Monday, August 17, 2020

Zaman Study Muda - Muda Dulu


Aku Dan Bunga



















Bila tgk gambar ni teringat zaman study 
kat universiti dulu2..Kenangan berlalu
begitu sahaja tanpa menyimpan sebarang 
detik penting dlm kehidupan ini pada waktu itu

Betapa aku waktu itu muda remaja 
dan bebas tidak seperti belajar di sekolah 
terikat dgn disiplin ketat dan berpakaian seragam

Ingat lagi waktu ni 
mmg selesa duduk rumah teres ni 
walau pun masa tu x ada duit byk
tp mintak jugak lah ngan ma n abah

Time lunch plak 
jalan kaki je 
lalu kat flat 
8 tingkat iaitu kolej KHAR 
teduh jer laluinya 

Bila kita kat uni pelajarnya seluruh 
malaysia so ramai lah org yg kita jumpa 
dekat bahagian bawah sekali iaitu tingkat 1 
ada di sediakan tv dan dobi utk 
kemudahan bersama

Masa tu kat kawasan rumah aku duduk tu 
ada Kolej KUO dan Kolej KHAR 
then tiap2 hari rabu kot kalau x silap aku 
ada pasar malam dekat KUO kalau 
musim bulan puasa rasa2 nya lah 

Maybe dah lama tinggalkan zaman study 
so byk perkara yg dah lupa walaupun 
org tgk aku biasa2 jer tp aku pelajar 
universiti dan ada ijazah

Dekat Uni byk program samada di anjur 
pelajar uni atau pun pihak anjuran kerjasama 
dgn pihak lain so mmg kalau yg aktif tu 
kita akan naikkan nama kita sendiri 
x perlu org nak suruh ke or apa

Uni sgt besar dan pelbagai kursus 
yg ada belajar di universiti xlah 
membebankan sgt2 boleh di katakan 
enjoy dan boleh sibukkan diri dgn aktiviti lain

Jadual kelas pun mmg x penuh sgt 
tp disebabkan aku punyai masalah waktu itu 
tu yg membebankan sebenarnya 
x mengapalah itu dah jadi pengalaman

Walaupun ianya pengalaman 
namun sy sgt menyesal kerana 
x dpt habiskan study aku dgn jayanya 
dan punah segalanya pada waktu itu

Namun aku syukuri dapat jua 
aku habiskan study walaupun pada 
waktu itu aku x punyai kawan dan 
kurang segalanya tambah2 lagi 
cara2 belajar dekat uni aku x berapa mahir sgt 

Yg aku tahu result tipu aku 3.2 lebih 
dan result sebenar aku 3.5 lebih 
walaupun begitu aku pernah dapat 
sijil dekan sebanyak 2 kali ku syukuri jugak
 
Namun setakat result 3.5 tu dah biasa sgt 
dan mmg tahap rendah bg kwn2 aku yg lain 
tp hanya tu yg aku mampu kejar di saat2 sem akhir 

Walaupun pada waktu itu aku bermasalah dgn kwn2 
coz x sempat belajar dgn kwn2 dan aku berdikari 
sendiri hanya Tuhan yg tahu betapa susah 
senang nya aku pada waktu itu

Mula2 aku masuk Uni dulu aku kurus jer 
dan berat badan tambah naik drp tahun 2008 
hinggalah sekarang drp 42 menjadi 78 kg 
berat badan aku tetap pada 78kg 
semenjak 2012 hingga 2020 rasa2 nye la

Ada sebab mengapa hidup aku sesukar itu 
dan sesukar ini..Biarkan lah berlalu xmahu 
dah belitkan apa yg telah terjadi sesungguhnya 
sudah pun bersimpul pulas semuanya hanya 
tinggalkan kenangan yg dulunya peritnya ku rasakan

Setelah itu gambar diri hanya 
sekeping 2 ini lah menjadi peneman 
dikala ku merindu saat2 nan lalu 
aku dah cukup2 bersyukur dah di kurniakan 
kejayaan ini iaitu menjadi seorang guru 
bukan guru khas tapi guru perdana soon

Gambar ini adalah sewaktu aku tgh 
berlawan dgn keadaan yg  x memberi 
ruang utk aku bergembira sehinggalah 
kini masih seperti dahulu

Apa pun aku hanya mampu meminta 
dan berdoa semoga aku diberikan kebahagiaan 
dan ketenangan utk aku terus berjuang dlm 
menempuh alam kerjaya aku pula..Amin3

Dengan itu juga, aku berdoa semoga aku 
dapat sambungkan lagi pelajaran aku 
dan kembali ke Universiti menimba ilmu 
seperti dulu..Doakan utk Sy semuanya yer kawan !
 

Musim Buah - Buahan

Salam muka manis semua maklum lah 

musim buah kan =) Mesti seronok dapat

makan banyak buah - buahan

 

Sekarang berada kat kampung sepanjang

jalan kalau melalui kebun nampak sgt

buah durian buah rambutan buah manggis

buah duku atau dokong !

 

Sedap sgt dpt makan buah drp pokok segar

durian dan rambutan tengah masak dan

hampir masak durian kampung ke

durian kuning ke or lain2 sedap

tp panas dalam kalau mkn mlm2

 

Rambutan pun makin nampak separuh

masak dan hampir2 nampak merah

kalau buah rambutan anak sekolah

kata org kelantan mmg sedap di makan

sama dgn rambutan kuning mmg sedap !

 

Buah manggis ada dah yg membuahkan hasil

berwarna perang buahnya dan isi dalam

berwarna putih mmg sgt sedap kalau di makan

tapi kadang2 isi nya kalau x elok keras

dan "kerang"kata org kelantan

dan rasa kelat dan ada kesan warna kuning

dekat buah nya 

 

Buah apa lagi yer selain drp apa yg

sy sebut td..hurmm,buah dokong dan duku

selalu lambat dan berada di akhir musim buah

buahnya sedap sgt juga !

 

Sesungguhnya,di Malaysia ada musim buah2an

tempatan dan ada nangka ada cempedak

ada apa lagi yer tembikai buah nenas buah mangga

buah binjai dan lain2

 

Machang pun ada mangga pula berbuah byk

di hujung dahan sekali berbuah x habis makan

begitu juga dgn machang binjai pun sma

 

Nangka dan cempedak berbuah

pada batang pokok bau cempedak sgt enak

buahnya boleh di makan begitu sahaja dan

boleh di goreng manakala buah nangka

boleh buat pengat

 

Buah nenas berbuah satu jer satu pokok

buah nya ada mahkota berduri tajam

dan rasanya pun tajam kalau wanita pregnant

mmg boleh gugur kalau makan buah ni

so beringat2 yer =)

 

Tembikai susu tembikai merah

tembikai kuning time kenduri mmg

jadi pilihan dalam hidangan buahnya

 kalau makan manis dan berair dan

kalau yg tiada biji buahnya

lagi sedap di makan !

 

So makan lah buah2an tempatan

kerana bukan sahaja sedap malah

mengandungi vitamin c dan ada

mcm2 nutrien yg hebat setanding

dgn buah2an import seperti epal hijau

strawberry kiwi dan lain2

 

Bukan hanya buahan import jer

yg boleh dijadikan jus buah

malah buahan tempatan x kurang hebatnya

contohnya rambutan drp buruk di dahan

elok di ambik buat kajian dibuat jus rambutan =)

 

Dengan itu jelaslah buahan tempatan

seperti durian menjadi rebutan di China

then buahan lain pun kalau di perkenalkan

boleh memasuki pasaran luar..Selamat

Menikmati Musim Buah - Buahan.

 

Support Barangan Malaysia,

Makan Makanan Tempatan,

 

Kuantiti  Di Banjiri ,


Kualiti Di Jaga & Di Pelihara


Sihat & Cergas Sentiasa !!!

Kucing Ku Sayang

 Kucing Saya


Hai kawan,Selamat Petang Semua =)

Sesungguhnya cinta kita cinta sejati Comel saat kau di lahirkan susu ku berikan =( Tapi kau balas dgn air mata kegembiraan !! Tenkiu Comel =)


Comel Cu teringat masa lalu masa comel kecil2 dulu cantik sgt mata biru bulu putih telinga oren ekor belang oren dan putih =)


Cu syg Comel selamanya..Muah !!!


Comel walaupun cu masa kecil dulu x belikan upan mahal utk comel tapi x bermakna cu x syg comel tapi hakikatnya comel yg sygkan cu lebih ! Tenkiu comel


Kenapa cu ckp comel lebih sygkan cu sebab comel duk mana2 kalau cu panggil comel cepat jer dtg tidur pun comel naik katil 2 tingkat cu !


So,comel tidur dgn cu kat tingkat atas ! Mcm mna comel naik tingkat atas pun cu x tahu sebab katil masa tu berkelambu !


Tapi ada jer kadang2 cu abaikan comel saat cu sibuk dan penat balik sekolah kadang2 ada juga cu sepak dgn kaki slow2 bukan memukul tapi just usik tempat duduk jer



Tapi kasih sayang comel dekat cu mcm anak buah sayangkan bos nya ! Tenkiu Comel atas kasih syg dan kemanjaan yg comel pamerkan dekat cu dan maafkan cu andai cu pernah abaikan comel  bukan sebab x syg tapi mungkin rasa sibuk dan penat juga x perasan !!!


Comel masa cu tgah tidur mlm tu cu dpt tgk luka di paha comel agak teruk ! Mungkin comel gaduh dgn kucing lain ! Cu x tahu comel dtg drp mna dan mengapa sampai luka begitu dalam terkoyak !!! =(


Lepas drp peristiwa tu cu x lagi dah dpt bertemu comel samada comel masih hidup ker atau telah mati cu sendiri pun dlm tanda soal ?? Tu masa dulu2 msa cu kecil2 dulu


Sekarang,muncul pula comel dgn wajah yg berlainan tapi nama tetap comel peranan nya terhadap ku sebagai tuan nya "x pernah x syg"


Comel sekarang makan upan beli kadang2 makan ikan selayang rebus..sedapnya makan =) Apa nak di kata ada org syg dia tu yg dpt makan sedap lauk free ikan tu..HuHu


Apa pun comel tahu akan aku ini kadang2 kami bertemu di jalanan..Amboi,pandai dia main peranan ye ngan tuan dia


Pun begitu apa yg tersirat di hati comel hanya comel yg tahu =( Betapa comel menanggung bebanan perasaan akan semua ini dan melihat tuan nya begitu dan begini 


Dan tahu pula comel temankan cu malam2 maybe takut cu dia takut tu yg dia teman..Tenkiu Comel !


Macam nak letak motor kat tempat teduh mlm dia tunggu jer depan pintu..maybe dia juga dia tahu yg cu dia ni mesti takut hantu, tu yg comel teman


Itu semua adalah pengorbanan comel yg aku tahu maybe yg aku x tahu hanya Allah dan comel jer yg tahu


Suatu hari nanti aku berdoa agar dapat bersama comel luangkan masa bersama dan selami hati budi masing2


Itu sahaja tentang aku si bongsu iaitu cu dgn kucing kesayangan ku comel =) Syg Kamu Selamanya..Kekal Abadi Itu Dunia Kita,Sweet Gitu...Yeaah !

Wednesday, August 12, 2020

Petua Nenek..HaHa.

 Petua Nenek..HaHa.


Morning semua..lucu btl petua nenek ni..HuHu =)

Mengikut org zaman dulu2 nak mengorat pun tnye petua nenek..HuHu.


Macam aku dulu2 ada juga salin nota cara nak mengorat ni tp terbuang entah ke mana nota2 tu semua dan aku x amalkan pun buat apa x amalkan pun ramai jugak nak ngurat aku..Betul ! =)


Macam golongan muda2 sekarang tambah2 nak ngurat mejar muda tentera gadis2 dan nenek ikut serta nak suh cucu cepat dapat jodoh..Ermm


Sape xnak kan mejar muda hensem pulak tu dan bukan mejar sahaja malah bos2 jeneral2 turut menjadi kegilaan wanita di luar sana rela buat apa saja dan sanggup menunggu asalkan akhirnya dapat bersama..Hurmm


Org baru kahwin pun x kurang jugak dgr jugak petua nenek mcm mna nak kekalkan rumahtangga..HuHu.

Petua Nenek Oh Petua Nenek !!


Kata org kalau nak keluarga suami dan anak2 dengar kata dan bahagia dlm membina keluarga bahagia boleh lah amalkan doa2 semasa membasuh beras dan al fatihah pun boleh =)


Kalau anak tu babil jer elok sgt lah amalkan doa2 dan tiup kat ubun2 anak2 dan buat suami yg ligat tu basuh beras dan doakan utk suami supaya suami lembut hati dan penyayang


Petua nenek dari segi ubat- ubatan ni banyak kadang2 dari rumput2 jer boleh jadi ubat dari sakit dalaman mahupun luka luaran semuanya menjadi tapi byk telah di lupakan itu semua byk terdedah kepada ubatan moden


Petua nenek bagi wanita mengandung si ibu dan bapa kena sama2 jaga kelakuan dan jangan menyeksa binatang takut nanti beri kesan tidak baik utk anak2 atau lebih tepat lagi takut anak lekat "badi" kata org Kelantan


Dan bagi wanita yg baru melahirkan anak org dulu bertungku dan makan makanan yg berdiet dan makanan bakar seperti ikan kering dan nasi kosong itu sahaja selama 40 hari


Petua nenek ni hanya dulu org baru nak kahwin ker org baru kahwin ker mesti ada jer petua2 yg diamalkan kadang2 takut syirik atau menyimpang dari agama pun ada,apa nak di kata !


Petua nenek utk pandai menggunakan buah2 daun2 akar2 daun herba semua tu kadang2 x bagi kesan buruk tapi hanya bagi kesan kebaikkan jer so boleh lah di amalkan selalu telan minum atau sapu,


Tangkal atau beras kunyit dgn ayat2 drp sumber yg meragukan dan khurafat mmg tidak boleh di amalkan kerana menyimpang drp agama so kena hati2 dgn petua mcm ni


Petua nenek org dulu2 pakai susuk ker itu juga tidak boleh di amalkan kerana memberi kesan buruk dan hilang pegangan agama dan sesat so, jgn sesekali amalkan ,Okay !


Apa pun jua,petua nenek ker petua perubatan moden ker buang yg keruh ambik yg jernih =)  X semua petua yg di amalkan menyalahi agama dan apa yg sealiran dengan kehidupan dan agama boleh terus di amalkan asalkan niat kepada kebaikkan,Okay !  =)

Pertanian Adalah Perniagaan

 Pertanian Adalah Perniagaan


Selamat Berniaga semua kepada mereka yg terlibat dlm dunia perniagaan pertanian =)


Kata org 90% kekayaan terdapat dlm perniagaan ! So,apa tunggu lagi berdirilah di atas kaki sendiri jgn hanya tahu makan gaji samada goverment atau swasta


Kalau aku diberi kesempatan pelajari ekonomi dan perniagaan ingin aku adakan kelas utk memberi pendedahan kepada mereka2 di luar sana bagaimana utk manjana duit melalui perniagaan


Bidang perniagaan ini kalau pandai dan kena cara mmg banyak boleh jana duit ! Samada berniaga kosmetik yg kata org terletak pada kedudukan tertinggi peluang mudah utk anda menjadi kaya


Tapi x kurang dgn berniaga barangan atau berkaitan pertanian kerana barangan ini sentiasa digunakan dan dekat dgn kehidupan hari2 kita seharian


Pertanian ni kalau kecil2 mmg x nampak sgt kesannya menjana duit tapi cuba kita komersialkan sesuatu tanaman itu baru nampak hasilnya 


Aku pernah dgr ada org tanam tembikai untung belas2 ribu untung 2 or 3 kali ganda,betul ! Anda kena percaya


Pun begitu berniaga ni mmg ada byk persaingan tapi percayalah setiap org yg berusaha pasti kecapi hasil yg setanding usaha dan cabaran nya


Bertani lah apa sahaja buah- buahan ker sayur ker padi ker tembakau ker ubi2 ker kelapa ker sagu ker koko ker anda kena pastikan ianya diusahakan secara komersial iaitu secara besar- besaran 


Dengan itu juga ,dapatkan nasihat drp jabatan pertanian kalau anda baru utk ceburi bidang ini dan x tahu mcm mna nak pasarkan nanti


Kalau anda nak tahu negara kita masih lagi import barangan makanan dan bahan2 sayur mahupun apa yg sy sebutkan tadi drp negara luar


Itu menunjukkan negara kita masih lagi kekurangan bahan makanan utk memenuhi permintaan rakyat jadi pasarkan barangan yg kita usahakan secara hikmah dan tepat baru lah kena cara


Selain tanaman pertanian menjana pendapatan rakyat ianya dapat juga meningkatkan KDNK negara iaitu pendapatan negara kasar


Bagi pihak kerajaan pula melalui jabatan pertanian perlulah berusaha lebih banyak lagi dlm menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian bagi memberi peluang pekerjaan dan memenuhi permintaan terhadap barangan tersebut dan juga sekaligus meningkatkan pendapatan negara


X perlulah sy mengulas panjang pasal semua ini kerana masing2 tahu akan semua ini,So marilah kita mencari kekayaan2 yg ada dlm bidang pertanian ini dlm kepelbagaian jenis tanaman ,Okay =)


Sekian drp sy,Pertanian Adalah Perniagaan !!!

Ubat - Ubatan Ini Tentangnya

 Ubat - Ubatan Ini Tentangnya


Selamat Petang Semua,Sebelum memulakan dgn lafaz bismillah aku mulakan =)


Tentang ubat-ubatan,pening aku mana nak aku mulakan dulu..Hahah,Aduhai


Okay kita mulakan dgn ubat telan,rasa2nya bagi mereka yg x pernah sakit demam ker,pening kepala ker agak2 dpt x telan ubat paracetamol 2 biji tu ? Dah lah ubat tu besar..rasanya kalau x telan dgn air yg banyak mmg xkn lepasi tekak ! =)


Ubat tablet dah citer ni ubat cecair pulak,mcm ubat batuk manis sgt ubat batuk boleh jadi mengantuk kan kalau minum..Hurmm,tp jgn salah guna ubat batuk ni nanti di panggil penangih =)


Citer pulak ubat sapu dan gosok,kalau kena sengat kat serangga ker kena gigit nyamuk ker mmg selalunya ubatnya ada ubat sapu dan gosok2 mmg ajaib,cepat sembuh  !


Ubat gosok utk budak2 sgt sesuai mcm ubat kena gigit nyamuk ker dan ubat atau minyak mastika iaitu minyak utk atasi kembung perut bayi 


Dan selain itu ada ubat dgn cara guna jarum suntikan utk dicucuk di bahagian punggung atau bahu..Hurmm, kesannya sakitlah sikit masa kena cucuk


Bagi org tua pula kalau susah buang air besar ada ubat pancut dlm lubang baru keluar air besar dan bagi bayi yg selesema dan ada hingus yg byk ada alat penyedup atau ubat titis ke dlm lubang hidung


Aku bukan tahu sgt tentang ilmu kesihatan kedoktoran ni,cuma bercerita sedikit sebanyak..Huhu


Apa yg aku ceritakan ini adalah sebahagian cerita sahaja tapi masih byk ilmu perubatan yg aku x tahu sekadar cerita apa yg aku tahu saja,itu jer lah lain2 aku x tahu =(


Mungkin kamu lebih tahu drp aku tentang semua ni,aku ni siapa jer utk meluahkan segalanya,harapan aku semoga kita sama2 mencari ilmu perubatan kerana ianya berkait rapat dgn kesihatan seseorang


Tentang kesihatan ni jgn dibuat main silap cara dan x di jaga hilang nyawa! Harap kamu semua x lupa perubatan tradisional atau moden,Keduanya sama penting!


Perubatan tradisional ada urutan ada jamu ada ubat drp akar kayu dan daun2 ubat atau daun herba..org dlu2 xde ubat moden pun dlu2 berubat secara tradisional jer..sembuh jugak !


Tapi dunia semakin moden,penyakit pun dah moden so ubat moden pula di amalkan sekarang !


So pilih dan cubalah perubatan cara tradisional atau moden asalkan boleh dan dapat sembuh sepenuhnya,Okay ! 


