Saturday, July 1, 2023

Semat Jujur Dan Ikhlas,Maka Lahir Kasih Sayang =)

Salam Kebebasan Minda Yang Terpantau =)

Tuhan cipta manusia ni yer ker utk berkasih sayang ? Sayang benar Tuhan kat manusia ? Xper lah mana2 pun,dalam masa yg panjang ini apa yer yg mampu aku buat dalam keadaan miskin segalanya dalam pula keadaan masa yg panjang apa nak di isi ni ? Kita ni bukan main byk perancangan dan hanya waktu yg x mengizinkan,apa nak dikata kan ? X mengapalah,korang nak tahu x  dalam xde apa2 kat tangan aku korek juga korek jua,haaa dapat pun luah perasaan dan bebanan dan lepas ni nak tulis apa lepas ni x tahulah aku,harap2 ada jelah idea yg penting kita jujur dan ikhlas dgn doa ini moga2 membuahkan kebaikkan yg banyak,think positive selalulah sayangku kerana membawa kepada hati yg lebih terbuka atau open minded !


Kalau aku nak sentuh tentang blog aku ini,aku menulis hanya dengan suka2 dan utk kenang2an semata2 x di sangka menjadi lubuk rezeki kepada aku dan kamu semua ,sehingga melimpah ruah hanya berbekal keikhlasan dan kejujuran sahaja ramuannya,oleh itu kamu jika punyai hati jujur dan ikhlas itu adalah amalan doamu yg kau tawakal tu alal lah dan berserah kepada Allah apa akan jadi dgn blog aku seterusnya takdirlah yg menentukan segalanya apa yg akan terjadi lagi kepada blog aku,kamu kalau nak sangat keajaiban terjadi dalam hidup kamu selalu2lah betulkan niat,jujur dan ikhlas dalamkan di hati dengan itu insyaAllah kebahagiaan milik kamu selama2nya !


Jujur dan ikhlas ini boleh dipupuk,segala apa yg ada kat hati ni boleh dipupuk sama ada menjadi atau tidak itu bukan urusan kita apa yg penting kita usaha,dan tawakal iaitu berserah kepada Allah yg Maha Kuasa,hati kaca yg hitam boleh jadi putih dgn tanam niat baik2 kat hati apa sahaja yg kita nak kat dunia ni x mustahil hanya yg x mampu kita ubah adalah cap jari kita,oh yer pasal blog aku banyak sungguh keajaiban yg terjadi kepada blog aku kerana aku insan yg x pernah berhenti utk jadi yg terbaik selalu dalam hidup kita,Apa yg lebih penting tentang blog aku harap kamu jaga aku bak kata org eloklah dijaga pusaka bangsa yg bermutu dan jagalah jangan sampai rosak di tangan insan lain,itu sahaja pintaku !


Semua apa yg aku raih bak kata org kejayaan x datang dgn mudah ,ada pengorbanannya dan ada kerajinannya dan kesabarannya,setakat ini aku dapat semua apa yg aku mahu,segala2nya telah aku gapai ijazah kerjaya cinta dan kini aku bercita2 utk menjadi penulis novel,kita boleh kalau kita mahu kita boleh kalau kita usaha,xder benda yg mustahil di dunia,rezeki secupak xkan jadi segantang kalau x usaha ! X gitu ? Memang x disangka aku ada bakat menulis yg penulisan aku ada nyawa,sedap org membacanya dan senang difahami,segala kejayaan aku bermula dgn kegagalan kepahitan hidup dan semangat utk bangkit,aku boleh jadi apa sahaja x dapat realiti kita capai fantasi dan dah dapat fantasi kita capai realiti,contoh x dapat jadi puteri perasan jadi puteri pun cukuplah dan dah jadi puteri capailah keenakkan jasad sebagai puteri dan hati puteri !


