Friday, May 6, 2022

Menangislah Wahai Hati

Salam Cinta Abadi,

Gerimis hati ini,dah terlalu lama aku lalui hidup yg penuh sepi dan bersendirian ,aku x tahu bila akan tiba hujan air mata ini,harapan aku cuma ingin ku luahkan segala perasaan yg ada ini hanya diriku dan hatiku yg tahu,banyak benda sebenarnya yg mengguris hati ini,tapi aku hanya tahu ubatinya dgn x mengapa,kalau ikut kata org ,aku yg gila !


Tuhanku,fahamilah hati ini sesungguhnya hanya padaMu sahaja aku berserah tempat aku mengadu kerna aku tiada sesiapa dlm hidupku ini,Tuhanku andai kau rasa aku lebih baik bersendiri dan hanya itu yg membuatkan aku gembira,berikanlah Ya Allah,tunaikanlah Ya Allah ,Aku x cukup sabarkah ? Mungkin aku terlampau lemah yg x berdaya menempuh dugaan dariMu !


Hatiku..


Banyak sudah perkara yg terjadi,dalam wad gila sudah dalam penjara sudah ke mana lagi Phiya kau x melangkah ? Ubat gila sudah ,cucuk kat punggung sudah,pisau parang sudah ,gagal sudah berjaya hadapi kegagalan sudah ,apa lagi ? Cuba cakap,apa lagi yg belum aku tanggung,sakit hati,derita,kecewa ,perasaan malu dan macam2,malas nak bukak cerita !


Buang masa jer cerita kat orang,baik kita cerita kat diri sendiri kerana hanya diri yg memahami diri sendiri dan hanya diri aku yg tahu dalam mana lurah dan dugaan yg aku lalui dan apa yg aku perlu dan apa yg aku mahu,Hanya aku yg tahu ! Kenapa yer bila aku menangis , Ya Allah besar sungguh dugaanMu buat diri ini,Namun aku akan sekeras2nya kan terus sabar dgn segala apa ujian dariMu,Percayalah !


Kurangnya Kasih Sayang,Akan penuh jua nanti,tapi tahukah kamu yg akan pergi akan tetap pergi,Kau memberi padaku adalah Keadilan bukan Kebenaran,dan kerana kau memberi Keadilanlah yg menjadikan aku tetap merasa kesakitan itu dan ini,tapi jika Kebenaranlah yg kau berikan padaku aku, hanya merasai manisnya sahaja ,


Tidak apa2lah,sabarlah menanti yg pergi akan pulang jua bila tiba ketika,tunggu sajalah,kalau aku bisa menunggu mu xkanlah kau x bisa menungguku,Kemudian itu kita binalah bahagia yg mcm mana kita mahu,bila kuasa di tangan kita xkan ada lagi sesiapa yg boleh menjatuhkan kita,cuma hanya diri sendiri sahaja yg boleh jatuhkan diri sendiri !


Usahlah bercakap tentang air mata,mati hidup balik pun xkan keluar selagi aku mcm ni,selagi dihantui,setiap perbuatan pasti ada balasan,Lambat ngan cepat jer semua tu,Kata aku dan aku sangat percaya dgn karma,kita buat baik kat org,org akan buat baik kat kita dan what you give,you get back ! Falsafah ni semua org kena tahu dan ikut serta percaya !


Air mata ini akan gugur bila tiba masanya,bila masanya tu ? Bila mana kau datang menjemput aku dan beritakan padaku perkara yg sebenar ! Itu sahaja dan hadirnya hujan air mata yg selamanya akan mengalir laju serta x berhenti2,Apa lagi !!! X cukup2 15 tahun menunggu kamu2 menjemput aku dari rumah hantu dan negara hantu ini,35 tahun ni x cukup2 lagi ker ? Nak tgk aku tua dulu ker ? Seribu x sayang kuasa x di tangan ku,


Sekian dahulu,Hati terluka..Serta Buntu !

https://youtu.be/4k-GM9VNEJM

No comments:

Post a Comment