Menyeksa Anak- Anak


Selamat Pagi Cikgu2, Teringat lagi masa sekolah rendah =( Tahu x apa yg sy paling takut sebenarnya ? Haa..takut nak tunjuk buku rekod kemajuan 2 kali setahun


Masa sekolah rendah abah selalu tegas dan selalu marah2 kalau tgk result buku rekod yer lah aku x pnah dpt nombor 1 hingga 10 selalu dpt nombor belas2 jer =( 


Aku jadi takut bila abah tegas mcm tu mmg lah sekolah tu aku duk kelas nombor 1 tapi kwn sekampung aku dpt jer nombor dlm lingkungan 1 hingga 10


Aku sering membandingkan diri aku ngan kawan sekampung aku tu dlm segala aspek kaya miskin mahal murah pandai bodoh cantik hodoh !


X mengapa lah dan lepas sekolah rendah aku baik sekolah menengah duduk kelas nombor 1 jugak dpt nombor pun belas2 jugak


Em cam gitu lah kalau syaitan membelenggu fikiran kita dan aku x tahu setakat mana kecerdikkan aku yg sebenar !


Masa tingkatan 3 aku di uji ujian yg berat sains aku dpt D mmg parah ! Berat utk aku ceritakan segalanya ! Aku jatuh teruk sehingga menempatkan aku di kelas sastera !


Aku amat sedih ! Tanpa malu dan segan aku merayu dgn PK 1 selesai babak malu dan sedih yg belum hilang juga segugus janji terpatri !


Bermula kisah aku try duduk kelas sains iaitu kelas yg kedua ! Ma..terima kasih ibu kau berada di sisiku saat susah dan senang ! 


Kenapa aku berkata begitu ? Yer lah saat sekolah rendah sampai menengah kalau time PIBG hanya ma lah tempat aku bermanja..ma sudi datang !! TQ Ma.


Selepas dpt nombor 6 dlm kelas tingkatan 4 ,aku duk kelas no 1 tingkatan 5.Settle ujian SPM aku dpt 3A 2B 3C 2D 1E .Ujian Baru pulak ,dtg lagi


Disebabkan result subjek  sains dihitung kira dan mesti ditempatkan di aliran 6 sains sekali lagi aku terpaksa merayu ,xnak duk aliran 6 sains !!!


6 sains susah ! Belajar dlm bahasa BI duk lah sekejap aku di aliran sains kat Kamilian sekolah elit sekolah setanding MRSM


Setelah merayu di JPN di Kota Bharu,syukur kerana rezeki berpihak pada ku ,sememangnya susah utk tukar aliran dri aliran sains ke aliran sastera dan ekonomi 


Berpindah ke SMK Bukit Jawa aku dpt duduk kelas ekonomi kerana matematik aku 2A,Ujian duduk kelas kedua aliran ekonomi aku dpt nombor 6 ,


Aku sedar yg aku belajar bersungguh2 masa aku form 6 aku betul2 guna seluruh kebijaksanaan aku masa study dulu segala yg berat aku terasa mudah !


Ujian lower 6 dan upper 6    di SMKBJ sgt lah hebat sehinggalah kini telah dihukum masing2nya namun aku belum berpuas hati =( =(


Result STPM aku yg sebenar aku  x tahu lah nak cakap tp yg tipu nya 3.08 pointer aku.Isi lah aku borang upu nak masuk Universiti


Setelah bejaya duduki ujan Medsi dan lulus interview aku diterima masuk UPSI.Setelah pelbagai ujian pahit manis pointer yg x seberapa adalah 3.2 lebih yg original aku x tahu


Sempat bekerja 2 tahun bls jasa ma abah aku diberhentikan.Aku terpaksa menipu kamu semua, byk jalan cerita aku tipu anda ! Maafkan aku kerana berselindung dgn duka ku


Setakat itu jer dpt aku cerita dekat kamu semua

Oleh itu, ibu bapa jgn lah terlalu tegas dgn anak2 sampai anak2 terasa sgt takut dan tertekan


Didik lah anak ikut takat kemampuannya contohnya kalau sekolah rendah budak2 mmg cepat belajar dan mudah serap apa yg di ajar


Lastly, x semestinya budak yg dpt nombor 1 darjah 1 dpt masuk uni dan rezeki bgs semuanya bergantung kepada usaha berterusan dan ditentukan oleh Allah s.w.t..X semestinya gagal hari ini gagal selamanya dan x semestinya cerdik hari ini  bertuah depan hari nya.So Sama2 lah kita muhasabah diri dan ambil ikhtibar =)