Kehidupan aku bermula dgn kesusahan dalam hidup mental fizikal dan emosi,aku tempuh aku hadap aku leraikan kusut aku simpulkan keyakinan aku teguhkan pendirian dan aku mulakan langkah pertama maka tercetuslah beribu2 langkahku ke hadapan,ni aku nak cerita tentang korang,aku rasa aku xkan mampu menulis macam aku yg kosong tapi panjang dapat aku cungkil dalam kepala otak aku ni dan  berjela2 pula dan kamu dalam keadaan terkurung seperti aku ini yg sekangkang kera rasanya hanya mampu terdiam tanpa tinta,betapa kamu x usaha betapa kamu lemah betapa kamu persiakan byk pemberian Tuhan kat kamu dan dekat dunia ini !


Kamu xnak belajar drp kesusahan kamu lemah kamu malas kamu x usaha kamu x bersungguh2 kamu sambil lewa yg melayan setan,kenapa begitu sayangku ? Xnak kah kau jadi insan yg berjaya dan bersenang lenang dlm hidup ,x rugi kita belajar drp kesusahan dan belajar drp kesilapan,semakin kita tempuh macam2 kita jadi semakin kuat dan ilmu kita tentang bidang itu semakin mendalam bak kata org alah bisa tegal biasa,bila kita dah banyak ilmu tentang mengatasi banyak masalah ,nanti depan hari bukan sahaja masalah kecil kita boleh tempuh malah masalah besar jadi kecil dan kita juga dpt tolong org yg susah,Okay =)

Berbicaralah Hati, Kerna Aku Sayang Kamu !

Salam Bahagia Semua dan Semoga Hidup Aman Selalu =)

Kalau baik hati nanti org pun sayang dan kalau jahat hati nanti org pun benci,sentiasalah amal maaruf dan nahi mungkar,sesungguhnya hati kita ini ada mata yg mampu menilik dan melihat serta membaca tingkah laku manusia dan sesiapa sahaja yg dia mahu dan mereka mana2 sahaja yg dia ingin ketahui,hati kita ni kalau dari segi jasad hanya sebuku tapi kata org baik seketul hati itu baiklah segalanya,kalau bisik yg buruk2 jer atau jahat seketul hati itu maka jahatlah seluruhnya iaitu hati dan tingkah laku dan segala2 apa jua yg lahir dari diri ini,setiap org kena jaga hati masing2 yg bermula drp niat ! Niat yg baik2 sahaja  dan buat apa sahaja kerana Allah !


Hanya manusia yg miskin sahaja yg mengharapkan balasan drp Allah tentang apa jua yg mereka lakukan tapi berlainan pula dgn manusia yg melakukan dan hanya tahu buat kebaikkan sahaja ,iaitu mereka ini sesungguhnya kaya sebenarnya kerana rezeki Allah ini luas dan bezanya cuma apa yg kita lakukan sama ada baik atau jahat tetap mendapat balasan iaitu lambat dan cepat jer,percayalah setiap yg kita lakukan apa sahaja baik ker buruk ker tetap ada balasan,kalau kita buat jahat balasannya jahat juga dan kesannya jahat juga dan sebaliknya,jika baik maka baiklah balasan dan kesannya !


Hati yg sakit pula macam mana utk kita ubati,dengar sini nak ubat hati sakit bukan sumpah seranah jer kita perlu buat,memang dgn sumpah seranah kita buang segala tekanan yg kita hadapi tapi hadapilah juga dgn doa dan iman di dada,ingat Allah selalu dan pastikan lebatkan zikir dan bentuklah hati dgn niat yg baik2 sahaja,senyum selalu,tabahkan hati kuatkan semangat,kecewa hari ini bukan kecewa buat selama2nya walaupun kata org apa yg kita makan hari ini menjadikan kita yg hari esok tapi percayalah sememangnya kita x mampu utk mengubah kata dan hati org lain tapi kita mampu utk mengubah hati dan diri kita serta drp jatuh kita dapat bangun dan terus berlari mengejar apa yg kita mahu !


