Sunday, December 1, 2024

Berlalulah Keletihan Dan Penat ,Lelah ! Hadirkan Bahagia Tuhan Utk Ku !!

Salam Air Mata Dan Byk Masalah Hidup =)

Betul lah kata org,jika hidup kita sering dibasahi air mata dan banyak ujian yg kita lalui dlm hidup kita,ini menunjukkan kita insan terpilih ? Tapi sejauh mana kita terpilih dan terpilih sebagai insan terbaik atau terpilih sebagai insan terburuk ?? Nak kita kata tentang hidayah ? Apakah bagi insan pendosa air mata yg mengalir dan bertimpa2 masalah hidup adalah satu cara utk kita berubah ke arah yg lebih baik,Dalam hidup kita ini di sekitar diri kita ada petunjuk dan pengalaman insan2 lain yg akan mempengaruhi seharian hidup kita,kalau nak sentuh bab2 family pula,kalau kamu lihat kehidupan aku,aku bukan dibesarkan oleh family aku sendiri,dan latar belakang keluarga mereka ini amat kacau bilau,amat memberi kesan utk aku membesar dgn sihat !


Dalam perjalanan hidup ini,kita akan jumpa ramai org,ada yg baik dan ada yg jahat,begitulah dunia ini yg di katakan tempat utk kita cari pahala dan meninggalkan perbuatan keji dan mungkar,tapi dalam mengejar kejayaan ,ketenangan,dan kegembiraan kita dihidangkan dgn pelbagai ujian tidak kira lah samada dari dalam diri kita sendiri mahupun dari pihak lain maupun drp Allah s.w.t itu sendiri,biarlah aku ceritakan pengalaman aku di sini,sesungguhnya ada juga aku di uji Tuhan aku bertemu dgn insan yg busuk hati nya x kurang juga ada juga aku bertemu insan berhati mulia,semua yg aku jalani itu aku jadikan pengajaran buat diri aku dan sesungguhnya tiada manusia yg benar2 sempurna dalam dunia ini serta tiada manusia berdosa yg xde masa depan,sabarlah menjalani hidup tetapkan iman di hati,insyaAllah kasih sayang Allah milik kita !


Kehidupan ini x selamanya menjadi ladang pahala kalau kita x pandai mengemudi layar dan buang segala amarah mu serta sifat2 syaitan,cukuplah kita bersyukur dgn nikmat2 Allah yg terlampau banyak utk kita,adakah hanya aku yg sedikit bersyukur ? Tuhan menjanjikan syurga kepada hambanya yg bertakwa dan beramal soleh,apakah kita hanya menjadikan dunia ini utk bersifat tamak haloba dgn maksiat2 dan menjadikan dunia ini tempat terakhir dan abadi tanpa meletakkan kiamat dan syurga neraka dalam hidup kita ? Sesungguhnya memang mudah utk berkata2 kerana lidah tidak bertulang,tidak kiralah dalam mengucapkan yg baik atau yg buruk,bertingkah utk melakukan dosa juga lebih diminati dan menjauh drp tikar sejadah,manisnya iman hanya akan hadir dalam hati mu bila mana kamu mendekat dan melekat di tikar sejadah !


Allah x kata dia akan mengubah nasib kita semua,kecuali kita semua yg mengubah nasib kita sendiri,betullah kalau x dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,kalau kita x usaha manakan ada hasilnya,aku sekadar ingin bercerita dekat kamu semua, kita melalui zaman kanak2,remaja dan dewasa,jalan hidup kita bukan sahaja dipengaruhi tindakan kita sendiri dan insan2 di sekeliling kita juga turut mempengaruhi nasib kehidupan kita,contohnya zaman kanak2 kita bebas bergaul lelaki dan pompuan main2 tanpa rasa malu dan tanpa rasa segan,remaja mendatang pula kita tumpukan pada study,kita asyik dgn pelajaran dan melupakan perkara2 yg mengganggu pelajaran,seperti cinta dan pergaulan bebas,utk capai cita2 kita sanggup korbankan keseronokkan demi masa depan yg lagi penting drp segalanya,harapan sy semoga remaja di luar sana tolonglah fokus dgn study ketika masih di alam ini dan capailah dahulu cita2 dan barulah cinta,Okay ?


Pengalaman aku pula,semasa zaman study dulu,aku betul2 fokuskan kepada pelajaran dan tiada ruang masa utk fikirkan benda2 dan perkara yg membuang masa dan tidak berfaedah,bukan sahaja akan menggangu pelajaran malah kita akan terjebak dgn maksiat dan dosa,remaja aku habiskan dan habis universiti aku tercapailah cita2 dan belum menemui cinta,kini dewasa melanda aku masih lagi di sini di belenggu masalah2 yg sejak dulu belum2 habis lagi,biarlah rahsia malas aku nak bukak cerita atau ceritakan apa yg telah terjadi,biarlah di sini aku sepi dan sehingga ke sana pun aku akan tetap sepi,kata org dgn meluahkan hati akan tenang,biarlah aku memilih utk sepi kerana yg terjadi telah terjadi dan tetap telah terjadi,biar menggunung tinggi masalah pun aku sepi memberitahu dan tercuram ke dalam tanah pun aku akan tetap sepi utk menceritakan,biarlah sehingga sejarah baru dan buka buku baru maka jalani sama2,Okay ?


Hidup siapa tiada masalah ? hidup aku penuh masalah ,begitu sekali Tuhan menguji aku utk menjadikan aku serikandi yg berjiwa kental dan dapat mengharungi apa sahaja yg mendatang,Tuhan ! Terima Kasih atas segalanya,jangan kau lalaikan aku Tuhan,sentiasalah sedar2 aku drp terus lalai jika ianya datang menjengok ku,Aku tahu jangan sedih jika x dihargai tapi sedihlah kalau kita x berharga,Pengalaman cukup mengajar aku tentang segala erti,Remaja ku ,hidupku banyak yg berlaku yg org lain lebih tahu dan sedikit pula yg aku tahu tentang diri aku,aku yakin suatu hari nanti segala luka dan sedih aku ini akan diubati dgn cinta2 yg segar ke dalam hidupku,dan setelah itu aku akan menjadi diri aku yg sebenar,hanya aku jer yg faham dan tahu apa yg telah aku lalui dan sedalam mana pahit manis yg aku rasai,hati ini ? perasaan ini ? ,Hadirkan kemanisan Ya Allah =)

No comments:

Post a Comment