Bismillah..Semua !!!
Ya Allah ! Sungguh banyak apa yg Kau beri padaku,sehingga aku menangis bahagia Tuhanku,Beginikah kasih sayangMu Tuhanku pada hambaMu ini Ya Allah,X dapat aku gambarkan betapa bertuahnya seketul diri ini,
Beginikah balasan drp kekecewaan aku dulu,penderitaan aku dulu dan kesedihan aku dulu ,Tuhanku ?? Semua terserah padaMu aku begini adanya Tuhan,Betullah kata org tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu !
Betullah juga kata org sebanyak mana pahit sebanyak tulah hasil manisnya,biarlah semuanya menjadi dan masih serta dalam rahsia,nanti akan terbongkar juga kebenarannya apa yg aku merepekkan ini,Aku bersyukur Ya Allah !
Nanti2lah aku ceritakan apa yg telah berlaku dan satu persatu akan ku jelaskan kemudian,Apa yg telah berlaku dalam hidup aku sungguh banyak kesedihan,sehinggakan aku penat menghadapinya,sehinggakan aku juga merasai hidup x pernah sunyi dan sepi drp masalah !
Kini semua masalah dan kesedihan telah tinggal kenangan dan debu2 dunia dan ketenangan semakin menghampiri,kini bahagia pula semakin menerpa2 sehingga aku merasa begitu bersyukur menjadi diri aku,apa yg x terhingga adalah pemberian hati murni ini olehNya !
Ya Allah,Terima Kasih atas segalanya ! Sentiasa aku ingin berdoa dan meminta padaMu Tuhan,semoga Kau tunjukkan jalan yg lurus kepada diri ini,iaitu jalan yg penuh rahmatMu,penuh bahagia,tenang dan kejayaan,Bukan jalan yg sesat lagi menyesatkan ! Amin3..🥰🥰🥰
No comments:
Post a Comment