Kalau kita kaji dlu mna ada makanan sedap mcm sekarang ,kerja pun kuat guna tenaga penyakit susah nak hinggap tapi dah moden ni makanan pun turut moden dan Kerja byk rilek tu yg cepat dihinggap penyakit


Then,pesanan terakhir semoga kita semua sihat walafiat dan dapat teruskan hidup ni dgn gaya hidup yg sihat dan berkualiti dlm segalanya..Amin =)

Kerana Dia

 Kerana Dia

Selamat Pagi Semua...

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rezeki yg melimpah ruah ini


Kepada kamu2 yg menabur duit dekat blog ku ini terima kasih ku ucapkan,sungguh bermakna duit itu bagi insan yg memerlukan,amin


Kalau nak ikutkan utk bahagiakan family2 aku mmg dh cukup sebelum2  ini tapi bila memikirkan tentang insan lain,aku terpaksa mencicip rezeki utk mereka yg memerlukan,amin


Sudah beberapa kali aku luahkan isi hati ini yg dan tentang duit2 yg kamu taburkan utk aku,sangat banyak dan aku mintak sgt2,halalkan lah awk utk semua itu,amin


Sungguh duit2 yg kamu semua taburkan x pernahkah terlintas di hatimu tentang keikhlasan hatimu iri tentang apa yg banyak2 duit kamu taburkan,tidak kah pernah terdetik iri ??


Bukan keikhlasan kamu sahaja malah keikhlasan hatiku jua dlm membawa arah2 duit itu


Pernah x terfikir oleh mu yg aku sememangnya bermewah dan ditaburi wang ringgit yg begitu banyak ! Sungguh aku kaya =) TQ.


Dan aku hanya mampu berdoa semoga kalian semua diberikan kebaikkan dlm apa jua,Sungguh x dpt aku balas apa yg kau berikan


Aku hanya insan yg mahu melahirkan hasrat hati maka tertulislah semua nya di blogku,tapi x ku sangka begitu dan begini jadinya,apa nak dikata =)


Nampaknya aku lagi kaya drp korang !! Harap2 jelez lah sikit,jgn tahu taburkan duit jer..berhemahlah menggunakan sesuatu,amin


Jadi dlm masa yg sama aku mengharapkan bisnes aku ini menjadi dan dlm masa yg sama aku mengharapkan suka hati korang lah nak tabur duit ke or xnak tabur duit,amin


Aku hanya meluahkan isi hati dan pernah juga aku katakan yg "harga sebanyak apa yg dibayar barangan itu" So,terpulanglah nak jadi apa ! Masing2 ada pendirian dan ilmu juga masing2 ?


InsyaAllah aku bukan sahaja nak agihkan duit utk org miskin dan family aku semua tapi aku juga nak ajar buat duit bagi org miskin mcm mna nak jadi kaya =)


Kata lecturer sy,kita jgn bagi ikan dekat kawan kita tapi ajar dia mcm mna nak memancing utk dapatkan ikan,,So sweet !!!


So,Tenkiu Byk2 Semua Doakan juga org lain boleh kaya mcm sy jugak yer, amin3 Ya Rabbal Alamin =) TQ.

Wednesday, August 5, 2020

Suko Nyo Bekwoh

Hai semua..salam kenduri kendara 
anak dara dan teruna 
satria blako-lako,
sekarang ni, org nak bekwoh 
x byk susah dah semua senang

Ingat lagi dlu2 org kenduri 
nak dapatkan santan 
kena buang isi kelapa 
drp kulit atau guna teknologi 
mesin jer kelapa setelah belah 
then sekarang pulak lagi teknologi 
org hantar kedai atau beli jer 
santan kat kedai..Huhu

Lepas tu pinggan mangkuk 
periuk belanga sudu gelas 
dulu2 semua kaca siap 
kena beli pinggan mangkuk 
kaca kan tapi sekarang ni 
dah jimat belanja 
org guna pinggan gelas 
polisterin atau plastik jer..Huhu

Masa sepupu aku kwin dulu 
hari kwin dia aku jadi pengapit 
esoknya pulak aku jadi tukang 
cuci pinggan gelas periuk  belanga pula..Huhh kalau sekarang 
mmg x larat lah semua tu =)

