Thursday, April 22, 2021

Besarkah Erti Cinta Buatmu

 Besarkah Erti Cinta Buatmu


Cinta,

Salam kehangatan cinta sesungguhnya ingin aku memberitahu kalian semua apa yg aku rasa tentang cinta


Cinta,

Pernahkah hati kalian seperti aku iaitu jatuh cinta dan cinta x kesampaian dan terus kecundang mungkin waktu itu kita masih bodoh dlm menjalani cinta mungkin !


Cinta,

Mengapa hadirmu hanya sementara dalam hidupku membuat aku terus mengharapkanmu kerana kau telah membuat luka dihatiku


Cinta,

Kenapa dia yg ku cinta tahukah kamu bahawa terlalu payah utk aku mendapatkannya penat dan lelah dan telah byk mengguris jiwa terkoyak dan rabak


Cinta,

Aku tahu perjalanan aku masih jauh dan aku perlu kuat menghadapi segala kekecewaan ini ,adakah lagi peluang utk aku bercinta kerana kau kekasih kosong buatku


Cinta,

Malam akan menjadi indah andai ada pertemuan antara kita kerana dingin malam akan membuat kita saling merindu antara satu sama lain aku perlukanmu dan kau perlukan aku itu lah yg aku mahu


Cinta,

Indahnya bunga2an indah lagi di saat cinta mengetuk pintu hati dan menggoncangkan dada Oh ! sungguh aku x mahu ianya terjadi kerana aku takut cinta yg menyentuh hati itu akan menggoncangkan dunia dan dunia bisa hancur !


Cinta,

Jatuh hati itu bermula dgn hati dan cinta itu ada dihati tidak boleh dipaksa iaitu cinta ianya dihati itu bersifat jujur apa yg dirasa itulah yg diluahkan


Cinta,

andai ada cinta buat diri ini hadirkanlah sesungguhnya aku menanti dan ingin merasai bercinta dan semoga cinta itu mengubat luka2 lama yg ada dihati ini


Cinta,

Bila dilanda cinta pasti ada dihati ini rasa tidak tenang hati apabila dalam hubungan kita ada orang ketiga dan akan hancurlah perasaan bahagia dan berganti perasaan cemburu dan iri


Cinta,

Jika kau hadir berjanjilah akan setia bersamaku buat selamanya kerana apalah erti bercinta jika tiada setia dihati ibarat bunga yg tiada warna dan x wangi


Cinta,

Aku berdoa cintaku dan cinta insan lain terjaga dan bahagia sehingga hujung nyawa dan buat selama2nya,Amin3

Hatiku Yang Sakit dan Perit Jerih

 Hatiku Yang Sakit dan Perit Jerih


Salam Terakhir dan Abadi

Dulu hati ini pernah terluka dan begitu byk kelukaan,adakah petanda ia nya akan berakhir !


Mengapa hati ini sering saja menangis dan terluka ? Adakah kekurangan vitamin c iaitu kurangnya berkasih sayang dan bercinta ?


Aku hanya mampu menahan rasa ini dgn ketabahan sejak dulu sampai lah kini dan kelukaan ini aku ubati dgn tidak mengapa !


Hidup aku bermula dgn begitu baik dan menjadi keruh dgn tiba2 sampai lah segalanya menjadi punah ranah dan hancur semuanya


Boleh dikatakan hidup ku 90% kesedihan dan sedikit sahaja bahagianya ,malah kebahagiaan yg direka2 itu menjadikan aku mampu hidup sehinggalah kini !


Apakah masalah aku sebenarnya ? Byk sgt terutama sekali kalau bab hati terluka adalah kerana cinta dan kurangnya kasih sayang adalah kerana aku jauh drp family aku yg patut selalu bersama aku dlm suka dan duka !


Malang hidup ku dlm pendidikan tidak lah seteruk mna kerana aku rajin dan cuba sedaya upaya utk mencapai kejayaan walaupun hakikatnya otak aku dikawal oleh benda yg bukan2 ,byk juga yg mengganggu pengajian aku,sabar jelah !


Macam manalah agaknya hidup aku dulu kalau aku x berpaut pada Tuhan walaupun aku tidak tahu samada tuhan mengangkat doa aku atau tidak tapi mengingatinya pun sudah cukup !


