Friday, June 17, 2022

Bercinta Ada Batasnya ,Remajaku !

Selamat Pagi Wahai Remajaku,

Cinta anak muda sekarang x macam cinta org zaman dulu2,org dulu bercinta kalau rajin pun tulis surat jer tapi org sekarang dgn kecanggihan teknologi berubah segalanya x seperti dulu ,


Dgn kecanggihan teknologilah,mcm2 maklumat boleh dpt,xde dah budaya kuning tapi yg berlaku lebih drp itu ,anak luar nikah terjadi drp remaja yg hanyut dlm cinta lelaki yg x bertanggungjawab yg hanya gunakan nafsu terhadap wanita ,


Apa yg aku nak sentuh soal seks,drp pengetahuan ini ,ada remaja pompuan yg serah diri kepada lelaki yg x bermoral ,lakukan seks sebelum kahwin,bermula dgn phone dan internet ,guna phone utk mesej lucah dan layan seks guna phone serta guna internet utk tgk video lucah guna laman web tertentu ,


Pengaruh mesej lucah dan web video lucah sgt2 mempengaruh pemikiran remaja dan akhirnya terjebak dgn seks luar nikah dan seumpamanya , Maka rosaklah masa depan mereka samaada remaja lelaki atau wanita dan wanita pertamanya ,


Lelaki sepatutnya melindungi maruah wanita yg ternyata lelaki lebih kuat akal dan sifatnya berbanding wanita , wanita adalah kaum yg lemah segalanya ,nasibnya hanya bergantung kepada kaum lelaki kalau ke arah baiklah lelaki itu tunjukkan maka baiklah dia dan sebaliknya ,


Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai ,carilah lelaki yg elok wahai wanita yg sayangi dan melindungi maruahmu serta cintakanmu yg x kan sia2kan mu dgn itu cerahlah hidupmu ,


Kalau dah x tahan dan sgt memerlukan layanan seks maka kahwinlah dgn itu lahirnya keturunan yg terpelihara dan bermaruah ,bercintalah dan jagalah batasnya,jika sudah x tahan maka kahwinlah,itu sahaja penyelesaian ,

Rahsia Rumahtangga Suami Isteri

Kalam Berbunyi ,Apa Beritanya Anda?Selamat Malam !

Org kahwin ni dia mesra luar dan dalam,Aduh2 nak dapat anak tu, dah tahu rahsia zahir batin,X sama masa couple2,tu blm masuk bab seks lagi n haid serta pregnant ,


Nanti bila dah kwin nak kongsi semua dgn pembaca bab org kwin ni,xde malu2 dah pasal seks,haid,prengant dgn suami kena kongsi segalanya,Mak org dah dipinang ,


Seks tu benda biasa bagi org kwin tapi bagi org couple just sembang benda biasa,keluar makan, dan jalan2 tu lagi penting,maafkan aku berbicara soal ini sebagai penulis aku patut penuhi pengetahuan pembaca ,


Aku ada juga nak tnye dan bermain2 soalan,ada x anda terlintas soal seks semasa anda couple aku bukan apa, hanya ingin tahu keadaan yg sebenar ,


Bagaimana pula dgn org yg belum berkahwin yg berumur 40 -an ke atas,pernah ke lakukan seks ,atau onani,maaf sekali lagi terbitkan soal ini,tidak sunyikah anda tiada teman bermanja


Bukan aku tiada kisah silam,tapi aku hanya ingin berkongsi dgn anda ,mungkin apa yg sy lalui tidak sama dgn pengalaman anda, kenangan itu masih sy ingat dan x pernah sy lupa ,sgt memalukan ,hina dan jijik ,


Sejarah lama kita lupakan dan kita binalah hidup baru , x perlu sy jelaskan apa yg terjadi sebenar2nya,biar hanya Tuhan sahaja yg tahu ,tiada siapa yg mahu bersendiri tanpa berkahwin dan tanpa anak juga , tapi sabarlah ,


Berbalik kepada soal suami isteri ,maafkan sy sekali lagi,walaupun sy blm berkahwin tapi sy dlm proses ke arah itu hanya menunggu harinya sahaja kemudian menetapkan hari,maka perkenalan ini bibitkan soal perasaan dan kehendak hati ,


Bila kahwin kalau cakap pasal seks laju jer tapi kalau cakap timbunan tanggungjawab diam dan berkerut muka ,bermasam muka,mengapa hanya seks je yg manis ,sedap ker berasmara dana ? Haha..


