Salam Saat Hati Terluka Kerana X Dihargai =)
Kita memang kesian kat demo tapi demo x mikir tentang kita,kita sehabis mungkin bagi duit utk mereka,tapi x semua mereka nak berterima kasih dekat kita,tapi biarlah semua tu,hari ni aku nak sentuh pasal poligami,kenapa nak poligami sedangkan isterimu mampu beri segalanya dekat awk,awak memang nak sakitkan hati bini awk ker ? Aku xnak lah sentuh sangat soal apa sekali pun sebab aku memang kekurangan ilmu,aku memang bantah keras poligami dan islam pun kalaulah nak benarkan poligami biarlah kena dgn sebab,barulah betul,sekalipun poligami dibenarkan kenapa ada diantara kita memandang sepi dan ada juga di kalangan kita memandang dan merasa happy dengan kelonggaran ini,hidup kita x lama kat dunia ni,kita hanya di uji dalam kesenangan dan di uji saat kesusahan,bersyukurlah apa adanya wahai manusia,engkau bahagia hari ini,semuanya milik Allah !
Aku ada dengar ustazah ceramah,dalam ceramah itu aku dengar yg paling jelas menyatakan yg apa yg kamu miliki hari ini bukan milikmu tapi semuanya milik Allah,semuanya hanya pinjaman,dan bila aku dengar begitu memang x ada apa lah milik kita,kerana apa yg kita ada ini dan apa yg Tuhan beri ini,Dia boleh ambil bila2 masa sahaja,dan aku tengok juga keadaan manusia2 kini,ada yg baik hatinya yg bertakwa dan ada juga yg jahat ,aku cuma nak tahu apa jer milik kita,kalau semuanya milik Allah,ternyata x ada satu pun milik kita dan yakin lah semuanya milik Allah,bila kita usaha utk dapatkan sesuatu x kiralah utk dapatkan ilmu ker,harta ker,dan anak or apa sekalipun,semuanya atas izin Allah,Yakin lah aku kini yg apa sahaja milik aku ini sekeping hati yg tenang ini,harta yg banyak ini,keluarga yg bahagia ini,pemberianMu Ya Allah dan sedarlah aku tiada apa2 yg perlu dibanggakan kerana semuanya pinjaman !
Kesedaran ini kalau lah boleh aku dengar lagi ustaz dan ustazah bercerita,ingin sekali aku tahu lebih dalam tentang kehidupan,kesedaran ini penting bagi mereka yg x bernasib baik kerana kedudukan mereka adalah sama sahaja dengan mereka yg bernasib baik,dan di kalangan kita juga pada pandangan Allah kita semua sama sahaja dan yg membezakan kita amalan dan ketaqwaan serta iman sahaja, bagi mereka yg bernasib baik mereka xde lah bermegah2 dgn apa yg mereka ada ,dan merasalah diri seperti batu batuan sahaja,kerana pada Allah kita semua sama sahaja walaupun pada hakikatnya kita dilihat berbeza dari segi harta,rupa,anak,pangkat,last2 hakikatnya pada Allah kita adalah sama,Ada juga aku merasakan ini tidak adil kerana mana boleh kita semua yg berbeza taraf dan kedudukan masakan di anggap sama kan ? Tapi itulah yg kita di mata Tuhan dan dengan apa yg kita ada,kita akan dipersoalkan kelak iaitu di akhirat ke mana dan ke arah mana kita belanjakan semua itu,Ingatlah aku dan kamu !
Jadi,mereka yg x bernasib baik janganlah rendah diri sangat dengan keadaan dirimu walau kamu kekurangan harta,rupa dan hati sering disakiti atau apa sahaja,dengarlah dan ingat pada Allah dan di mata Allah hanya amalan yg membezakan kita semua bukan kita dipandang dari segi rupa kita tetapi juga kita dinilai dari hati baik kita serta akhlak dan perangai kita serta mulut kita,itu adalah pasti,hodoh dan cantik kita bukan halangan nya utk kita cantik di mata Tuhan,ada aku pernah dengar macam ni bunyinya,,baik seketul hati itu baiklah segalanya,maknanya di sini kebaikan seketul hati itu menunjukkan baiklah akhlak dan perangai kita,andai katalah hari ini hati kita di uji kita dengki dgn kelebihan jiran kita atau seseorang,selagi kita ingat kita di uji dan kita tidak melakukan dosa atau melakukan perbuatan yg salah di sisi undang2 dan agama,kita masih suci di sisi Tuhan dan serta malah kita akan diberikan pahala iaitu pahala kerana kita menjaga kelakuan kita dan berkelakuan baik,pahala bagi kita,ingat tu !
Dan bagi mereka yg bernasib baik,contohnya hati nya tiadalah dengki dgn org atau sesiapa dan hidupnya aman bahagia,ingatlah juga kamu wahai manusia,sesungguhnya ladang pahalamu amat sedikit kerana tiada ujian berat dalam hidupmu,janganlah di bangga2 kalau kamu memiliki hati yg tenang tiada ujian itu boleh jadi kamu akan tertinggal di belakang kerana tiada masalah dan ujian yg boleh menjadikan semua itu ladang utk kamu membuat kebaikan dan tekanan hidup yg sedikit itu menjadikan ladang amalan merudum,hakikatnya wanita yg di uji punyai hati dengki atau tidak dengki ,mereka ini sedang berjuang dalam kehidupan iaitu madu di tangan kananmu dan racun di tangan kirimu,aku x tahu mana satu pilihanmu untuk kau bawa di akhirat nanti bertemu Tuhanmu,Itulah wanita ujian manusia seperti kita di akhir zaman ini,sabarlah menempuh jalan,tetapkan iman di hati,yakin dengan janji Tuhan,syurga yg sedia menanti,Okay ?!!
Apa lagi yg kita nak dalam hidup kita selain bahagia,kita x jauh dari sumber2 dan hidup bahagia ,percayalah,lihatlah sekitar alam dunia luas terbentang langit tinggi kebiruan,pohon2 kehijauan,hembusan bayu yg menyegarkan,kenapa keadaan dan derita juga yg kita cari,carilah ketenangan yg ada di mana2 sahaja di dunia ini,semua Tuhan ciptakan di dunia ini ada manfaatnya,kalau tertekan lihatlah kehijauan pokok2 dan daun2 dan ambil angin di luar sana,bagi lelaki pula di luar sana,x payah lah nak poligami sangat,hargai isteri anda jangan pula dapat yg baru akan hilang pula nikmat2 yg lama,semua benda x datang dgn kenikmatan sahaja malah datang dengan berpakej,tapi kita sahaja x tahu semua itu,x semestinya yg datang itu baik utk kita,jangan sampai poligami menjadikan perkahwinan anda macam belacan iaitu macam kentut,Okay sahabat ? Poligami akan menjadikan hidup lelaki pening segala jenis kepala,kepala otak,kepala lutut dan segala jenis kepala,Ingat tu ! 🙄🙄🙄