Bagaimana pula dgn hati kaca ? Iaitu ada di hati iri hati cemburu dengki dan dendam ! Dengar sini ,kita x mampu mengubah ciptaan Tuhan yg Dia buat muka kita sempura atau tidak tapi percayalah dgn doa kita mampu mengubah hati dan membuat haluan yg betul utk hati kita supaya terpantau dan tidak membuat dosa,segala perasaan buruk2 itu hanya ujian yg memberi pahala kalau kita mampu membentuk hati kita supaya hati terarah dan terpantau,memang bukan mudah tapi x mustahil hati kaca itu bersalut emas dan membuahkan pahala yg bertimbun2 pula,percayalah bahawa ujian Allah itu drp tahi kita gubahlah menjadi bunga yg cantik dan harum mewangi,Tiada yg mustahil !


Hati walaupun kecil hanya sebuku tapi percayalah dari seketul hati itulah lahirnya sebesar dunia,tengoklah apa yg terjadi kepada dunia hari ini kerana dan disebabkan hati,macam2 berlaku kalau hati busuk dan macam2 jadi kalau hati baik,Apa lagi yg lebih penting drp hati yg bak kata org baju ronyok x apa asal pakai selesa berkilau x bermakna kalau hati ada,so kita nak apa lagi selain bahagia ? Harta banyak pun kalau hidup dan hati huru hara x der makna juga, yg penting hari ini adalah hati ,kalau hati bahagia harta sikit ker rumah buruk ker seadanya ker,kita akan terus tersenyum tanpa ada masalah ,tapi yg menjadi masalah hari ini adalah semua org ada masalah ,x kiralah sama ada masalah kecil atau besar tapi inilah yg menjejaskan kualiti hidup kita,yg bulat xkan datang bergelok dan yg pepeh xkan datang melayang,usaha dan usaha utk jadi yg terbaik,Okay !


Yang ni anda kena tahu,kalau hati baik nanti org pun sayang,kadang2 muka x lawa mana tapi sebab perangai cantik jadi ramai pula org suka =) Ermm,gitu pula jadinya yer bukan apa ini pengalaman aku sendiri kalau hati bahagia tu tengah berbunga2 rasa nak buat apa pun bersemangat dan senang hati,tapi time ada masalah atau org buat kita sakit hati rasa nak marah jer kadang2 sumpah seranah,Ya Allah mereka yg sakitkan hati org ini mereka insan beriman atau tiada iman atau jauh dari iman ? I Don't No What To Say ! Untunglah mereka yg asli ada hati yg baik dan ada hati kaca pemberian Allah anda jangan rasa sedih anda juga ada peluang yg sama dgn mereka2,yg penting usaha org bagi sampah kita buat bunga, hanya itu ! Okaylah =)

Perilaku Anak- Anak, Mencerminkan Ibu Bapa Juga

Salam Kasih Sayang Semua =)

Tadi jumpa adik anas,sayangnye che ngah kat adik anas hanya Tuhan yg tahu,dalam masa yg sama che ngah sedih dgn nasib adik anas sebab dgn mama,mama adik kerja jauh kat KL,abi balik jarang2,kesian adik anas membesar dgn tokma adik,gilir2 jaga adik,kejap tokma sungai durian kejap tokma pupuh,nampaknya macam tu lah adik anas sehinggalah adik besar,mama tengah usaha utk berada dekat dgn adik dan x mengapalah dari jauh pun che ngah tetap tetap titipkan kasih sayang utk adik anas walaupun jauh,adik anas walau kurang apa pun ,doa che ngah semoga adik anas membesar dgn baik dan terbaik,cepat2 besar dan dah besar nanti jgn lupa jadi anak yg berjaya dunia akhirat !


Che ngah x banyak membantu adik anas masa adik anas kecil ,hanya jaga macam tu ajer,sekarang adik anas dah nak dekat 1 tahun lebih dan dah cerdik pun,boleh dah berlari2,bercakap sikit2, dan dah faham keadaan dah pandai tgk ' org marah ker,org sedih ker,org ambik kisah tentang diri adik atau tidak,perkembangan adik anas dgn kakak amierah dan adik amy x sama,adik anas nampak lagi aktif dan cerdas,agaknya ikut mama dan abi yg cerdik pandai,bukan kakak mierah x cerdik cuma kak mierah dan adik amy lagi menyerlah dari segi perangai iaitu baik hati dan bejurus,doa che ngah juga x lupa utk kakak mierah dan adik amy juga supaya berjaya dlm hidup di dunia dan akhirat !