Memanglah kwin ni ada bawa masalah ada selesaikan masalah,kalau bawa masalah tu bab nya mcm2 duitlah , anaklah then kalau selesaikan masalah bagi yg pening kepala tu fikir mcm2 benda ,tgah bersedih ke asmaralah dgn seks ,kan okay semula then kalau x buat seks pun boleh sakit kepala juga ,


So ,bila dah kwin mcm2 benda nak kena fikir sama2lah kita bertolak ansur ,saling sayang dan kasihi ,saling bertanggungjawab,saling memahami ,saling menjaga hati masing2 ,memaafkan ,sama2 ceriakan rumahtangga , Bahagia milikmu Okay !

Wednesday, June 8, 2022

Bila Ni Nak Ada Novel Kedua,

Bismillah,Pertamanya syukur ke hadrat Ilahi 

Kerana berjaya jua terbitkan novel pertama,kini menunggu saat2 akan tibanya novel kedua ,pun begitu belum tertulis lagi walau sepatah ayat kerana kehidupan baru belum bermula ,maka tertangguhlah dulu,x mengapa bukan aku diam tanpa berita utk peminat2ku ada juga aku menulis di facebook dan blog aku,syukurlah ke hadrat Tuhan ,walau tersepit dan terkongkong masih lagi dapat meluahkan madah hati ini !


Terima kasih ,semua di atas sokongan dan dorongan janganlah dirisaukan tentang aku akan terhasil jua novel kedua itu ,Amin.Yang perlu aku risaukan adalah bilakah saat manis akan menjelma dah hampir 100 % derita dah,tibalah bahagia ,bahagia yg di tunggu2 ini bukanlah bahagia yg biasa2 tapi bahagia yg seindah syurga kerna lukaku ini bukan mainan tapi hakikatnya luka yg penuh onak duri,ubatilah hati ini wahai pencipta,Amin3


Aku harap kebolehan aku menulis ini akan memberi kepuasan kepada pembaca dan jadikan anda dapat mengambil pedoman drp novel saya yg anda baca.Sebenarnya byk rahsia2 hidup aku yg masih menjadi rahsia tapi aku masih teruskan hidup sebagai seorang yg bodoh kerana x tahu apa2 pasal diri aku,dan rahsia itu hanya akan ku ketahui bila tiba saat bahagia yg aku akan mengalirkan air mata,cukuplah derita sembuhkanlah sakit ini agar aku dapat merasai manisnya cinta dan manisnya kehidupan ini


Banyak yg akan aku kongsikan bersama anda nanti dlm novel kedua,sebagai contoh aku bercerita pahit maung perjuangan hidupku dlm mendapatkan kejayaan dlm akademik aku, mcm mna aku berjaya hasilkan blog sehingga aku berjaya mendatangkan rezeki yg melimpah ruah,tentang kehidupan aku dlm keluarga darah daging diraja Kelantan,perit jijiknya bercinta dgn lelaki hodoh,bagaimana menghadapi perasaan yg sakit kerana perlu sabar ,bagaimana aku berjumpa dgn boyfriend2 tu semua yg penuh kedaifan dan penuh air mata jua tentang pertandingan tentera dlm mendapatkan puteri kayangan tapi disabitkan pulak dgn aku iaitu puteri bongsu Kelantan


X ada apa sebenarnya nak bagitahu awk semua,saya menghasilkan novel ini bukan utk apa sebenarnya tapi sebagai kenang2an di depan hari dan ingin mengabdikan kisah hidup aku yg penuh suka duka ini dalam bentuk novel,apa yg aku ceritakan dlm novel tersebut adalah kisah sebenar yg berlaku dalam hidup aku dan tiada direka2 serta ditambah2,semuanya buah tgn sendiri,Kisah hidup aku ini jika air matalah benar2 air mata tapi jika bahagia hidupku maka bahagia yg btl2 bahagia 


