Monday, March 16, 2020

Kelantan Tiada Bandingan

Salam Pantai Timur Semua,

Kalau belah2 Terengganu 
Sibuk buat ikang untuk jadi keropok
Belah Kelantan alik sini kalau jauh ngan laut
apa lagi pelihara lembu karbau lah

Nampak jer mcm miskin org Kelantan ni
Tapi banyak harta jugak
Tanah peninggalan arwah
Lembu berbelas2 ekor dipeliharanya
Maju sungguh !

Kat Pasar Siti Khadijah KB,
Kaum Pompuan ramai berniaga
mcm2 perniagaan,samada laku ke x laku
aku sendiri x pasti

Tapi Emas Permata di lengan dan leher
penuh di isinya Mak2 kita,
Dikatanya itulah cagaran kalau terdesak !

Di Kelantan,Banyak lagi kawasan
belum ternoda,belum diredah hutan belantaranya
walaupun ada juga hasil hutan seperti balak
di godam !! Sejauh mana mna hutan tersimpan
aku sendiri pun x tahu

X mcm dekat KL ,pemandangan drp 
kapal terbang menunjukkan hutan di KL
Adalah hutan yg dibuat2..iaitu hutan kelapa sawit !!!
Boleh dikatakan semua kwsan yg ada telah diterokai
untuk dijadikan pelbagai,rumah,perindustrian dan lain2.

Kalau nak kehidupan yg tenang
tinggallah di Kelantan,untuk pesara bgs sgt !
Di Kelantan banyak madrasah yg mengajar ilmu agama
sesuai untuk keperluan kaum tua
yg mengejar akhirat dan lalaikan separuh urusan dunia !'

Menurut akulah,KL banyak kotornya dri segi udara
dari segi penghuninya,walaupun bandar tapi 
masih ada gelandangan !! sgt mencemarkan KL !!
Dan tempat tumpuan warga asing dri negara2 miskin
untuk bekerja dgn permit dan tanpa permit !!!

Petang2 di kawasan kampung di Kelantan Khususnya,
Kehidupan org tua2 kat kampung kalau petang2 
pegi potong rumput utk lembu n kerbau mkn mlm2 
dlm kandang, 

Ada juga pegi ambik lembu kerbau dari bendang 
sebab dah nak magrib simpan dlu kat kandang 
esk pagi keluar dri kandang,petang masuk kandang !! 
Begitulah kehidupan di kg =)

Sememangnya di Kelantan ada juga kurangnya
Xlah sekaya KL yg ada segalanya
Tapi bagi yg mengejar Ibadah mmg 
Ya ! Tempatnya di sini..

Dengar Cerita Atuk 
Pasal Dulu2.

Orang tua dulu2
Kaya dengan Keringat,

X macam org sekarang !!

Semua nak mudah..Huhu.

Adat Urusan Berniaga

Salam semua,

Ni nak bagitahu pasal bisneskan,
kata org bisnes ni mmg asam garam dia 
ada untung ada rugi,tu mmg x boleh lari,

Kalau niaga kecil2 untung pun kecil 
rugi pun kecil2,

Kalau niaga besar2 plak untung pun besar 
rugi pun besar,

Kalau dah tahu mcm tu adat berniaga 
pastikan kita ada kerja tetap atau kerja goverment 
yg bagi kita income bulan2,

Dapatlah bayar dan belanja bulan2,
Xlah berhutang sana sini,

Berniaga kecil ke berniaga besar ke 
ada risiko tersendiri,

Kalau untung 2 3 kali ganda 
mmg suka lah berniaga,

Tapi bab rugi em mmg sedih lah 
nak menjaja nak fikir cari jalan 
utk habiskan jualan,malu pun ada..Huhu,
Kalau org xnak beli kan,

Tapi apakan daya itulah perlu ditempuhi,
kata org tiada kejayaan tiba dgn mudah ! 
Nak berniaga boleh ada rasa malu..
Kalau malu x laku lah..seganlah !

Yg amat malu dan sedih kena menjaja 
Dan jualan x laku,

Berniaga ni ada turun ada naiknya 
mengikut keperluan masyarakat,

Jadi ikutlah bajet kalau nak makan 
untung berniaga,Mana yang nak dibelanja 
Mana yg nak digunakan, Mana yg nak dibuat modal,
itu perlu di asingkan siap2,

Aku xnak lah sentuh org berniaga kecil2 
tapi bagi org yg miskin berniaga kecil2lan tu 
amat sgt bermakna duit untungnya 
walaupun jumlahnya kecil,
utk dibuat belanja buat keluarga dan anak2,

X mcm berniaga besar2ran kerak pun banyak! 
Itu semua kena fikir awk semua,

Jadi apa pun kalau lah berniaga besar
 bersedekahlah dan zakatlah sucikan harta 
biar berkat rezeki yg dpt tiap2 bulan,Amin..

