Salam Imbauan Silam..
Lagu : Izinkanlah Nyanyian Q-Face.
https://www.youtube.com/watch?v=DVmWR5MrOW4
Bila dengar lagu ni terbayang kenangan zaman remaja dahulu kala.Zaman bercinta di zaman persekolahan.Indahnya waktu itu.Aku x pernah ada ruang dalam cinta.Zaman remaja ku berakhir begitu sahaja dan terlakar kisah duka.Masihkah diri ini ada ruang beradu dalam mahligai sedangkan diri telah tercemar debu dunia.Cinta remaja sungguh indah kurasakan saat dan tika ini.
Terbayanglah di mata saat2 remaja di sekolah
SMK SRI MAHARAJA,SMK KAMIL dan
SMK BUKIT JAWA.Bila aku lihat gambar2 dan
baju seragam sekolah sungguh saat remaja adalah
zaman untuk capai cita2 semata2 dan aku
sememangnya menolak cinta yg datang dan berharap
tiada hadirnya cinta untuk diri ini.
Kerana zaman remaja hanya sekali so xnak kecundang
dari kejayaan dan hilang cita2.Kini, setelah semuanya
menjadi milikku aku terbayangkan saat cinta remaja
sungguh indah jika ianya cinta sejati.
Ramai jer org yg jodohnya hingga ke akhir hayat
bertemu ketika zaman sekolah.
Teringat dengan cita2 aku dulu zaman sekolah menengah
nak jadi Nurse.
Pernah juga mengambil exam SPA8i sebanyak 2 kali exam.
Tapi aku gagal keduanya.dan membuatkan aku terbantut
dari mencapai cita2 aku itu.Aku Pasrah.Aku juga ada impian.
Bagiku,jika aku dapat jadi Nurse aku ingin bersuamikan tentera
maybe tentera laut yg pakaiannya sama putih dgn uniform kerjaku
iaitu Nurse.Dan masa itu mungkin berkereta Honda CRV.
Tapi,impian hanya tinggal impian rupa2nya
buku panduan SPA8i yg aku tilik dan membaca kelayakan dan gaji
untuk menjadi Staf Nurse hanya menjadi bahan ketawa semata2
dan yg aku harap hanya tinggal impian.
Begitu juga dgn cinta sejati zaman sekolah
hingga IPTA tidak tercapai.Aku Pasrah.
Siapakah dapat membaca keadaan dan apa yg aku ada masa kini..
Aku telah dapat apa yg aku impikan.
Hanya menunggu masa dan hari yg sesuai untuk aku
menikmati segalanya.Terima Kasih Pencipta!
Aku bukan mengharap sgt cinta zaman remajaku dulu
tapi sekadar mengimbau kekosongan hati sejak dari zaman remaja
sampailah kini mmg aku tidak berteman dan sendirian
menempuh hari2 duka ini.
Aku redha andai inilah takdir pasti ada baiknya dan ada buruknya.
Sebenarnya,aku ada cinta di zaman remajaku.Ya! Aku xnak menipu.
Tapi cinta itu tidak kesampaian sehingga kini kekosongan ini tidak
di isi oleh cintamu sejak dulu sehinggalah kini.
Dan aku masih merindui mu..Merinduimu samalah
keadaannya aku merindu zaman remajaku.
Tapi,AWAS !! Wahai remaja..sesungguhnya aku
tidak pernah bercinta dari zaman sekolah rendah
sehinggalah aku Tingkatan 5 kerana aku telah berjanji xkan couple
sehinggalah Tingkatan 5.Cinta remajaku hadir masa lower 6
dan panjang ceritanya kalau nak cerita.
Bersimpul selit sana sini dan terbelit situ sini.
Sukar untuk dirungkaikan!
Biarlah,aku abadikan semua itu di sudut ingatanku yg xkan pudar
dan jika di ingat pula itulah satu2nya kenangan manis dan
kenangan pahit yg amat dalam dalam hidupku.
Panjang ceritanya kalau nak dibuat cerita kisah hidupku ini.
Penuh dgn bahagia dan air mata.Aku semadikan segalanya
di ingatan ku.Yang membuatku termenung sendirian.
Tinggal sayang tingallah kenangan.
Aku x mahu lagi di ulit kenangan lalu yg penuh kisah duka
dalam menempuh cinta sejati.Begitu perit untuk aku laluinya.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu sedalam mana cinta ku itu.
Semuanya telah berlalu dan akan ku bawa selamanya dalam mimpiku..
Sunday, December 2, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment