Tuesday, March 23, 2021

Kita Pendosa ,Namun Boleh Berpahala

 Kita Pendosa, Namun Boleh Berpahala


Salam bahagia semua..Hahha ! =)

Sesungguhnya aku insan beruntung walaupun hidupku dulu penuh dgn air mata tapi aku sgt yakin dunia ku depan hari  terang benderang dan ada kebahagiaan yg byk !


Ya Allah,hanya kepada Mu aku berserah supaya hidup ku jauh dri insan2 perosak dan jauh drp insan yg hanya ingin mengambil kesempatan di atas kesenangan aku..Amin3


Aku tahu perjalanan hidup ku masih jauh di hadapan byk lagi ujian dan rintangan yg harus aku tempuhi dan ketabahan hati dan diri ini utuh dgn memohon dan berdoa serta selalu mengharapkan yg terbaik drp Mu ,Ya Allah..


Aku selalu tersenyum menghadapi hidup ini,walau sedih perit..tapi ada juga aku sekali sekala menangis menghadapi kenyataan

 hidup ini,


Sesungguhnya hidupku ini, kebenarannya, hanya fantasi sahaja bahagia !!! tapi hakikatnya senyuman itu hanya di bibir sebenarnya hatiku ini sedih dan parah bukan kepalang =(


Pesanan aku buat kamu yg membaca warkah aku ini,percayalah Tuhan ada bersama kita kalau kita selalu berdoa memohon sesuatu drp Nya.Kekuatan aku ada kerana aku ada Dia ! Bukan kerna aku berpaut pada insan lain atau apa!!


Awak semua,dgr lah apa yg ingin sy katakan ini ,kalau ada masalah ker? Dapat sesuatu kebaikkan ker ? Berterima kasih lah ! Mengadulah pada Nya Yang Esa =( Awk akan Okay =)


Tiada agama di atas dunia ini ,kejam ! Yg menyuruh umatNya melakukan kejahatan atau dosa.Semua agama mengajar kita ke arah kebaikkan dan setiap perbuatan ada balasannya samada diberi pahala atau dosa,


So dekatkan lah diri dgn Allah supaya hidup kita lebih berkat dan segala apa yg kita lakukan di dunia ini akan dihitung kira oleh Allah samada kita ahli syurga atau ahli neraka,penuhilah dada dgn kesyukuran insyaAllah kita akan bahagia selalu =) Amin3.


Tahukah anda,jika hati anda baik,insan sekeliling akan bahagia dgn anda dan anda akan disayangi oleh semua,bukan itu sahaja rahmat Allah pun makin meluas.Ketahuilah anda alam ini dahagakan insan berhati suci seperti  Nabi Muhammad iaitu penghulu agama islam ! =)


Sememangnya kita ini manusia biasa sahaja,yg x lepas drp melakukan dosa tapi jgn kita jadikan itu alasan tapi sebaliknya kita tegur2 lah diri supaya selalu memohon ampun drp Nya dan Allah itu Maha Pengampun !!!


Aku pun x tahu lah apa yg aku bebelkan ini..bercampur aduk ! HuHu.Entah lah aku hanya menulis apa yg terlintas dlm kepala dan hati ku ini,kalau rasa x membantu anda ambil lah yg baik dan buangkan lah yg buruk =) Itu sahaja ,yg aku harapkan !


Ingat lah diri ini,yg baik itu datangnya drp Allah dan yg buruk itu datangnya drp diri ini sendiri dan ampuni lah diri ini.Jika patut ditegur tegur lah diri ini ,Jika patut diambil ikhtibar,ambil lah sebagai ikhtibar..Sekian.

No comments:

Post a Comment