Salam Kesakitan Hati & Bertahankah Hati ?
Ni pasal poligami, Ya Allah kenapa ini semua terjadi ? Kesian sungguhlah kepada yg dirampas suaminya,yg merampas x ada masalah ,senang hati jer selalu dan dalam kepala tu asyik nak lebih drp isteri pertama kan ? Kesian isteri tua siapalah yg tahu pahit maung hati nya,sedih x terkata bila cintanya punah ranah,Yang merampas bukan jer senang hati tapi rasa hebat dapat tawan suami orang !Kenapa lelaki kau x setia ? Kenapa curang suamiku ? Dimanakah kekurangan diri ini hingga kau mencari yg lain ? kurangnya di mana kalau boleh aku tahu ?
Dimanakah Keadilan buat kami wanita2 Wahai undang2 ?Tujuan apakah kau mencari yg lain ? Kau pilih dia seolah2 aku tiada harga di matamu dan kau samakan kedudukan aku dgn si dia ,Di manakah kau buang cinta setia kita dulu hingga aku diperlakukan seolah2 aku pula yg patut mengalah yg bahawa jika aku tidak memberi kebenaran dan keizinan kau bersama si dia,nanti aku yg kau tinggalkan ,hanya luahan perasaan kecewa sahaja mampu aku curahkan setelah kau memilih si dia,hati aku sakit ! Kenapa mesti aku takdir diperlakukan begini,di duakan ? Apa salah diriku dan jika aku kekurangan,terangkanlah di mana utk kubaiki !
Yg jelas adalah anak2 yg terkesan terpaksa memberontak dan menahan perasaan kecewa dgn si ayah dan lantas perhatian dan kasih sayang kepadaku beralih arah,aku bukan apa,aku takut anak2 bertindak dan bertingkah laku liar dan membawa masalah dalam emosi dan dirinya,pelajaran juga akan terjejas ! Hanya mampu memerhati tingkah laku ibu dan ayah ,Tujuan apakah aku diduakan ? Apakah kerana nafsu atau utk melahirkan zuriat yg ramai mengikut hukum syarak ? Cukuplah aku membebel,seribu perkataan pun hanya sia2 bagi madu yg manis ini,aku rela mati, Suamiku !
Mungkin dari segi harta kau mampu,tapi adilkah engkau dalam membahagi kasih dan sayang ? Dosa dan pahala sudah ku jelaskan segala2nya tapi adakah memberi kesan pada dirimu ? Hanya sia2 seperti mencurah air di daun keladi,kau berdua bermadu dan aku menanggung seksa hempedu yg kau berikan,x siapa mengerti perasaanku,pahit maung terkilan ,kenapa aku yg begitu setia kau sia2kan diri ini akhirnya,selama manakah semua bebanan ini ? Sesungguhnya aku terseksa suamiku,tapi kau masih dgn sikap mu utk terus menduakan aku ! Hancur Hatiku =(
Apa lagi yg kau cari,kita dah ada segalanya,tapi janganlah kita salah guna segalanya yg kita ada ini utk kita berbuat dosa,mungkin ianya halal tapi tahukah kita semua dalam halal ada byk lagi terkandung bahan yg memudaratkan dan membawa kemusnahan,aku malas nak cakap dosa pahala,halal haram,aku ingin pendam segalanya biar hanya Allah yg tahu segalanya apa yg aku tanggung dan apa yg telah terjadi ,sesungguhnya walau aku dihidang dgn lelaki yg lagi hensem drp kau,cintaku masih tetap padamu,itulah teguhnya cintaku buatmu,tapi adakah kau menghargai pengorbananku semua itu ?
Tapi aku x mampu berbuat apa2,apa dayaku ? Syurga Neraka dan entah apa lagi tiada nilainya bagi insan yg bercinta kerana semua itu lebih manis drp madu dan gula ,aku hanya mampu bertahan dgn sisa2 cinta dan kasih sayangmu,andai diberi pilihan kasih sayang Allah padaku dan kasih sayangmu padaku ,di dunia ini,utk hidup,aku pilih kasih sayangmu kerana betapa aku cinta padamu ,Kasih sayang Allah buat kita aman sejahtera bersama,Itulah sebenarnya kedua2 kasih sayang ini,aku akan tetap bersyukur kepada Allah kerana dipinjamkan engkau buat diriku walaupun sementara cinta kita bersemi dan sama2lah kita berdoa utk hidup yg lebih bahagia,Amin3
No comments:
Post a Comment