Sunday, November 3, 2019

Makanan Ore Kelate

Salam Musim Hujan Semua..
sempena hari yg x boleh selalu keluar sebab hujan
ingin mengimbau zaman kanak2
di kampung aku ada sawah padi dahulunya
sekarang dibawa arus kemodenan dah jadi highway

Zaman dulu2 abah ada juga menanam padi
dan mmg zaman kecik ku dulu org2 kg juga menanam padi
ada musim membajak,menanam, membaja dan menuai
aku ada juga turut serta tapi x angkat benih padi utk di tabur
ditengah2 sawah dan tahu main2 jer waktu tu

Korang tahu x apa aku nak cerita
indahnya kampung aku waktu tu
sawah menghijau,kelapa nan sebatang
pinang meninggi..wah suatu pemandangan
yg cukup indah waktu petangnya..sunset !!!

Apabila sawah padi menguning
tibalah masa untuk mesin padi menuai hasil sawah
pada waktu itu,kami hamparkan geguni yg dijahit
menjadi bentuk memanjang dan segiempat sama
yg besar utk menumpahkan hasil tuaian padi

Semasa padi ditumpahkan diatas guni besar td
belalang byk dpt dilihat dan kami makan 
sebenarnya belalang itu,aku sebenar2
dpt melihat dgn mata kepala aku sendiri waktu itu
byk belalang dpt dikutip bersama padi yg ditumpah

Wah,byk sekali belalang yg dpt dipungut
boleh lah makan belalang goreng yg digoreng
menggunakan santan kelapa..Sedapnya !!!

Belalang  goreng ni disiang dlu dibuang sayap
dan tahinya dan barulah dibasuh dan digoreng
Sedap !!! X panah Try Ke U all ??

Macam jugak pergi menoreh getah 
kalau musim2 nak hujan tu dapat lah pungut 
kulat sisir !!! yg tumbuh di batang2 pokok getah
yg mereput..sedap juga digoreng dgn telur ayam !!!

Apa yg aku cuba cerita ini adalah keindahan desa
dgn makanan adat org kampung zaman dulu2
Yang sedap dan jarang dijumpai kini utk dibuat santapan




Belalang Goreng



Kulat Sisir Goreng

No comments:

Post a Comment