Tuesday, August 27, 2019

Erti Merdeka

Salam pembuka kata semua
x lama lagi kita akan menyambut 
hari kemerdekaan yg ke- 62,
mulai selarang lagu2 patriotik sedang 
dimainkan berulang kali di radio

Institusi2 tertentu memasang bendera 
kemegahan negara iaitu bendera Malaysia

Di sekolah pula, di pasang lagu2 patriotik
di pasang bendera negara dan negeri
dan sudah mula menjalankan tugas untuk
membuat sesuatu projek bagi meraikan hari 
merdeka tidak lama lagi

Di sepanjang jalan sudah mula dipasang 
bendera Malaysia juga pada kereta

Bagi pihak sekolah projek kemerdekaan
di buat setiap kali menyambut hari kemerdekaan
pelbagai jenis projek samada pertandingan 
melukis bendera kebangsaan,mencipta puisi,
mereka pelbagai jenis sesuatu yg membawa
erti kepada sebuah kemerdekaan negara

Negara kita mencapai kemerdekaan 
setelah penat berjuang,secara kesudahannya
pihak British memberi kemerdekaan
setelah banyak luka dan darah

Kedatangan pihak Inggeris ke Tanah Melayu
untuk memenuhi keperluannya iaitu memiliki
apa yg ada di Tanah Melayu
Walaupun kedatangan mereka ramai ke Tanah Melayu
Tapi seorang pun tidak ditinggalkan di sini
kesemua mereka balik ke negara mereka semua sekali

Tidak seperti kedatangan orang cina dan india
mereka datang melombong dan datang mengusahakan
tanaman getah dan tidak balik ke negara mereka
semuanya,tapi tinggal menetap di Tanah Melayu

Sebab itulah sekarang,di Malaysia ada pelbagai bangsa
Melayu,Cina dan India itu suku yg paling utama
Tapi walau berbilang bangsa mereka hidup dgn aman
Bersyukurlah..kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu 
hanya tinggal kesan bangunan sahaja dan cerita benar
dalam buku sejarah SPM dan STPM.

Semua itu sudah berlalu dan hanya tinggal sejarah
Harapan kita sebagai rakyat usahakanlah menjadikan
negara tercinta sebagai sebuah negara yg aman sejahtera
dan saling menyayangi di antara satu sama lain

Kita diberi pelajaran belajar sejarah Malaysia
di sekolah bukan untuk lulus peperiksaan sahaja
tetapi mengambil ikhtibar drp apa yg berlaku dan
supaya tidak berulang lagi

Sempena hari kemerdekaan ini semaikanlah 
perasaan cintakan negara bangsa dan agama
iaitu sanggup dan tingkatkan usaha agar berjaya
dalam hidup dan mengharumkan nama negara
itu tugas kita yg paling utama

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

SAYANGI MALAYSIAKU











Hayatilah Lagu Jalur Gemilang iaitu
Lagu Kemegahanku !!!
https://www.youtube.com/watch?v=D6WbKIzj1Mk

No comments:

Post a Comment