Kakak mierah pun membesar dgn tokma,tokma jaga dari kecil sampai besar dan adik amy pula byk masa bersama dgn abahnya ketika kecil sehinggalah 1 tahun lebih,umy kakak mierah dan adik amy kerja kedai makan,keluar pagi dan pukul 7 malam barulah balik rumah,hanya hari jumaat sahaja umy diorang cuti,jadi masa bersama anak2 terhad ,tahu sahajalah bila anak2 bersama dgn abahnya,bukan budak x membuas dan  x aktif iaitu sangat menguji kesabaran menjaga anak2 yg masih kecil,kalau serah kat che ngah pun,che ngah tertekan,yelah xder org gaji nak jaga,apa pun jua che ngah kakak dan adik menjadi anak yg mendengar kata,yg baik hati,bejurus,cerdik dan cerdas ,dengan kata lain berjaya dalam pelajaran dan solehah !


Adik anas ,kakak amierah dan adik amy adalah anak2 buah aku yg berada depan mata aku ketika diorang membesar,kasih sayang x payah cakaplah che ngah selalu bagi tip top kalau che ngah larat,kerana aku yakin hanya anak2 yg cukup masa bersama keluarganya dan yg cukup kasih sayang drp keluarga sahaja yg akan membesar dgn baik dan terbaik,aku malas nak sentuh kekurangan ibu bapa dalam membesar anak2 tapi percayalah 10 kita bagi kasih sayang dan cinta kita utk anak2 maka 100 kali anak2 akan bergantung dan berkasih sayang dgn kita,di mana ada kekurangan anak2 yg kita nampak sebenarnya mencerminkan diri dan bagaimana didikan drp ibu bapa itu sendiri ! Jadi kita sebagai ibu bapa,jgn lupa belajar ilmu keibubapaan dulu yer !


Anak2 yg membesar dgn kasih sayang adalah sangat cepat membesar dgn sihat dari segi hatinya yg terbentuk adalah anak yg baik,otak yg pemikirannya adil dan sihat serta tubuh baik yg membesar dgn sihat juga,ada ibu bapa yg x menjaga sangat gigi anak2,itu pun salah satu tanda mana ibu bapa yg jaga anak2 dgn baik atau tidak,dan selalunya kalau kebersihan anak pun dijaga dgn baik semestinya dalaman anak iaitu emosi ,intelek dan fizikal akan juga dijaga dgnn sebaik mungkin juga,anak2 yg kurang kasih sayang dan anak menangis dibiarkan tanpa pujukan akan menjadikan anak2 anda mudah memberontak dan takut nanti membesar jadi anak yg ganas !


Sebaiknya,jadikan anak2 kita ucapkan sayang2 dan dibelai2 selalu supaya dia membesar dgn sihat ingatlah kita kasih sayang itu amat penting kerana ia akan menyentuh naluri anak yg paling mendalam dan menjadilah anak seorang yg manja dan bertutur kata baik,dan tingkahnya juga mungkin kalau anak lelaki ,kadang2 agak kasar tapi percayalah itu hanya sementara dan jika dia bertingkah laku kasar tegur dgn berpada2,dan jika dia melakukan tingkah laku baik pula jangan lupa untuk memberi kucupan dan pujian,Jika perhatian cukup dan segalanya cukup utk anak anda ,yakinlah anak anda akan menjadi anak yg berjaya dalam apa jua ,x kita ketika,bayi kanak2 remaja dan ke akhirnya ! So, jadilah anda ibu bapa yg berjaya menjaga anak2 =)

Kau Bersamanya Sungguh Enak,Tapi Tidak Kau, Utk Diriku !

Salam Kesakitan Hati & Bertahankah Hati ?

