Salam Ketulusan Hati Semua =)
Semua org nak jadi baik,Semua org nak bahagia tapi hakikatnya bukan semuanya mudah dan realitinya ada yg x mustahil,Beruntunglah barangsiapa yg dapat memiliki hati yg murni sejati dan tiada iri hati serta dendam dgn sesiapa jer,Ada org bukan sengaja nak berdendam dan dengki tapi sedih kerana secara tidak sengaja memiliki hati yg rapuh,nak buat macam mana kalau dah tahu hati tu rapuh jgn diturutkan ,patah nanti ! Kuatkan hati,Anda Boleh !!!
Perkara paling utama dalam hidup manusia di dunia ini adalah kebahagiaan dan ketenangan serta disokong dgn kejayaan itulah yg diperlukan oleh setiap insan di dunia ini,mereka2 yg memiliki semua itu adalah dianggap paling sempurna dan terbaik ! Aku juga beranggapan memiliki kecantikan ,pendidikan ,kekayaan bertambahlah aman kehidupan seseorang manusia itu,tapi apa yg aku sebutkan tadi adalah salah satu dua tiga perkara sahaja dan banyak lagi yg melengkapi kehidupan manusia utk lebih keterbaik =)
Apa yg kamu ada bukan selamanya,dan apa yg ada di dunia ini bukan selamanya ,semuanya kena di top-up dan akan berkurangan dan boleh juga dalam keadaan berlebihan,Manusia adalah insan yg byk kelemahan dan kalau kuat pun mampu buat apa jer ? Hakikatnya serba kekurangan,ada org tu harta x banyak tapi kaya dgn angan2 ,kaya dgn khayalan jer ,ada org tu kita tengok miskin je tapi hati okay jer xde dendam dgn org xde iri hati dan dengki dgn org,alangkah bertuahnya !
Adakah hati boleh berubah ? Sedangkan pantai kan berubah inikan pula hati manusia ,itu dalam cinta ,tapi bagaimana dengan dengki ? Selagi kita tgk dia bahagia selagi itulah kita sakit hati ? Begitu ker ??? Adakah kita x bisa mengubah hati yg dengki ini kepada lapang dan tidak iri hati dengan dia ? Ya Allah,alangkah sakitnya kalau begitulah hakikatnya,mesti kita kena tgk dia rebah dan amat dalam keadaan sakit barulah kita lebih bersemangat utk hidup dan berganda2 bahagia kita yg x kita minta ,Begitukah ???
Kehidupan ini dikejar dicintai bak bayangan x bertepi,hanya Allah yg bisa mengubah segalanya,kita adalah hamba !!! Itulah hakikatnya ,Mungkin juga Tuhan ciptakan kita bukan utk bermegah ! Sedihnya ,tapi bagi org yg bersyukur dia mengatakan byk nikmat yg Allah berikan utk hambanya hanya kita yg sedikit bersyukur,apa pun jua yg pasti manusia dicipta utk diduga dan diuji dan ditawarkan pula pahala dan syurga dan bukan itu sahaja,,,
Bagi hamba yg hanyut dgn nikmat dunia tanpa menanam saham2 akhirat maka rugilah dia,di akhirat segala amalan akan dihitung tiada terlepas satu pun dan ingatlah azab Allah amat perit,jgn diturutkan kata hati jika ia seperti bisikan syaitan tapi tabahkanlah hati ,hadapilah dgn senyuman kerana senyuman mampu memadam luka di hati ,oleh itu senyum2lah selalu ,hati hanya seketul tapi dari seketul hati itulah mengawal segala - galanya dari sebatang tubuh itu untuk menjadi manusia baik atau jahat !
Usahlah dirisaukan mainan perasaan ,cerah anda xkan selamanya,mendung juga xkan berterusan kerana itulah kehidupan dan benda2 hidup yg hakikatnya x pernah kekal dan sentiasa berubah2 ,betullah kata org Hidup ini ibarat roda dan percayalah jika anda sabar dan percaya kepada pertolongan Tuhan,hidup anda akan bercahaya seumpama selepas hujan Tuhan akan hadiahkan sebuah pelangi,Ingat Doa itu senjata mukmin,nak apa2 mintak ikhlas dgn Allah,InsyaAllah akan jadi milik anda ,=)
No comments:
Post a Comment