Friday, September 1, 2023

Thanks To Allah ! Love You Allah !

Salam Berkasih2an Semua ! =)

Pertamanya nak ucap terima kasih yg x terhingga buatMu Tuhanku,betullah Tuhan itu Maha Berkuasa Maha Kaya Maha Agung ! Semakin hari semakin banyak Dia menaburi Rahmatnya ke atas diriku,Aku insan yg benar2 dahagakan kasih sayangMu Allah,aku hambaMu yg serba serbi kekurangan yg sangat memerlukan perhatianMu,Menangislah sepuasnya diri kerana Tuhan masih milikMu,Aku sayang Allah Aku Cinta Allah !


Maha Kaya Allah,Dia yg Satu menaburi rezeki2 dan kasih sayang yg melimpah ruah ke atas hamba2nya,sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang ,jika tersesat jalan kembalilah pada Allah,jika duka bersarang di hati juga kembalilah kepada Allah,Allah memahami kita sepenuhnya masalah kita,bersujudlah padaNya,memintalah padaNya kerana hanya Dia yg Maha Kaya dan Maha Pemberi rezeki yg luas,jika gembira juga kembalilah berterima kasih kepada Allah,akan tenang yg hakiki hati ini dan sucilah hati mereka yg resah2 itu,yakinlah padaNya !


Ramai manusia mudah berputus asa,diuji Tuhan sedikit sudah melenting,mudah marah mudah baran mudah merosakkan diri sendiri,kenapa ? X suka ker masalah membelenggu diri ? X suka cabaran ker ? Atau cemuh dgn masalah ? Cuma satu yg dapat sy berpesan pada anda semua ,nak kaya melaburlah banyak2,nak berjaya usahalah dgn sesungguhnya,nak untung dan nak mudah kehidupan tempuhilah onak dan duri kerana setelah hujan akan terbitlah pelangi dan anda kena ingat,org yg biasa dgn cabaran adalah alah bisa tegal biasa,dan bila dah semua masalah bebannya jadi biasa,itulah anda! Sudah Berjaya !!


Tiada perbuatan sia2 di dunia ini,segalanya ada hasilnya,jika buat salah atau buat baik cepat dengan lambat jer balasan pasti tiba,Ada masalah kena ingat jadilah alah bisa tegal biasa supaya pisau yg di asah akan tajam jua dan batu juga lekuk jika terkena titisan air ke atas batu,apa pun jua aku berkunjung di sini utk bersyukur dgn rahmatMu Ya Allah,segala puji2an hanya layak dicurahkan hanya padaMu Tuhan,aku bahgia keranamu Tuhan,bak persis kehidupan laluku hilang gelap terbitlah terang,Tuhan beri semua kepada sy,Apa tujuanMu Tuhan ? aku bertanya dan mencari jawapan? Adakah ku kesayanganMu ??


Tuhan izinkan kita berbicara ? Kenapa Tuhan aku masih dibelenggu ? Kenapa Tuhan hanya aku begini dan begitu yg aku sendiri pun x tahu di mana duduknya diri ini,masih dibelenggu,semua masalah sudah ku lalui sepenuhnya dan semua cabaran ku tempuhi,apa lagi ujian yg kau ingin berikan lagi padaku? Aku akan bertahan,demiMu Ya Allah,berapa banyak pun kau limpahkan masalah dan cabaran aku akan tetap aku dan sedaya upaya ku lalui penuh dgn kebaikkan yg hanya satu2nya di hati ku berserah padaMu Allah,Cukuplah aku berbicara,insan yg baik akan disayangi takdir dan waktu ! Sweet X ?


Nak sweet2 jah ngan Tuhan,Tuhan gak kita sorang jah buah hati Dia,sayang sangat Dia kat kita,Kalau baik hati nanti org pun sayang dan kalau busuk hati nanti org pun benci,Apa2 pun sy suka semua apa yg Tuhan buat kerana manis jangan terus ditelan dan pahit jangan terus dibuang,Ingat barangkali apa yg kamu suka adalah buruk utk kamu dan barangkali benda yg kamu benci adalah ianya teramat baik sebenarnya utk kamu ,So win2 situation dan kena pandai2 bawak diri,Lastly ,Tuhan suka hambanya yg banyak bebuat kebaikan menjaga lidah dan menjaga hati ! Selamat Beribadah =)

No comments:

Post a Comment