Begitu lah kehidupan,teknologi 
membawa kita ke depan yg 
lebih cerah dan kita pula 
dibawa masa akan menuju 
peringkat yg ke seterusnya 
dri bujang kita berumahtangga 
beranak pinak dan seterusnya..Hurm

Bila bekwoh ken,hari sebelumnya 
malam meriah sungguh sedara mara 
kupas bawang dan buat apa yg patut 
bukan kupas bawang jer siap 
membawang lagi..eh xder lah..Haha

Siap pasang lampu luar rumah 
tumis segalanya perkakas kasar 
sambal aku dah byk kali lalui 
saat2 ini mmg meriah dan 
tugas2 dibahagi org tu buat ni 
org ni buat tu !

Nak nak majlis kahwin mmg 
meriah lah mengisi goodies 
masa sepupu kahwin dlu ada 
juga aku tolong sikit2 tapi 
byk perkahwinan anak beranak 
x dpt aku ikuti kerana 
bermasalah masa tu =(

Selalunya kenduri kendara ni 
sembelih lembu ada boleh 
beli daging dgn peraih 
pun boleh kalau xnak 
sembelih lembu mana2 jer..
hal ni pihak org lelaki pula 
setelah mlm sebelumnya 
adalah tugas pihak perempuan

Nak menjamu org ni kata org 
biar beri yg terbaik gulai cukup 
itu cukup ini cukup !!
tapi bagi aku pula x perlulah 
nak bekwoh besar sgt lah 
biar cukup2 sama dgn jumlah jemputan

Bukan apa takut gulai x habis 
membazir jer kalau boleh 
ambik catering sebenarnya bagus juga 
tapi kita x dpt lah kita merasai 
meriah nya saat2 yg telah 
sy ceritakan td =(

Beralih pula kepada catering 
semua siap depan mata 
tinggal ada duit jer inilah 
pilihan org sekarang =) 
mudah cepat senang !

Aku x tahu lah sekarang 
dan akan datang mcm mna 
kalau pasal kwin x sempat 
kita ikuti cepat sgt 
moden dan moden..Ah, ikut sajalah !

Semoga hati membimbing kita 
membuat pilihan !!!! So,
catering hotel ke kenduri 
kat rumah sendiri ker ? 
Mana pilihan..Terpulang !



Tuesday, August 4, 2020

Hidup Ini Pelbagai Cerita

Hidup Ini Pelbagai Cerita 
Ada Suka Ada Duka 
Ada Yg jujur ada curang 
ada yg pembunuh ada yg penyayang 
ada bahagia dlm cinta 
ada yg derita dlm cinta 
itu baru disebut tentang jln hidup 
realiti seseorang 

Blm lagi tentang soal alam nazak 
atau alam mati dan tgh nazak 
pelbagai cara mati malaikat maut 
dgn kita,

Blm lgi kemalangan ngeri 
pelbagai keadaan jasad mangsa 
atau mayat ada manusia btl2 susah 

Ada manusia berlakon je susah 
hakikatnya senang !!

Ya Allah, sesungguhnya aku 
insan kerdil yg cetek pengetahuan 
dan kecil otaknya 

Tapi, dgn otak kecil itulah 
manusia membina dunia yg ada pelbagai mcm benda2 dan sebagainya.

Ya Allah, hidup ini ada kejam 
di tgn manusia itu sendiri 
ada kejam dri perbuatan org lain.



Monday, August 3, 2020

Tak Akan Lari Gunung Dikejar

Salam Bahagia Semua
Andai sampai masa jodoh pertemuan
seseorg itu akan tiba jua masa tersebut
tidak sesaat cepat dan tidak sesaat lambat

Kata org jodoh pertemuan
ajal maut telah ditentukan sejak
di alam roh lagi maka kita sebagai
manusia mestilah selalu muhasabah
diri utk menerima semua ini

Bagaimana pula dengan pepatah
xkan lari gunung dikejar ? Maksudnya
jangan lah kita terkejar2 sesuatu itu
kerana jodoh kita itu still x lari
punya dari kita

So apa persamaan atau perkaitan
antara jodoh seseorang yg dikatakan
dtg xkan sesaat lewat dan xkan sesaat
awal dgn pepatah xkan lari gunung dikejar ??

