Friday, March 4, 2022

Kecelaruan Mental,Sedalam Perasaan

Salam Kehidupan Penuh Bahagia,

X dapat aku bicarakan apa yg aku rasa saat2 ini seakan2 aku ini dibelenggu tanpa arah,nak menangis ada dgn hati berkata2 lagi entah dibisikkan apa lah,Di saat ini aku sendiri x tahu nak cakap mcm mana perasaan,rasa dipermainkan pun ada,Ya Allah hanya padaMu HambaMu ini serahkan segalanya..Amin😏


Nak melangkah jauh pun kehidupan hanya sekangkang kera sahaja,Besarnya perasaan ini rasa2 aku sebab dah berbelas2 tahun dah memendam rasa sampai bercakap sorang2 xder sape dan xde dgn sape2 aku berbicara,hidup aku mmg sebatang kara dan x der tempat utk aku meluahkan apa2 dan jauh dgn keluarga yg sayangkan aku😋


Hidup sebatang kara ni dah lama aku rasa sejak zaman sekolah lagi,kadang2 aku fikir elok juga hidup x kisahkan org tapi kini lain pula hidupku sebatang kara ini lagi memudahkan aku utk bebas buat apa sahaja dan ke mana sahaja sekadar hidup bertegur sapa sahaja cara aku,xder lah sampai tahu luar dalam apatah lagi jaga luar dalam kain orang😯


Byk aku belajar dlm aku menempuh ujian kehidupan ini yg x sama seperti org lain ini,aku sunyi mcm mna sekalipun aku kena kuat,xde seorang kawan pun utk berchatting,aku sebenarnya hanya menunggu saat melimpahkan air mata,itulah sebenarnya apa yg ingin sgt aku nyatakan di sini, saat air mata ini gugur maka segala fantasiku selama ini akan menjadi realiti😍


Aku cukup kuat juga minda ini,hati ini mengalami fantasi ini, segalanya masih tertutup dan rahsia utk aku ceritakan segalanya sehinggakan semua yg aku lalui ini akhirnya membuahkan air mata kesedihan dan air mata kegembiraan buat diri ini begitu semua ini menguji perasaan dan hati😘


Aku x pernah anggap aku gila sekalipun insan sekelilingku beranggapan begitu ,ini bukan persoalan lagi,jika aku gila aku xkan dpt menghasilkan blog dgn nukilan yg sgt sedap utk dibaca dan berbicara dgn ayat yg waras dan ada juga bukti yg org sekeliling aku anggap aku gila sebabnya aku bercakap sorang2😉


Aku bercakap sorang2 bukan kerna aku gila tapi aku masih waras dan xder kawan utk lepaskan stress ,lantaklah semua tu bagi aku dah x penting tu semua yg kau perlu tahu blog yg aku karang tulah yg memberi rezeki melimpah ruah utk aku sampai berjuta2 duit aku dapat,kalau aku gila xkan mampu yakinkan org utk baca blog aku🙄


Keadaan aku kini memendam perasaan,malas dah nak layan benda yg x masuk akal,biarlah aku hidup dgn cara aku sendiri buat saat ini,kalau kita hangat sehangat mentari sekalipun kita xkan mungkin bersama so biarlah kita berjauhan buat ketika ini ,Hati ini dah lama remuk dah lama hancur dan seribu keinginan sekalipun aku ingin xkan mungkin tercapai,So Stop ! 🤒

No comments:

Post a Comment