Sihat Sebelum Sakit,Susah Sebelum Senang
Salam kedaifan dan Salam Kesejahteraan,
Hari ni sy x berapa sihat,selesema dan sakit tekak,ermm di uji dgn begini pun dah rasa x boleh sabar ,susah, x senang duduk asyik berhingus jer dan buang hingus !
Ingat masa kecik2 dulu kalau demam ma letak kain tuala basah kat dahi,sungguh murni kasih ibu ! Sekarang dah besar pun nak rasa lagi dan lagi kasih ibu !!
Kita ni selesa selalu dan jarang ujian melanda diri,syukurlah ! Namun ,depan mata kita mungkin amat sedikit yg kita ketahui,cuba kita ke klinik atau hospital dan cuba tgk keadaan org kat sana,ramai yg merana,sabar tu kena selalu =(
Kalau diri asyik dgn kerja kita dan sekeliling kita jer mmg kita xkan byk belajar dlm ilmu apa sekalipun,kalau kita selami hidup manusia ni,mcm2 ragam !
Ada org bahagia jer selalu,ada org kadang2 dilanda musibah dan ada juga org yg selalu dlm air mata,nak buat mcm mna begitulah lumrah kehidupan manusia,x semua org berjaya dlm hidup ,ramai juga yg hidup susah =(
Jika kadang2 singgah melawat saudara kat hospital tu ,cuba2lah perhatikan apa yg anda nampak di sekitarnya,mesti anda akan faham akan erti betapa beruntungnya anda yg boleh ke hulu ke hilir tanpa masalah !
Masalah lain pula jika anda melihat di tepi kaki lima,ramai peminta sedekah,kita ni kena bersyukur ada kerja ada duit boleh beli apa sahaja yg kita mahu,tapi bagi yg x mampu hanya pakaian buruk jer mampu pakai =(
Kita xkan tahu erti susah payah ketika di zaman persekolahan ada motor ke sekolah ada duit belanja lagi tambah senang kalau dapat biasiswa ,tapi yg x mampu boleh di lihat dari pakaian dan kasut buruk !
Tapi jgn lah kerana kekurangan yg diri pakai memudarkan semangat utk kita belajar bersungguh2 kerana aku dulu2 pun pernah hadapi keadaan seperti itu dulu,tanamlah usaha gigih utk berjaya !
Kita yg hidup segar bugar ni xkan tahu erti sakit jika kita sendiri tidak diuji,kalau Tuhan menguji diri kita sendiri sakit barulah kita akan tahu erti betapa nikmatnya erti sihat dan gembira !
Sama juga kalau negara kita aman damai kita perlu bersyukur sgt kerana nikmat besar ini kita dapat rasa,cuba kita bayangkan kalau kita berada dan tinggal di negara perang atau negara miskin tentu kita susah utk belajar dgn selesa dan makan pun x menentu =(
Apa pun jua,berdoalah walaupun kita sihat selalu x pernah sedih sgt2 dan berharaplah pada Tuhan sesungguhnya biarlah Tuhan jaga kita dan beri keinsafan walau sakit kita x rasa !
Lastly,nikmat senang ni jgnlah lalaikan kita utk buat benda x baik ,semoga nikmat senang ni akan membimbing kita utk selalu bersyukur dan semoga kita bahagia selalu dan kadang2 bersedekahlah perasaan simpati dan kasihan serta kasih,Amin3 =)
No comments:
Post a Comment