Tuesday, July 1, 2025

Lara CintaKu,Kelukaan Yg X Terubati,Aku Menangis Dgn NasibKu!

Salam Kemiskinan Dan Merana Di Permulaan Dulu,Semua Blogger =)

Di mana kamu saat aku memerlukan ? Mengapa semua kepahitan ini terjadi padaku ? Hanya Tuhan sahaja yg mengerti segalanya ini,Di mana syurga buatku yg dulu amat perit bagiku,Oh Tuhan..padaMu kuserahkan segalanya,Aku Menangis Tuhan di atas segala dosa dan noda silam,Jernihkan aku dan pulihkan semangatku ! Aku x mampu berdiri tanpa kasih sayangMu Tuhan,segala tragedi di penampar di pipi ini,segala sentuhan kecundang, semua kisah2 cinta penuh lara telah meninggalkan kesan buruk yg amat mendalam,mengapa ini terjadi padaku Ya Allah,aku bukan wanita suci lagi,pada yg telah aku buat dan lakukan di laman dan rangkaian sosial amat memberi malu mendalam,aku dedahkan auratku,aku buka aibku,bukan biasa2,yg teramat payah sudah bagiku utk mendapat lelaki suci dan lelaki beriman yg dicintai Tuhan,dengarlah Tuhan rintihan ini !


Aku malu dengan dogenggan dan omongan dan kata2 org tentang silamku,tiada lagi rahsia buat diri ini,semuanya pekung di dada di buka,aku malu Tuhan,di mana letaknya maruahku,seperti aku ditangkap bersama lelaki itu dan aku dimasukkan ke lokap kerana kami ingin mencapai hajat kami yg di larang Allah,aku teramat takut dan kisah kami berakhir di mahkamah,oleh sebab peristiwa itu telah menjejaskan pelantikan aku sebagai guru menjadi tergugat,kerana utk bekerja dgn kerajaan mana2 pekerja mesti bebas drp terlibat dgn jenayah dan bebas drp menjadi bekas drp mana2 jenayah yg mana dibicarakan di mahkamah,aku amat takut yg nyata peristiwa itu telah menggugat kedudukan dan potensi aku sulit utk mendapat pekerjaan,biarlah kisah itu berakhir,aku telah kotor Tuhan kerana kaki ini pernah menjejak ke lokap,maafkan aku Tuhan,jagalah maruah ini Tuhan,hanya Engkau yg Maha Tahu betapa aku terpaksa kunci dan sorok drp bercerita peristiwa itu kepada org lain,Sedih Tau !


Semasa kecil pun aku x lupa tentang kisah di umurku 8 tahun aku telah terjebak dgn seks,pernah disentuh lelaki yg ambil kesempatan utk lakukan amang seksual terhadap aku,kisah org yg suka ejek2 aku dan mak saudaraku yg ejek dan mulakan dulu sehingga aku jadi malu bila org ejekkan aku gelarkan aku hidung kepek atau lebih jelas org bandar faham hidung kemek,ia sangat memalukan aku sehingga aku teramat takut utk menempuh masa depanku kerana jika aku bertemu org2 yg berhati busuk,sudah tentu aku akan dipermainkan oleh mereka2 ini,kawan2 sekolah rendah juga pernah ejek aku,dan kawan sekolah menengah yg girl pernah juga ejek aku dan buli aku,aku pun x tahu di mana kelemahan aku sehinggakan org sering nak buli aku,aku ni muka kesian ker sebab sering diperlakukan sedemikian rupa,atau mereka yg bermasalah iaitu perangai pembuli dan bukan salah aku kat mana2 pun,Ya Allah hanya Engkau yg tahu betapa hati ini terluka dan remuk !


Kenapa Tuhan,semuanya kedaifan dalam diri ini,bukan sahaja miskin harta tapi miskin segalanya,kenapa aku harus tempuh segala dugaan ini,lepas satu,satu yg jadi,sejak aku kecil bukan hidup aku happy semuanya tapi di sulam derita,macam2 perkara yg terjadi pada diri ini,tapi walaupun bermacam2 dugaan yg terjadi di sini lah aku belajar tentang ketabahan dan kesabaran dan air mata,hidup aku selalu malang bukan sahaja dalam perhubungan dgn org iaitu dgn kawan dan pakwe atau teman lelaki,mungkin sebabkan itu lah aku sendirian,banyak sebab aku bersendiri,lelaki sering perbodohkan aku dan ambil kesempatan ke atas diri aku,tapi aku juga terpaksa waktu itu,sebab masa aku couple dulu aku tengah frust bercinta dgn si dia,selepas aku kenal dan keluar dgn lelaki ,dunia aku berubah kerana aku berjumpa dgn lelaki yg salah,jadilah hidupku seperti bunga tahi ayam yg berbau busuk,dan x berseri lagi,tapi sejak zaman kecil dan sekolah pun aku dan memang telah dinodai !


Tapi sejahat2 aku,aku x pernah mengumpat hal org,dan aku jarang masuk dalam kain org,aku hanya buat hal aku jer dan hidup aku penuh dgn warna warni,aku jadi miskin bersebab dan aku jadi macam bunga tahi ayam berbau busuk pun bersebab,boleh dikatakan apa yg jadi dekat aku semua bersebab yg hanya Allah yg tahu,kerana kini satu persatu terungkai yg selama ini menjadi rahsia telah membuka pekung di dada,dan ke arah harumnya kasih sayang dan cinta,walaupun kisah hidupku dulu tunggang terbalik,aku yakin yg mana satu aku pilih dan yg mana satu hantu2 dalam badan aku pilih,kalau ustaz2 yg bercerita tentang hidup dan kisah silam aku,dan walaupun apa jua yg buruk2 terjadi dekat aku,aku yakin manis hidupku juga sebanyak itu jugak dan aku yakin ada hikmah di atas apa yg terjadi,semuanya memalukan dan penuh kenangan pahit,sedih,pilu,malu yg teramat pun ada,mungkin ada hadiah nak yg Tuhan nak beri dekat aku,sebab tulah aku kena lalui semua ini !


Apa pun yg terjadi dekat aku,telah banyak dan terungkai,telah menjadi buah mulut org,apa pun peluang di depan hari ku xkan aku sia2kan dah,aku akan ambil peluang yg ada utk aku tebus kesilapan dan dosa dan salah arah itu ke arah yg lebih baik,jujur aku katakan aku bukan perempuan suci lagi,biarlah apa jua doaku dekat Tuhan x pernah luntur,hanya Tuhan yg mengerti hati ini dan apa yg telah terjadi,dan hanya takdir dapat menentukan segala2nya,Kita semua insan biasa tapi hidupku ini adalah luar biasa,x semua org macam aku , x semua org lalui dan tempuh dugaan berat yg macam aku ini,banyak aku belajar drp ujian Tuhan ini,menjadikan aku semakin matang dan makin bersemangat menempuh hidup,aku akan sentiasa bersyukur Ya Allah,sungguh besar nikmatMu yg xkan aku persiakan dan akan ku tempuh cinta yg bersulam seksa ini dengan keputusan hati minda emosi dan kelakuan yg waras ,Okaylah !

No comments:

Post a Comment