Harapan aku hanya satu walaupun aku menghasilkan novel itu utk tatapan diri di hari muka tapi untuk dipertonton utk anda juga ,semoga anda boleh dapat sesuatu dlm novel tersebut,kalau novel org lain yg anda baca maybe ada unsur rekaan tapi novel yg sy hasilkan ini adalah novel drp pengalaman sendiri,akan sy luahkan perasaan ,bulan madu,tempat2 menarik,kerjaya dan lain2


Akhir kata,sy harap anda doakan semoga sy dapat hasilkan buah tangan yg lain2 juga dgn menjadikan boyfriend2 dan pengalaman kerjaya2 saya dgn padanan yg sesuai,Amin3

saya akan teruskan menulis selagi rasa ingin menulis ini membara dlm jiwa dan sebagai hobi..Orait ,undur diri dulu..Bye !

Monday, June 6, 2022

Sakitnya Cinta,Mengapa Dicintai Jika Benci

Hai semua ! Salam Kasih Penuh Mesra =)

Kalau bercinta dah rasa mcm2 mmg xde yg special dah la jika kita kahwin sekalipun,kenapa nak bertindak sebagai seseorang yg sudah dewasa sedangkan masa masih muda dan masih banyak peluang2 yg ada yg maybe belum terfikir oleh kita semua tentang kemanisan perhubungan cinta,x perlulah aku jelaskan semua atau persoalkan apa2,tiap2 apa yg dilakukan pasti ada kesannya !


Kalau aku bercakap pun,aku dalam keadaan huru hara then apa sgt lah yg dpt aku bicarakan sudah pasti bercakap dlm keadaan yg kita x punyai ilmu yg cukup,haru namanya aku suka nak menyentuh tentang diri aku tapi aku hanya selangkah perjalanan ,contohnya kalau dalam alam percintaan lagi anda sudah cukup sabar dgn pasangan anda jangan harapkan alam berumahtangga anda akan bahagia sebahagia2nya kerana masih tetap perlu bertahan seperti sebelumnya,Percayalah


Makan hati, makan hati,makan hati ,seolah2 kita sahaja yg parah tidak perlu di pertahankan cinta begitu tapi apakan daya andai sudah jodoh,bukan aku tidak tahu baik buruk seseorang pasangan itu,jika kita sahaja yg makan hati x adil lah kerana dia bahagia melangit ! Kadang2 kita melihat soal jodoh ini soal rumahtangga ini ada yg bahagia melangit dan sedikit sahaja derita masalahnya maybe kerana masing2 saling menghargai dan saling memahami ! Syukurlah =)


Bagaimana bagi aku atau bagi kamu yg dpt kekasih yg hanya tahu fikir bahagianya sahaja, kehendaknya sahaja ? Inikah balasan Tuhan di atas segala kebaikkan yg telah aku lakukan selama ini,dugaan yg melukakan hati ini pernah dulu aku rasai , perit kerana aku benci kepada insan itu dan sakitnya seolah2 100% kebahagiaan aku telah diragut ,inikah sayangmu yg kau canang2kan Oh, Tuhan ! Hujan air mata diri ini ,,


Sungguh banyak kebahagiaan yg telah aku lakarkan dan hanya sedikit duka sebenarnya tapi duka yg aku tanggung selama ini adalah hadirnya kerana kau iri terhadapku , x mahu melihatku bahagia,biarlah apa pun jua aku akan selalu berdoa semoga aku berjumpa dgn kekasih hati yg benar2 mencintaiku,setia dgn aku yg tiada taranya dan kasih sayangnya terhadapku seolah2 akulah wanita paling bahagia di dunia ini,Amin3


Sesungguhnya aku bukanlah insan kekurangan yg boleh dipermainkan dan bukan dari kalangan yg bukan2 darah diraja dlm diri ini tapi sudah bercampur aduk sudah ,manakah diri ? Kadang2 aku percaya juga pada takdir,sesungguhnya tiada siapa yg boleh menghalang kuasa takdir,jika ia milik kita akan tetap jadi milik kita dan jika bukan milik kita di usaha mcm mana sekalipun,tetap x akan menjadi milik kita,Okay ! 


