Tuesday, December 3, 2019

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Bismillah..
Kasih sayang ibu..
semua org sayang ibu kan
sebab ibu yg melahirkan kita jaga kita dan 
apa jua pasal kita ibu yg uruskan,Btl X??

Aku dulu kalau nak pegi mana2 nak pegi sekolah ker
mesti cium tgn ma dulu !
Syurga itu di telapak kaki ibu !!!

Sentuhan ibu time kita sakit
amat menghilangkan kesakitan
sentuhan ibu itu terasa kasih sayang yg mengalir
tgn ibu yg kasar memelihara kita mencicip rezeki 
buat kita dicium bukan dibiarkan..begitu juga tgn si ayah !

Bagi kita ibulah ratu hati kita
hodoh ke ibu kita buruk ke ibu kita
Dialah yg didambakan..dan penyejuk hati kita.
Dialah Permaisuri yg payah melahirkan kita 
dan menjaga kita seperti permata 
dan kitalah permata hatinya..

Ibu,
Jika hilang Engkau di dunia fana ini
hilanglah arah ku dan terpaksa ku kuatkan diri
untuk berdiri dan meneruskan perjalanan hidup ini
tanpa bintang hati yg sentiasa menyinari

Ibu kitalah yg sentiasa memberikan tunjuk ajar 
dan nasihat kepada kita supaya kita x tersalah jalan 
untuk kita melalui jalan mana dan arah mana tujuan kita

Jika terluka hati ibu kerana kita maka menghadapilah 
kita dgn murka Allah !! kerana kemurkaan Allah
bergantung kepada kemurkaan kedua2 ibu bapa !!!

Bila kita dewasa jgn lah kita lupa utk membalas jasa
kedua2 ibu bapa kita kerana ketika kita derita
ibu bapa kita lah yg memahami kita dan memujuk kita
sehingga kita merasa tenang dan masalah itu menjadi hilang

Ibu,Andai daku tiada lagi di dunia ini
Ampunilah dosa2ku..Redhailah pemergian ku
dan andai ibu pergi dulu sebelum ku
semoga ibu ditempatkan di kalangan 
org2 yg soleh..Yakinlah Doa Anakmu ini
sentiasa menemanimu di alam sana..Amin

Halalkan makan dan minum anakmu ini
Oh ibu !

Kasih Sayang Ibu Membawa Ke Syurga
Sentuhan Ibu time sakit amat menenangkan..
Apa yg dinasihatkan oleh ibu kita semuanya betul, Tiada satu pun yg salah kerana dia terlebih dahulu makan garam  drp kita.dgrlah nasihat ibu jgnlah membantah kata2 yg keluar drp mulut ibu kita,semuanya benar belaka,Itulah ibu sejati..

Semoga kita menjadi anak yg soleh dan solehah
yg mendengar kata2 ibu dan membuat hati ibu sentiasa gembira dan tenang..

No comments:

Post a Comment