Mama,sungguh aku tidak larat lagi utk bertahan kerana seluruh tenaga ku sudah kehabisan dan aku x berdaya utk melakukan itu dan ini ,maafkan aku !


Kenapa sehingga kini aku masih terseksa ? Masih ditakuk lama ? Masih menangis seorang diri tiada teman sejati tiada teman utk berbicara soal hati ? Fon aku sunyi sepi wasup aku tiada berteman ? Mengapa itu terjadi ???


X mengapa lah andai itu lah yg harus aku korbankan utk aku dapatkan bahagia di depan hari ku,aku terpaksa kuat walaupun aku dh x berdaya dan x sekuat mana dah ,kena jugak bertahan ,sabar lah wahai hati !


Kita mungkin x tahu apa yg bakal terjadi di depan hari kita ,tapi kita seharusnya menjadikan hari ini adalah milik kita dan esok adalah harapan yg di nanti ! Teruskan berusaha dan berbakti utk diri sendiri,Okay !


Apa pun jua,teruskan pengorbanan sesungguhnya tiada hasil tanpa usaha dan usaha tanpa kenal erti jemu itu menjadikan diri tabah dan kehidupan luntur menjadi bersinar ! InsyaAllah bahagia menanti,Amin3 =)

Friday, April 9, 2021

Hari Ni Hari Dia,Esok Lusa Hari Kita Pulak

 Hari Ni Hari Dia,Esok Lusa Hari Kita Pulak


Salam kasih sayang semua,Apa khabar ? Semoga dlm rahmat Allah selalu =)


Walau x ada apa yg boleh disenyumkan dan penuh kesedihan hari2 tetap diteruskan jua dgn hati yg sabar tabah dan berani =(


Apa lah nak diharapkan dgn kehidupan yg sekangkang kera ini ,sesungguhnya tiada apa yg mengembirakan hati,hanya senyuman yg di ada2 kan sahaja yg ada !


X mengapalah hidup ni mungkin dah tersurat kalau kita insan terpilih,insyaAllah kita akan bahagia jua di hadapan hari walau pun hari2 ini dilalui penuh luka dan duka


Aku x mampu menggapai awan di saat ini,dan mungkin ini yg gembirakan hati musuh2 aku ,kalau ada lah kalau xder musuh pun ini akan gembirakan hati2 yg rosak dan mati utk bercinta dgn diri ini =(


Di manakah tempat harus aku bermohon utk mendapatkan kebahagiaan dan kegembiraan selain meminta nya hanya daripada Allah ! Ya meminta hanya drp Allah =)


Senyum lah walaupun hari ini pahit lebih drp ubat yg ditelan setiap hari2 kita kerana senyuman itu pengubat duka dan walau pun fantasi jer kita bahagia tapi bersyukur lah !


Mana tahu depan hari bahagia akan menjemput kita,yakin lah dgn janji Tuhan sesungguhnya jika hati kita baik akhlak kita terbaik kita akan jadi pilihan Tuhan utk diberinya something !


Tuhan itu maha mengetahui kata org tuhan xkan menyeksa hambanya melebihi dari batasnya ,sesungguhnya diberinya ujian itu mengikut tahap iman hambanya =)


Memang lah depan hari nanti dinanti penuh debaran walaupun ianya hanya pada aku tapi aku yakin nasib hidup ku akan berubah jua nanti,Ya Aku Yakin !!


Kalau x dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya dan ruyung telah aku pecahkan dan hanya menunggu menikmati sagu nya sahaja ,Ya =) Apa yg berlaku hanya aku dan Tuhan jer yg tahu walau pun beribu insan lain x mengerti =)


Rindu dekat family jgn dikira x pernah berakhir,tapi ada yg masih menghalang perhubungan kita ,so terpaksa ditempuhi dgn sabar kata org hari ni kita seksa org depan hari org seksa kita pulak ! Kan


Apa yg benar2 aku rasa ada rasa diusik gembira namun hanya fantasi tapi realitinya hanya kesedihan yg dapat dirasai oleh org lain terhadap kita so apa lagi dpt aku katakan sudah nasib ,x mengapa sudah ku kata hari ni hari dia esok lusa hari kita pulak ! Okay jer =)


Sabar lah menanti yakin lah ada sinar di penghujung jalan dan setiap kesedihan mmg tertulis namun insan yg sayangkan aku akan membalut luka,so aku bersyukur..Amin =)