Sabarlah Wahai Hati ,Sesungguhnya hidup ini penuh suka dan duka dan berdoalah selalu supaya diberikan kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia ini,Selain itu ,gaduh2 manja pun boleh juga di amalkan xkan lah sepanjang masa derita xkan ada senyuman atau xkan lah sepanjang masa bahagia tanpa air mata !

Thursday, June 2, 2022

Bebel Novel - Novela

Salam Debaran Hati,

Aku ,belum bermula utk aku coretkan apa2 tentang novel novela Istana Cintaku dan ada plot2 dan slot2 tertentu yg aku akan lakarkan di kertas itu tapi aku sengaja membuang acuan itu supaya dan sebenarnya hanya aku yg tahu apa yg ada dalam kepala ini dan di hati ini


Malam yg begitu dingin di depan hariku mungkin akan aku mengalirkan air mata,aku hanya terkenangkan saat2 itu,saat2 bahagia yg kian hadir dan luka air mata nan dulu,aku x kata yg aku sesal alami semua ini tapi cukup aku mengalirkan air mata


Kata manusia berguna,jika tidak hari ini kita gembira mungkin esok atau berjuta tahun lagi 1001 memori nan indah yg akan terlakar,semuanya tersusun indah, cantik dan menawan apa yg aku telah buat dan peluang cerah juga depan hidupku


Walaupun ini hanya coretan kosong yg xkan memberi apa2 makna bagi yg membaca tapi bagi aku putar belit serta serabut serabai yg terjadi pada diri ini cukup terburai dan sudah indah pun hati ini,Ya mmg yg aku hadapi hanya dugaan perasaan! Hanya kekuatan itu yg ada dalam diri ini hanya itulah ujiannya dari dulu lagi sampailah kini yg entah bila kan berhenti sehinggakan aku menjadi bijak dalam mengawal perasaan


Ada jua dalam hati ini yg aku meramal ada ker insan lain dapat tempuhi segala apa dugaan seperti mana apa yg aku tempuhi? Jawapannya ,hurmm kalaulah ujian hidup di dunia ni x berat masakan ada antara kita di dunia ini yg mengalami tekanan perasaan !


Tiada apa lagi yg ingin aku nyatakan dekat sini semuanya bakal terjawab depan hari nanti yg pada saat itu kenallah kamu akan diriku,Kalau dulu punah dan luka kini aku sudah berada di jalan yg aku sudah berdiri dan akan terus berlari mengejar bahagia nan abadi 😍


Inilah gambaran tulisan Novela Istana Cintaku,penuh dengan coretan kosong tapi cukup menenangkan perasaan ini kerana dapat meluahkan segala2nya,See U 😋

Cemburu Lelaki Dan Kedengkian Wanita

 Cemburu Lelaki Dan Kedengkian Wanita


Salam Persahabatan dengan Doa buat Kalian,


Perasaan cemburu lelaki ni mcm mna ye ? Adakah semua lelaki cemburu melihat pasangannya mesra dengan perempuan lain ? Begitu ker ? Oh,sungguh malang nasib anda jika punyai pasangan yg begitu !


Aku kan kalau boleh xnak  pasangan aku nanti kalau aku couple,xnak dia dengki dgn lelaki lain dan cemburu buta dgn aku juga aku mengharapkan lelaki yg sempurna,Amin3 =)


Buat perempuan yg ada rasa cemburu dan iri hati serta dengki dgn diri ini,aku faham perasaan anda yg semestinya amat sakit dan perit rasa itu,namun kamu harus kuat !


Kita kena ingat mmg tiada manusia yg sempurna di dunia ini,tapi kita dan aku jua xnak mengalah begitu sahaja ,maksud aku kita akan tetap dgn pendirian ingin cari yg sempurna kan ?


Andai rasa dengki dan cemburu terhadap kelebihan insan lain sudah semestinya kita merasai gembira hidup kita telah berakhir dan terhenti utk melihat dia insan yg kita dengki itu berjaya dan bahagia,kan ?


Malang hidup kita ini tiada kita pinta, kadang2 ianya takdir Tuhan yg tanpa pilih kasih memberi hati rapuh ini utk kita dan kita menghadapi masalah,alangkah sedihnya hidup kita,fahamilah Ya Allah !