Sekian, tu sahaja,
Doa sy semoga yg berniaga kecil 
dpt besarkan perniagaan jd besar 
Dan yg besar terus sukses !!!  =)


Lebihkan timbangan 
dlm jualan

Jangan terlalu fikirkan 
untung

Biar bersedekah asal 
berkat !!!

Tuhan Pun Redha..Nice 
Gitu !!

Tuesday, March 10, 2020

Kadet Polis Zaman Sekolah

Bismillah,

Mengimbau kenangan2 lalu
tu pun masa Form 4 dulu2
zaman muda2,kerap kali jugak pergi berkhemah!
Dengan Kadet Polis Sekolah
Masa tu xder pun takut dgn kuasa kepolisan
kita yg xder buat salah mmg lah begitu rasanya
cuba kalau buat salah mesti takut nak menghadapinya
sama juga kalau kena saman dgn polis trafic
ketar2 jugak terasa! 

Aku nak mengimbau byk2 tentang perkhemahan tu
aku sendiri dah byk terlupa akan semua itu
kerana di bawa masa berlalu..

Teringat lagi masa tu aku di suruh menyanyi
di depan Tuan Rahim,mmg masa tu suara aku sedap
x mcm sekarang ni..Huhu.

Sebelum aku menyanyi depan Tuan Rahim,
aku di suruh dan di uji menyanyi depan 
Encik dot dot..lupa nama! dia kata aku boleh nyanyi
untuk malam kebudayaan nanti,hari2 terakhir meninggalkan
Felda Aring,Gua Musang! 

Tapi tibanya malam kebudayaan,nasib baik 
bukan aku yg kena buat persembahan,syukurlah
kerana aku langsung x bersedia,Dan terkenang perkhemahan dlu2
kat Jeram Pasu Tahun2 lepas,X der yg nak buat 
persembahan utk sekolah aku,aku dan junior yg nyanyi mlm budaya tu
bawak lagu siti..Percayalah!Maka terlepaslah 
denda merangkak dalam lumpur mlm2

Encik dot dot kenal aku kat situlah,Then, dia yg suruh aku nyanyi
mlm kebudayaan kat Felda Aring tu..Then kini hanya
tinggal kenangan zaman2 dlu aku aktif sgt,
Cuma bukan dlm bidang sukan yg aku aktifkan diri 
tapi dlm persatuan dan kadet beruniform !!!

Masa tu x perasan langsung aku hidup dlm disiplin
Masa tu jugak kat Felda Aring mlm kebudayaan itu
Berlaku rasukan hantu,kat sini menggila masuk hantu 
kat sana menggila masuk hantu..

Mujurlah ada yg alunkan azan..then dibaca surah2
Then kembali Reda..Syukur aku dapat menikmati 
pengalaman tu semua yg aku xkan dapat kat mana2
pengalaman masuk hantu beramai2,meriahnya disiplin,
dan hari terakhir yg berakhir membawa kerinduan utk begitu lagi..

Aku bukan tidak suka sukan,,tapi fizikal aku mungkin 
menghalang dan x sedar akan pentingnya sukan dlm 
sama2 mengejar cita2 di zaman sekolah dulu2..Huhu.



Aktifkan Diri Anda..

Persatuan,
Beruniform,
Kelab

Teruskan Semangat! 
Teruskan Minat !
Teruskan Ukhuwah !


Ubi Kayu Dan Masa Kini

Selamat Petang Semua..
Teringat ayat org tua zaman dulu2
katanya zaman dulu2 xder nya makanan mcm
sekarang yg sedap2,mcm hot dog ke, burger ke,
KFC and Mc D mcm sekarang !!!
Tapi yg ada hanya ubi kayu rebus cicah dgn 
kelapa parut yg digaul dgn gula dan sedikit garam !!

Sekarang ni makanan segera senang nak dapat
just drive thru,dan ada duit semua boleh makan
sekarang x heran lah kalau banyak kedai2 yg bukak 
jual mcm2 benda dan mcm2 makanan..

Kadang2 tu banyak kedai yg di bukak drp pembeli
x kisah lah,Org sekrang byk duit,dan bekerjaya
budak2 sekarang pun bwk duit 
pergi sekolah RM 5 hingga RM 6 !

X mcm kita dulu2 bwk RM 2 jer,tu pun x beli
makanan tapi simpan,kumpul duit sendiri utk
beli topup cukup 5 hari ke sekolah dpt RM 10 
cukuplah dpt beli topup 1 minggu..mmg miskin2 sungguh !!

