Sunday, June 2, 2019

Stress Giler

Hai Semua..Apa Khabar??
Stress ini menjadikan aku 
x sabar nak ke mana2 dan 
menjadikan aku kebudak2kan 
walaupun usia dah mencapai 32 tahun,
Tekanan akan sedikit demi sedikit hilang 
bila aku berperangai kebudak2kan ,btl  awak!

Sebenarnya aku ingin belaian gurau senda 
dan kasih sayang di sekeliling aku.
Dah lama aku mcm ni,stress,
mls aku nak cerita pasal masalah aku ini.
Kalau ckp kang bukak aib sendiri! 
Tu yg aku memilih utk putar cerita 
dan bercerita yg biasa2 sahaja,
kini tinggal sisa2 derita,
tapi masih blm pasti bila akan tiba bahagia.
Tunggu aje lah!!

Dulu masa aku dilanda stress 
sangat besar dugaan itu,
sampai aku meluah dan sentiasa luahkan 
dalam Facebook dan menghilangkan stress 
aku dgn cara menulis perasaan yg lahir.

Bagi aku cara ini membuat aku lebih selesa. 

Sebab aku segan xnak org tahu sakit aku ini.
Dulu aku benar2 malu kalau org tahu a
ku sakit stress,dan kini ianya  mainan dah bagi aku.
Tiada duka lara lagi ,

Ada satu rahsia aku xnak luahkan kat sini,
cukuplah Aku sebut aku terpaksa  terima kenyataan 
yg dicipta sewenang2nya oleh mereka2 semua.
Hakikat sebenar aku memang stress,

Tapi xde lah sampai btl2 dicop gila!!
Tapi masalah yang aku hadapi tu cukup berat,
tu yang buat aku stress!

Dan stress ini adalah stress yg terkawal 
dan xderlah sampai sampai aku nak gila,
Tapi stress ni bagi kesan sampingan jugak lah 
seperti apa yg aku ceritakan di awal2 tadi.

Aku jadi x sabar ,x sabar menunggu ,
x sabar nak ke mana2 ,x boleh kalau x kuar jalan2,
x boleh terperap je dlm rumah mesti kena keluar,

Aku jadi x sabar dan jadi gelojoh kalau bab2 makan,
mungkin juga dalam diri aku ada yg x kena kot,,,

Aku masih lagi menipu anda2 
semua tentang kisah2 hidup aku.
Banyak yg aku sembunyikan .

Yang aku tahu aku byk bercerita kisah duka aku 
Dan sembunyikan kenyataan yang sebenar,, 

Dan kenyataan olok2 yang aku ngomongkan,,

Aku harap lepas ni aku dpt peluang utk bercerita 
tentang kisah sebenar aku,
Banyak yg tertutup blm terbuka hati 
dan keadaan sebenarnya ,

Sabar lah wahai hati dan anda2 semua,
Sesungguhnya aku byk sembunyikan kisah2 
hidup ku penuh dgn penipuan dan muslihat 
serta penuh ujian. 

Dugaan yg melanda diri aku 
dulu dan kini tiada henti ,

Sekuat mna dugaan aku sendiri 
pun x tahu.Terlukakah  aku??? 
atau amat terlukakah aku???




Semoga suatu hari nanti 
aku di beri peluang  
utk meluahkan 
segala2nya yg 
terpendam di jiwa.Amin.. 

No comments:

Post a Comment