Pada akulah,aku tetap berpegang teguh xnak cari lelaki malang iaitu dengki iri hati dan cemburu dgn insan lain,Ya Allah..tunaikanlah,Amin3 


Setakat ni aku bersyukur yg hati aku masih lagi teguh dlm melalui masalah2 tapi hanya Tuhan yg tahu segalanya yg juga kita hanya merancang dan Tuhan jualah yg menentukan segalanya =)


Apa pun,janganlah kita berputus asa dan teruslah melakukan kebaikkan agar kita mula2 cuba jadi baik mana tahu lama2 kita boleh jadi terbaik,Siapa tahu,Kan ?


Org kata berakit2 ke hulu,berenang2 ke tepian bersakit2 dahulu bersenang kemudian,berdoalah selalu kepada Allah supaya kita diberikan hati yg kuat !


Hanya Tuhan sahaja yg mampu mengubah nasib kita dan hati kita,So apa nak risau doa itu senjata mukmin anda kena yakin dgn kun fayakun ! Jika aku kata jadi ! Maka jadilah tiada yg mustahil awk =)


Jangan sedih2 setiap ujian itu jika kita sabar Tuhan akan beri pahala yg berlipat kali ganda,yakinlah dgn janji Tuhan ! Jika kita rasa sedih sgt dengki dgn dia atau cemburu buang dia jauh2 dari hidup anda,InsyaAllah anda akan bahagia selalu =)


Marilah kita sama2 mendoakan kebaikkan utk kita semua agar kita semua mendapat rahmat dan dalam redhaNya selalu ,Jangan lupa utk hadapi dgn senyuman, Tiada sepanjang masa bahagia tanpa air mata ! Ingat Tu ,NiCe GiTu =)

Hidup Aku Punah Ranah Sebab Org Jer

Hidup Aku Punah Ranah Sebab Org Jer


Salam Kepunahan Hati dri diri ini dan Salam Bahagia buat anda semua =)


Hidup aku ni x payah ckp lah susah sebab dan kerana org jer,Kalau nak cakap bahagia mmg bahagia milik aku tapi ada jer org dengki org cemburu ! Susah sbb org jer !!


Sejak kecil sampailah dewasa sebab org jer aku dan hidup aku jadi susah , X payah cakap lah saper buat hidup aku susah ,buat sakit hati jer cerita pun ! Mmg gila lah diorang ni =(


Kali ni aku xkan biar dah hidup aku ada di tangan org,kali ni segala perjalanan aku segala pergerakan aku akan aku rahsiakan drp pandangan sesiapa pun =)


Org mcm diorang ni x boleh bagi muka ! Senang2 jer dpt maklumat pasal kita mulalah nak iri hati intai semua pasal kita lepas tu lepas beban iri hati kat kita ! 


Kau ingat aku ni hamba korang ! Kali ni aku xkan biar dah korang ambik tahu pasal aku,aku xkan biar dah korang jejak apa aku buat dgn siapa aku berkawan atau bercinta ! Biar padan muka korang, Benci aku !!


Kalau x punah hubungan aku dgn insan aku syg xperlah jugak ni bebankan hidup aku,buat hidup aku x bahagia,hal dan pasal diorang dgn siapa diorang senang lenang jer diorang ,


Hal diorang pandai jer hadapi senang lenang,hal org sibuk jer jaga tepi kain malah nak hancurkan kebahagiaan org,siapa x sakit hati kalau mcm tu !


Tuhan jer yg tahu betapa sebelum ni hidup aku punah ranah sebab org dengki sebab org cemburu,tapi ada yg diorang perlu tahu segala webcam hanya sampai setakat ini sahaja !


Lepas ni,segala pergerakan hanya aku dan diri aku sahaja yg tahu ke mana aku akan bawa diri,kalau sebelum ni kau asyik sibuk pasal aku lepas ni korang akan aku perbodohkan ! 


Xde dah jalan lain utk selamatkan perjalanan hidup aku hanya dgn sorokkan segalanya drp korang semua ! Biar padan dgn muka korang semua ,pandai jaga tepi kain aku sgt !