Kalau kat Kelantan mmg tersohor sgt kalau
anak jd cikgu ! Kalau boleh nak semua anak jadi cikgu
drp kerja lain yg lagi mahal gajinya drp cikgu,
Katanya senang nak cuti n jaga anak !

Xnak cerita pasal tu semua,tu seimbas lalu jer
yang aku nak cerita kat sini tentang singkong !!
Bahasa Indonesia nya singkong itu adalah ubi kayu !

Zaman Jepun dulu,xder beras tu semua mkn ubi kayu rebus
atau ubi kayu bakar ! Kalau baca sejarah melayu
mmg Jepun dtg Tanah Melayu meragut bukan sekadar harta
benda tapi banyak sgt nyawa dgn kejamnya..

Ubi kayu ni,pada aku lah sedap juga di makan
kalau musim2 tengkujuh ubi2 lain pun tumpang sekaki
ubi itik,ubi badak,ubi keledek ,ubi kemili..
cicah gula sahaja pun sedap !
Cara memasaknya,campak garam sedikit dgn air then masak
cicah gula..

Kalau kat kg org kg tanam ubi ni tiap2 tahun
musim tengkujuh gali then awal tahun tanam 
kutip plak hasil bulan tengkujuh !Pucuk ubi kayu 
boleh dijadikan ulam cicah dgn budu !

Zaman sekrang beraslah makanan ruji
kalau zaman dlu2 ubi kayu,
Walaupun ubi kayu dan lain2 ubi adalah makanan
ruji org dulu2 namun turut juga menambat hati
masyarakat zaman sekarang utk mkn ubi ni jarang2 
dan kadang2nya..

Selain itu,ubi kayu 
dgn teknologi sekarang
memodenkan ubi kayu 
di jadikan kerepek pedas
dan kuih muih seperti
 bingka ubi kayu,
poli ubi kayu dan lain2,
tepung boko ubi kayu,
dan ubi tonyoh !
lepat ubi kayu sedap sekali!!!

Wanita Adalah Untuk Semua

Salam Kelembutan buat ibu2  
dan wanita di luar sana..
Selamat menyambut hari wanita,

Tanpa wanita siapalah lelaki
di sebalik berdirinya seorang lelaki
adalah wanita tulang belakangnya

Wanita kuat adalah pembina rumahtangga 
yg bahagia dan aman harmoni
berjayanya si anak2,pekerja di bawahnya
dan kerjayanya adalah rezeki yg x terhingga

Tiada bezanya sambutan hari wanita
dan sambutan hari ibu..
Kedua2nya membawa erti yg sama buat wanita
dan ibu,,iaitu menghargai seorang insan
yg bisa melahirkan seorang anak dan watan yg hebat!

Kalau di rumah,wanita berperanan sebagai 
seorang isteri dan ibu juga x lupa sebagai nenek!
kalau dia sudah berusia..Dan seorang bos juga boleh
wanita berperanan,Wanita Serba boleh sebenarnya !!! Ya.

Disebalik menjadinya insan2 di luar sana
adalah berjayanya kepintaran seorang ibu
wanita juga kakak !!!

Di Malaysia,Kementerian Pembangunan Wanita
dan Keluarga ada menyediakan pelbagai usaha
untuk membantu wanita lebih sukses dan berjaya
di luar sana.. =)

Tidak kira sama ada ibu tunggal,org tua,orang
kurang upaya dan sebagainya.Hal ini kerana,
membangunnya sebuah negara itu bergantung kepada
membangunnya insan2 dan watan dlm negara tersebut !!

Maksudnya di sini,wanita melahirkan anak yg hebat
daripada pelbagai segi,mental,fizikal,rohani,sahsiah
atau lebih dikenali sebagai JERIS !!!

J-JASMANI
E-EMOSI
R-ROHANI
I-INTELEK
S-SAHSIAH

Buat ibu2 di luar sana,wanita terutamanya
terima kasih di atas jasa2 yg anda berikan kepada
negara,Sentiasa ingat tanpa wanita siapalah lelaki !!
wanitalah di sisi lelaki yg menjadikan lelaki itu kuat !

Tangan Wanita Itu Bisa Menggongcangkan Dunia 

Dan tanpa wanita.lemahlah segalanya 
rumahtangga akan pincang dan runtuh !!
Dan lelaki x berdaya hidup tanpa wanita yg dia cintai..
PERCAYALAH !!!


Wanita..Ketahuilah tanpa anda
bukan hanya rumahtangga
tetapi negara dan jua masyarakat 
serta segalanya,
akan turut tergugat !!!

Wanita..Inspirasi Semua !!!

Wanita, Kau Teristimewa dan Diciptakan utk di kagumi,dihormati serta disygi