Pokok kelapa byk gunanya,
Asal di manakah pokok ini?
kalau kita ke pantai kita dapat lihat byk pokok ini.
kalau kita belajar sains darjah 5 kita kan tahu bahwa
kenapa di pantai banyak pokok kelapa.
Kelapa yg hanyut di laut dgn sifat terapung menyempurnakan
lagi dongeng bahwa patut lah kat pantai byk pokok kelapa
sebab kelapa yg hanyut di laut dan di bawa
ombak dan terdamparlah di tepi pantai.
Kelapa yg entah dari mana terapung2
dan membiak di kawasan berpasir pantai.
Jika kita sebut kelapa dan pokok kelapa sudah tentulah
kita kan tahu byk nya kegunaan pokok ini.
Kalau kita nak kaji tentang pokok ini dari akar
sampailah pucuknya mcm2 boleh cerita.
Pokok kelapa tiada dahan dan hanya sebatang je pokoknya.
Btg pokoknya sgt keras dan kuat.Akar pokok ini serabut.
Daunnya selari dan hijau,satu dahan dan kiri kanannya
byk daun dan berlidi.
Buahnya berwarna hijau dan bila tua berwarna coklat,
sekarang ni macam2 warna buah kelapa muda
ada hijau,coklat,oren dan kuning.
Buahnya berbuah secara bertandan dan sedondong gitu.
Pokok kelapa juga ada yg tumbuh tinggi melangit
dan terdapat juga yg renek sahaja.Pucuknya berwarna kuning.
Itulah sedikit sebanyak tentang wajah sebatang pokok kelapa.
Tahukah anda binatang apa yg suka kepada pokok kelapa?
tentulah tupai kot ?kan !
Tahukah anda bagaimana untuk menanam pokok ini?
kelapa membiak melalui buahnya yg tua dan mengambil masa
yg agak lama untuk besar dan berbuah.
Sekarang,kita bicara pula tentang gunanya sebatang pokok kelapa.
Byk gunanya pokok ini dari batang sampailah ke pucuk.
Kita mula dari batang.Batang kelapa, boleh dijadikan
titi dan bangku sesuai dgn sifatnya yg keras.
Daun kelapa, yg berlidi boleh dijadikan penyapu lidi
dan lidi boleh digunakan utk mencucuk kemas kuih dalam daun pisang.
Selain itu,daun kelapa boleh dibuat sarang ketupat nasi
dan dijadikan serunai daun.
Rebung atau umbuk kelapa dijadikan bahan utama
dalam gulai daging semasa kenduri kahwin.
Dan paling penting dan utama adalah buah kelapa .
Buah isi yg muda dijadikan umbuk dalam gulai.
Dan air kelapa muda boleh di minum.
Buah yg sedang2 tua dijadikan kuih,mcm2 kuih
iaitu kuih badak,kuih batang buruk contohnya.
Buah tua, dijadikan anak benih dan diperah isinya
dijadikan santan untuk masakan.
Sabut kelapa dijadikan bahan bakar untuk membuat
kuih bahulu cara lama.
Selain itu,apa lagi yg perlu kita tahu tentang pokok kelapa?
Pokok kelapalah satu2nya pokok yg banyak gunanya.
Bagaimana kesudahan dgn air kelapa muda?
boleh dijadikan penawar kepada penyakit.
Harganya pula berpatutan dan sedap di minum.
Boleh juga dijadikan coconut shake,sedap sangat! Sila rasa..
Air kelapa air semulajadi dan sgt byk manfaatnya !!

Kelapa,Tua ke Muda ker?Byk Gunanya..
Air kelapa muda dan isinya sgt sedap di makan!
Kalau x percaya sila try k !
No comments:
Post a Comment