Hal diorang bebas nak buat apa jer hal kita disekat2 dgn perasaan diorang nak dengki kebenda kalau dah dengki sgt carilah makwe,x payah nak ganggu hubungan org !


Senang cerita jauhkan diri korang semua tu drp aku mmg aku x suka nak dgr atau ambik tahu hal korang aku hanya suka berkawan utk cari ilmu sahaja dgn korang kalau cinta,No !


Apa pun,aku harap dan berdoa semoga korang semua jumpa jodoh utk korang semua lupakan aku,dan semoga korang x lagi menjeling aku dgn pandangan dan perasaan iri hati dan cemburu,semoga korang bahagia selalu,Amin3 =)

Sihat Sebelum Sakit,Susah Sebelum Senang

Sihat Sebelum Sakit,Susah Sebelum Senang


Salam kedaifan dan Salam Kesejahteraan,


Hari ni sy x berapa sihat,selesema dan sakit tekak,ermm di uji dgn begini pun dah rasa x boleh sabar ,susah, x senang duduk asyik berhingus jer dan buang hingus !


Ingat masa kecik2 dulu kalau demam ma letak kain tuala basah kat dahi,sungguh murni kasih ibu ! Sekarang dah besar pun nak rasa lagi dan lagi kasih ibu !!


Kita ni selesa selalu dan jarang ujian melanda diri,syukurlah ! Namun ,depan mata kita mungkin amat sedikit yg kita ketahui,cuba kita ke klinik atau hospital dan cuba tgk keadaan org kat sana,ramai yg merana,sabar tu kena selalu =(


Kalau diri asyik dgn kerja kita dan sekeliling kita jer mmg kita xkan byk belajar dlm ilmu apa sekalipun,kalau kita selami hidup manusia ni,mcm2 ragam !


Ada org bahagia jer selalu,ada org kadang2 dilanda musibah dan ada juga org yg selalu dlm air mata,nak buat mcm mna begitulah lumrah kehidupan manusia,x semua org berjaya dlm hidup ,ramai juga yg hidup susah =(


Jika kadang2 singgah melawat saudara kat hospital tu ,cuba2lah perhatikan apa yg anda nampak di sekitarnya,mesti anda akan faham akan erti betapa beruntungnya anda yg boleh ke hulu ke hilir tanpa masalah !


Masalah lain pula jika anda melihat di tepi kaki lima,ramai peminta sedekah,kita ni kena bersyukur ada kerja ada duit boleh beli apa sahaja yg kita mahu,tapi bagi yg x mampu hanya pakaian buruk jer mampu pakai =(


Kita xkan tahu erti susah payah ketika di zaman persekolahan ada motor ke sekolah ada duit belanja lagi tambah senang kalau dapat biasiswa ,tapi yg x mampu boleh di lihat dari pakaian dan kasut buruk !


Tapi jgn lah kerana kekurangan yg diri pakai memudarkan semangat utk kita belajar bersungguh2 kerana aku dulu2 pun pernah hadapi keadaan seperti itu dulu,tanamlah usaha gigih utk berjaya !


Kita yg hidup segar bugar ni xkan tahu erti sakit jika kita sendiri tidak diuji,kalau Tuhan menguji diri kita sendiri sakit barulah kita akan tahu erti betapa nikmatnya erti sihat dan gembira !


Sama juga kalau negara kita aman damai kita perlu bersyukur sgt kerana nikmat besar ini kita dapat rasa,cuba kita bayangkan kalau kita berada dan tinggal di negara perang atau negara miskin tentu kita susah utk belajar dgn selesa dan makan pun x menentu =(


Apa pun jua,berdoalah walaupun kita sihat selalu x pernah sedih sgt2 dan berharaplah pada Tuhan sesungguhnya biarlah Tuhan jaga kita dan beri keinsafan walau sakit kita x rasa !


Lastly,nikmat senang ni jgnlah lalaikan kita utk buat benda x baik ,semoga nikmat senang ni akan membimbing kita utk selalu bersyukur dan semoga kita bahagia selalu dan kadang2 bersedekahlah perasaan simpati dan kasihan serta kasih,Amin3 =)