Monday, March 16, 2020

Kelantan Tiada Bandingan

Salam Pantai Timur Semua,

Kalau belah2 Terengganu 
Sibuk buat ikang untuk jadi keropok
Belah Kelantan alik sini kalau jauh ngan laut
apa lagi pelihara lembu karbau lah

Nampak jer mcm miskin org Kelantan ni
Tapi banyak harta jugak
Tanah peninggalan arwah
Lembu berbelas2 ekor dipeliharanya
Maju sungguh !

Kat Pasar Siti Khadijah KB,
Kaum Pompuan ramai berniaga
mcm2 perniagaan,samada laku ke x laku
aku sendiri x pasti

Tapi Emas Permata di lengan dan leher
penuh di isinya Mak2 kita,
Dikatanya itulah cagaran kalau terdesak !

Di Kelantan,Banyak lagi kawasan
belum ternoda,belum diredah hutan belantaranya
walaupun ada juga hasil hutan seperti balak
di godam !! Sejauh mana mna hutan tersimpan
aku sendiri pun x tahu

X mcm dekat KL ,pemandangan drp 
kapal terbang menunjukkan hutan di KL
Adalah hutan yg dibuat2..iaitu hutan kelapa sawit !!!
Boleh dikatakan semua kwsan yg ada telah diterokai
untuk dijadikan pelbagai,rumah,perindustrian dan lain2.

Kalau nak kehidupan yg tenang
tinggallah di Kelantan,untuk pesara bgs sgt !
Di Kelantan banyak madrasah yg mengajar ilmu agama
sesuai untuk keperluan kaum tua
yg mengejar akhirat dan lalaikan separuh urusan dunia !'

Menurut akulah,KL banyak kotornya dri segi udara
dari segi penghuninya,walaupun bandar tapi 
masih ada gelandangan !! sgt mencemarkan KL !!
Dan tempat tumpuan warga asing dri negara2 miskin
untuk bekerja dgn permit dan tanpa permit !!!

Petang2 di kawasan kampung di Kelantan Khususnya,
Kehidupan org tua2 kat kampung kalau petang2 
pegi potong rumput utk lembu n kerbau mkn mlm2 
dlm kandang, 

Ada juga pegi ambik lembu kerbau dari bendang 
sebab dah nak magrib simpan dlu kat kandang 
esk pagi keluar dri kandang,petang masuk kandang !! 
Begitulah kehidupan di kg =)

Sememangnya di Kelantan ada juga kurangnya
Xlah sekaya KL yg ada segalanya
Tapi bagi yg mengejar Ibadah mmg 
Ya ! Tempatnya di sini..

Dengar Cerita Atuk 
Pasal Dulu2.

Orang tua dulu2
Kaya dengan Keringat,

X macam org sekarang !!

Semua nak mudah..Huhu.

No comments:

Post a Comment