Perkaitannya adalah sesuatu
itu telah ditentukan Allah !
Maka kita harus redha jika
sesuatu itu lewat atau cepat

Dan sesuatu itu tetap akan
jadi milik kita jika telah di izinkan
Tuhan walau apa jua cara sekalipun
dipisah akan tetap jadi milik kita

Oleh itu,kita mestilah sentiasa berdoa
ke hadrat Ilahi semoga jodoh pertemuan
ajal maut kita dipermudahkan dan
dijauhkan drp perkara2 yg buruk

Dengan berdoa juga akan mendekatkan
diri kita dgn pencipta yg sentiasa
mencurahkan rezeki kepada kita
hambanya tanpa membezakan
siapa diri kita dihadapan Tuhan

Sekalipun kata org xkan
lari gunung dikejar namun kita
tidak boleh mudah berserah begitu
sahaja malah kena juga berusaha dgn
bersungguh2 utk mendapatkan
sesuatu yg kita impikan

Akhir sekali, ingatlah kita kalau dah
jodoh tu xkan lari gunung di kejar
dan bila dah sampai ajal seseorg itu
tiba xkan sesaat awal dan xkan sesaat lewat =) !!!

Jodoh awal  kerja Tuhan

Dalam perjodohan kerja Tuhan

Setelah dijodohkan kerja Tuhan

So,Semuanya Di Tangan Tuhan !!!

Redha Dan Syukur Sajalah..

Meski Hujan Air Mata Atau Hati Berbunga =)

Teknologi Sering Meninggalkan

Salam Menjana Minda ,
Teknologi sering meninggalkan kita
semakin cepat dan cepat laju dan laju,

Apa yg kita semua tahu
contoh paling dekat adalah telefon,
apa saja jenis jenama dan semakin
terkini semakin menjadi2

Apa tindakan kita ??
Samada sama2 canggih dan menurut sahaja
atau membiarkan sahaja atau juga berpada2
menurut mengikut kemampuan ?

Teknologi terkini seperti
ruangan sesawang atau internet
ada kebaikan yg sgt byk
keburukan hanya sedikit
itu pun terpulang kepada kecerdikan
kita bagaimana untuk mengendalikannya,

Kalau dahulu surat menyurat ,
fax pun sudah dikatakan canggih
namun secanggih2 internet pun
memerlukan cabel internet dan
elektrik utk menghidupkannya

X sama macam zaman
dulu menulis surat pun dalam
gelap berlilin dan berpelita sahaja
dan wujud pula mesin taip amat
susah kehidupan dlu salah taip
punah habis hasil karangan

Wujud pula laptop atau komputer
ada pelbagai windows sgt memudahkan
manusia terutamanya pelajar2 dan pekerja2
yg mereka cipta sesuatu

Sebarang kesilapan dalam menggunakan laptop
boleh diperbaiki dan di putar kembali
kepada keadaan mana yg kita ingini

Semakin kita mencipta sesuatu yg baru,
semakin banyak lah sesuatu yg baru kita
dapatkan dan jika kita tidak mencuba
manakan ada sesuatu malah sesuatu yg baru !

Samada teknologi mencipta motor
kereta lori jentera semuanya kini
lebih canggih dan canggih dan harganya
pula semakin mahal dan mahal mengikut
sejauh mana teknologi ia dicipta

Tentang harga pula berkaitan teknologi,
x semua kita boleh katakan mahal dan
semakin mahal tapi bergantung pula perkaitan
dgn masa dan waktu ia telah tercipta dan
bagaimana cara bahan teknologi tersebut
utk kita dapatkan

Begitulah berkaitan dgn teknologi
samada dlm pembelajaran,pertanian,
perkilangan,pekerjaan dan sebagainya
sesungguhnya kita semakin matang
dalam searus dgn nya dan semakin maju
dan mudah serta cepat dan selamat

Jika begitulah keadaannya,
semoga kehidupan kita semakin tenang
dan berjaya dan dgn jayanya =)

SENANG

MUDAH

CEPAT

TERSUSUN

TELITI

SISTEMATIK