Ni pasal poligami, Ya Allah kenapa ini semua terjadi ? Kesian sungguhlah kepada yg dirampas suaminya,yg merampas x ada masalah ,senang hati jer selalu dan dalam kepala tu asyik nak lebih drp isteri pertama kan ? Kesian isteri tua siapalah yg tahu pahit maung hati nya,sedih x terkata bila cintanya punah ranah,Yang merampas bukan jer senang hati tapi rasa hebat dapat tawan suami orang !Kenapa lelaki kau x setia ? Kenapa curang suamiku ? Dimanakah kekurangan diri ini hingga kau mencari yg lain ? kurangnya di mana kalau boleh aku tahu ?


Dimanakah Keadilan buat kami wanita2 Wahai undang2 ?Tujuan apakah kau mencari yg lain ? Kau pilih dia seolah2 aku tiada harga di matamu dan kau samakan kedudukan aku dgn si dia ,Di manakah kau buang cinta setia kita dulu hingga aku diperlakukan seolah2 aku pula yg patut mengalah yg bahawa jika aku tidak memberi kebenaran dan keizinan kau bersama si dia,nanti aku yg kau tinggalkan ,hanya luahan perasaan kecewa sahaja mampu aku curahkan setelah kau memilih si dia,hati aku sakit ! Kenapa mesti aku takdir diperlakukan begini,di duakan ? Apa salah diriku dan jika aku kekurangan,terangkanlah di mana utk kubaiki !


Yg jelas adalah anak2 yg terkesan terpaksa memberontak dan menahan perasaan kecewa dgn si ayah dan lantas perhatian dan kasih sayang kepadaku beralih arah,aku bukan apa,aku takut anak2 bertindak dan bertingkah laku liar dan membawa masalah dalam emosi dan dirinya,pelajaran juga akan terjejas ! Hanya mampu memerhati tingkah laku ibu dan ayah ,Tujuan apakah aku diduakan ? Apakah kerana nafsu atau utk melahirkan zuriat yg ramai mengikut hukum syarak ? Cukuplah aku membebel,seribu perkataan pun hanya sia2 bagi madu yg manis ini,aku rela mati, Suamiku !


Mungkin dari segi harta kau mampu,tapi adilkah engkau dalam membahagi kasih dan sayang ? Dosa dan pahala sudah ku jelaskan segala2nya tapi adakah memberi kesan pada dirimu ? Hanya sia2 seperti mencurah air di daun keladi,kau berdua bermadu dan aku menanggung seksa hempedu yg kau berikan,x siapa mengerti perasaanku,pahit maung terkilan ,kenapa aku yg begitu setia kau sia2kan diri ini akhirnya,selama manakah semua bebanan ini ? Sesungguhnya aku terseksa suamiku,tapi kau masih dgn sikap mu utk terus menduakan aku ! Hancur Hatiku =(


Apa lagi yg kau cari,kita dah ada segalanya,tapi janganlah kita salah guna segalanya yg kita ada ini utk kita berbuat dosa,mungkin ianya halal tapi tahukah kita semua dalam halal ada byk lagi terkandung bahan yg memudaratkan dan membawa kemusnahan,aku malas nak cakap dosa pahala,halal haram,aku ingin pendam segalanya biar hanya Allah yg tahu segalanya apa yg aku tanggung dan apa yg telah terjadi ,sesungguhnya walau aku dihidang dgn lelaki yg lagi hensem drp kau,cintaku masih tetap padamu,itulah teguhnya cintaku buatmu,tapi adakah kau menghargai pengorbananku semua itu ? 


Tapi aku x mampu berbuat apa2,apa dayaku ? Syurga Neraka dan entah apa lagi tiada nilainya bagi insan yg bercinta kerana semua itu lebih manis drp madu dan gula ,aku hanya mampu bertahan dgn sisa2 cinta dan kasih sayangmu,andai diberi pilihan kasih sayang Allah padaku dan kasih sayangmu padaku ,di dunia ini,utk hidup,aku pilih kasih sayangmu kerana betapa aku cinta padamu ,Kasih sayang Allah buat kita aman sejahtera bersama,Itulah sebenarnya kedua2 kasih sayang ini,aku akan tetap bersyukur kepada Allah kerana dipinjamkan engkau buat diriku walaupun sementara cinta kita bersemi dan sama2lah kita berdoa utk hidup yg lebih bahagia,Amin3