Wednesday, September 18, 2019

Jeram Yg Dingin & Udara Yg Sejuk

Salam Sayang semua
Saper rajin pergi jeram?? agak2 kat Mekah
ada jeram x??

Kampung sy ada jeram,airnya sejuk 
sehinggakan aku boleh katakan
yg uniknya dan menariknya sesuatu
di tempat atau kampung aku adalah kerana 
airnya.Ya kerana air yg digunakan di rumah2
air dari jeram.Yg berkualiti terus dari jeram ke rumah
tanpa klorin dan bahan2 lain2..

Air jeram yg sejuk dan segar itu menjadikan aku
mengangkat darjat kampung sebagai tempat utk aku 
menginap! selamanya mungkin.

Pernah x anda bayangkan kalau tiada air
Jadi mcm mna?Pasti susah yang amat kan
Kalau xde elektrik  boleh tahan lagi,So air
Sebenarnya amat penting sekali.

Bayangkanlah kalau mandi dan basuh kain baju ker
cuci pinggan ker siram pokok ker!
semua guna air yg x berbayar ini
bukan guna air bawah tanah atau air telaga
tapi air dari jeram di salur ke rumah2

Pagi2 nak mandi sejuk yang amat!
Nikmatnya mandi air jeram iaitu air semula jadi
yg kaya dgn  Nutrian dan zat galian!
Akan tetapi jika hujan,air menjadi keruh utk digunakan yg di salurkan di rumah2 

Tiada air yg dapat tandingi air zam zam,air telaga
dan air jeram atau air bukit.Kalau mandi pagi
mmg lah sejuk,cuba pulak mandi petang atau tgahari??
selesa sgt cuaca panas lawan dgn air sejuk! Fuhh..

Best ya Amat!!!

Itulah keunikan kampung aku yg terletak jauh dlam bukit
di hujung kampung ada pulak jeram2
dan jika dikekalkan keindahan dlu bgs sgt,Tapi!
Sekarang dah lain sikit..walau pun air mengalir laju
pencemaran semakin berlaku,

Perubahan demi perubahan merosakkan keindahan bumi
bukit di rodak di gali di ambil tanahnya
pokok semulajadi di tebang,udara dingin dlu di kg
sudah menjadi panas..sedangkan udara dingin itulah
hebatnya kampung aku..

Dulu sgt indah kg aku,sekrang dibuat lebuh raya
kerana pembangunan itulah bukit2 dirodak satu demi satu
Hilanglah keindahan alam..pokok2 di tebang semuanya
Udara sejuk menjadi panas dan air menjadi cetek!

Apa lagi yg nak di nikmati jika semua itu semakin hilang
Tapi itu masih sederhana,mungkin dapat dikawal???
Entah lah..kampung yg dulunya sgt pedalaman,
terletaknya dihujung bukit yg paling last,kini
menyambungkan 2 daerah iaitu Pasir Puteh dan Machang!
Menjadi semakin dekat..iaitu jalan shot cut!!!

Biarlah setakat itu sahaja kata aku,Tapi kata pembangunan
perlu dan akan ditambah lagi utk bina sekolah 
dan kedai2 dan lain2nya..

Aku berharap kekal lah Udara Sejuk, Air yg Dingin 
dan Hutan yg Menghijau dan Oksigen yg banyak!!
Ini akan mensejahterakan penduduk di kampung aku
kini dan selamanya..Harap2nya.


Udara Yang Dingin Byk Oksigen
Bagus untuk di hirup manusia.


Air yg Dingin Byk Hidrogen dan Oksigen
Bagus untuk kesihatan.

Hutan Menghijau Menggunakan karbon dioksida utk fotosintesis dan membebaskan oksigen,
Juga mengejukkan mata memandang!!!

No comments:

Post a Comment