Thursday, April 22, 2021

Hatiku Yang Sakit dan Perit Jerih

 Hatiku Yang Sakit dan Perit Jerih


Salam Terakhir dan Abadi

Dulu hati ini pernah terluka dan begitu byk kelukaan,adakah petanda ia nya akan berakhir !


Mengapa hati ini sering saja menangis dan terluka ? Adakah kekurangan vitamin c iaitu kurangnya berkasih sayang dan bercinta ?


Aku hanya mampu menahan rasa ini dgn ketabahan sejak dulu sampai lah kini dan kelukaan ini aku ubati dgn tidak mengapa !


Hidup aku bermula dgn begitu baik dan menjadi keruh dgn tiba2 sampai lah segalanya menjadi punah ranah dan hancur semuanya


Boleh dikatakan hidup ku 90% kesedihan dan sedikit sahaja bahagianya ,malah kebahagiaan yg direka2 itu menjadikan aku mampu hidup sehinggalah kini !


Apakah masalah aku sebenarnya ? Byk sgt terutama sekali kalau bab hati terluka adalah kerana cinta dan kurangnya kasih sayang adalah kerana aku jauh drp family aku yg patut selalu bersama aku dlm suka dan duka !


Malang hidup ku dlm pendidikan tidak lah seteruk mna kerana aku rajin dan cuba sedaya upaya utk mencapai kejayaan walaupun hakikatnya otak aku dikawal oleh benda yg bukan2 ,byk juga yg mengganggu pengajian aku,sabar jelah !


Macam manalah agaknya hidup aku dulu kalau aku x berpaut pada Tuhan walaupun aku tidak tahu samada tuhan mengangkat doa aku atau tidak tapi mengingatinya pun sudah cukup !


Mama,sungguh aku tidak larat lagi utk bertahan kerana seluruh tenaga ku sudah kehabisan dan aku x berdaya utk melakukan itu dan ini ,maafkan aku !


Kenapa sehingga kini aku masih terseksa ? Masih ditakuk lama ? Masih menangis seorang diri tiada teman sejati tiada teman utk berbicara soal hati ? Fon aku sunyi sepi wasup aku tiada berteman ? Mengapa itu terjadi ???


X mengapa lah andai itu lah yg harus aku korbankan utk aku dapatkan bahagia di depan hari ku,aku terpaksa kuat walaupun aku dh x berdaya dan x sekuat mana dah ,kena jugak bertahan ,sabar lah wahai hati !


Kita mungkin x tahu apa yg bakal terjadi di depan hari kita ,tapi kita seharusnya menjadikan hari ini adalah milik kita dan esok adalah harapan yg di nanti ! Teruskan berusaha dan berbakti utk diri sendiri,Okay !


Apa pun jua,teruskan pengorbanan sesungguhnya tiada hasil tanpa usaha dan usaha tanpa kenal erti jemu itu menjadikan diri tabah dan kehidupan luntur menjadi bersinar ! InsyaAllah bahagia menanti,Amin3 =)

No comments:

Post a Comment