Sunday, February 8, 2026

SweetNya Kehidupan Dan PahitNya Dugaan, Kini Dan Selamanya,Aku Mahu RedhaMu Tuhanku !!

Salam Sweetnya Hidup dan Pahitnya Dugaan =)


Sebenarnya roda kehidupan kita lalui ini tiada pahitnya dan tiada manisnya serta ada pahitnya dan ada manisnya kerana roda kehidupan ini berputar2 kadang di bawah dan kadang di atas,


Iaitu ada jua seiring sejalan,percaya atau tidak anda kalau sy katakan pahit kehidupan kita berjalan seiring sejalan dgn manisnya kehidupan !!! So,bila pahit dan manis seiring sejalan,jawapan kepada kehidupan kita adalah kita akan tenang2 saja ,


Itu pun jika kita tahu dan ambil tahu semua apa yg terjadi dalam kehidupan kita,jangan risau lagi,sebenarnya kita baik2 aje,terima hakikat yg kalau hidup kita byk masalah yakinlah yg bahawasanya kita sebenarnya ada banyak hal2 yg indah dlm diri kita atau dalam kehidupan kita,


Ungkapan apa lagi yg harus aku berikan,di atas kepahitan hidupku,aku x menyangka bom yg kamu pasang sungguh menyakitkan hati inu,hanya Tuhan yg tahu betapa berat apa yg aku lalui ini,seolah2 aku sorang jelah yg satu2nya menderita, tapi itu pada pandangan aku sahaja,rupanya ada terselit kemanisan,


Kemanisan dalam hidup aku setelah aku melalui banyak derita,aku x tahu sampai begini sekali kasih sayang Tuhan padaku,semasa aku derita dahulu hanya Tuhan tempat aku bermanja dan meminta dan aku mendapat kekuatan entah drp mana Allah masukkan ke dada menjadikan aku kental,


Kini setelah semua kekalutan dan kesakitan serta keperitan dan kepahitan lalu,bak kata org tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu,Baguslah aku terlalu dan amat bersyukur sebenarnya kepada Tuhan yg menguji aku dan lantas memberi aku kekuatan utk aku bawa dalam perjuangan aku di hadapan hari ,dgn kekuatan yg telah teruji kini menjadikan aku insan beriman,


Bak kata alim,jangan kau kata kau beriman sebelum kau di uji ! so,uji sudah dan selesai sudah segala ladang2 ujian aku usahakan,semoga iman di dada ini sentiasa mengikut lunas2 kata Allah,harapan aku semoga Allah sedarkan aku jika aku sedang terlanjur dalam segala apa pun,tegurlah aku Tuhan andainya akulah satu2 kesayanganMu,


Thanks To Allah,I Love You..So Much !!

No comments:

Post a Comment