Friday, October 4, 2024

Berehatlah Diri ,Sudah Teramat2 Lelah Dan Itulah Aku !

Salam Keletihan Dan Kepenatan Semua =)

Memang aku dah cukup penat dgn semua yg terjadi,seolah aku x berdaya lagi,apa lagi Tuhan ujian yg belum Kau beri padaku,turunkanlah Ya Allah,agar terlepas hajatMu,mengapa Tuhan aku benar2 jerih perit,letih tenaga badan emosi otak kuat berfikir rasanya tumbuh akar bersirat dlm kepala ni dan emosi pula bercampur baur sekejap happy sekejap sedih itu pun mujur aku cari keadaan yg tenang buat diri ini,tapi apa lagi boleh aku buat,sabar ajelah,dah banyak tahun dah tubuh badan aku ni patah tulang2 nya dan sendi2 pun longgar semua dah di tambah lagi dgn umur yg makin meningkat maka bertambahlah kerut2 tua,sabar ajelah kata org alah biasa tegar biasa,tapi aku nak cakap juga lah tentang alah bisa tegal biasa ni,ada baiknya dan ada buruk nya ! Percayalah,,


X semua benda yg jadi dalam hidup kita kena alah bisa tegal biasa,macam aku dah cukup penat dgn hidup yg serba kena berpenat dan berlelah dan bersusah payah,adakah aku ini rajin org nya ? Ya tapi itu dulu sekarang aku dah x larat lagi,kalau usia remaja aku dulu kalau bab2 cuci tandas cuci bilik air ,itu semua kerja aku dan x harapkan ma pun,tambah2 aku lah kakak dan sorang diri sebagai seorang kakak so kenalah rajin sikit urus rumahtangga,tapi itu semua dulu kini aku hanya mampu ronda2 motor dgn sendirian keliling kampung dan dgn kawasan sekangkang kera,Tuhan aku penat ,sesungguhnya memang udah x berdaya lagi berilah ruang utk aku bernafas walaupun berada hanya di sini dan bukan berada di sana !


Kaki aku ni dah patah begitu juga dgn lengan dan lutut dah remuk semuanya kerana dikerat2 dgn benda tajam ,tapi aku x mati,oleh kerana peristiwa perang itulah yg menjadikan hidup aku huru hara,dah berpuluh tahun aku begini,tapi aku yakin ada hikmah nya apa sahaja yg jadi dalam hidup aku,dan kerana ujian demi ujian yg Allah turunkan dekat aku menjadikan aku makin tabah dan makin bijaksana serta aku semakin mahir selok belok tentang kehidupan dan semakin pandai mengatur kehidupan supaya lagi tersusun dan lebih sistematik,memang hidup ini keras bagi mereka yg lemah dan hidup ini indah bagi mereka yg pandai mengatur hidup dan pandai membawa arah diri ke mana haluan yg betul, dan hidup ini lembut bagi mereka yg tahu berlembut dgn keadaan kerana tiada hidup yg tiada cabaran nya ! Pandai2 awk lah nak tafsir macam mana tentang kehidupan ini !


Org yg berjaya dalam hidup ni banyak menggunakan istilah dan pegangan2 dan pandai serta bijak,aku yg lemas masa mula2 dulu kembali segar dan bersemangat dan hidup bahagia bukan kerana aku tiada masalah dalam hidup dan bukan kerana hidup aku happy2 ajer,tapi kerana aku bahagia sebab itu lah hari ini menjadi bahagia tapi bukan kerana hari ini bahagia aku menjadi bahagia,aku perlukan 1000 tahun lagi utk berehat dan enjoykan diri serta berbulan madu mungkin itu lah penawar setelah melalui segalanya,apa yg aku lalui terlalu banyak aku settlekan masalah org dan settlekan masalah sendiri serta aku settlekan byk perkara bukan hanya satu dua benda,bukan sikit org masalah aku,dan banyak juga kejayaan2 yg telah aku cipta dalam hidup aku,aku bangga dgn kebolehan diri aku,Hehe..


Banyak benda yg belum aku settlekan dalam hidup aku,kerjaya aku ,cinta aku, rumahtangga aku,keluarga aku, tugas kepada masyarakat,agama dan negara,serta lain2,Aku sangat bangga dgn diri aku,kini aku ada segalanya ,harta duit dan segalanya,hanya dgn usaha aku selama berbelas tahun ini,kata aku banyak masalah aku banyak juga kejayaan aku,aku hanya ada 3 tahun lagi hutang utk aku habiskan sisa2 hidup aku di sini dan selepas ini aku akan semakin sibuk dgn kerjaya2 aku,dan sibuk dgn cinta dan dunia juga,nak buat novel pun tunggu masa 3 tahun lagi dah habis waktu tu maka bermula lah perjalanan kehidupan aku,Bestkan ?? Semoga apa yg aku usahakan membuahkan hasil,aku akan siapkan juga novel aku yg bertajuk Istana Cintaku !


Bukan senang nak hasilkan novel realiti kan,kena usaha lah menulis walaupun penat,Aku dah penat dgn jasad ini iaitu jasad yg dah punah semua tulang belulang dan sakit sana sini,nak hasilkan novel berkisah realiti ni utk kenang2an di masa akan datang, aku abadikan memori hidupku dlm sebuah berbentuk buku,terasa diri ini ada kisah2 yg sungguh indah jika dinovelkan,aku punyai rupa,punyai cinta punyai keluarga dan semua apa sahaja tentang diriku layak dijadikan novel,akan aku ambil dam selit2kan sedikit masa utk aku coretkan novel ku,pemandangan dan tempat2 menarik sentiasa di rasa dan aku berpergian,aku seorang yg x suka buang masa,aku susun seboleh mungkin perkara2 dan benda2 agar sistematik dan mudah serta ringkas,aku insan mudah dan aku insan tersusun !! Sekian..

No comments:

Post a Comment