Sunday, November 4, 2018

Selera Kampung

Salam Perantauan..
Bila di kampung mesti suka mak masak simple2 kan
selera kampung lah katakan
x byk benda pun nak di sediakan
x perlu berhias2 masakan anda
just 3 4 benda jer..Huhu.


Sediakan nasi putih cap rambutan.Sebab nasinya lembut,putih dan sedap di makan.
Nasi jgn dibiarkan sejuk yer,pastikan anda makan panas2 dlm pinggan.X kiralah sebanyak mana nasi,pasti anda akan bertambah2 nasi dari sesenduk ke 2 atau 3 senduk nasi.Hurmm..


Kedua,anda perlu sediakan budu cap No 1 Di klate ke dalam pinggan.Hurm,apa lagi yer sudah tentulah x ketinggalan lada ,sekeping limau nipis dan kalau anda nak tambah isi durian pun boleh..lagilah sedap kan?picit lada dan perah limau nipis dan tuangkan budu dalam sukatan yg agak banyak sebab  takut x cukup..sedap ni,kalau sikit budu x manis n masin nasi anda..itu jer,Huhu..


Ketiga,mesti ada ikan selayang bakar utk diletakkan dalam pinggan budu dan gaul secukup rasa biar rasa masin dan manis budu.Wah,sedap ni..ikan sediakan 4 ekor dah cukup utk makan seramai 4 org.Ikan selayang ni byk protien dan ikan yg sangat sesuai utk bakar dan makan bersama dengan budu dan nasi putih.Haha..


Keempat,sediakan ulam-ulaman seperti di atas.x kiralah ulam apa pun petai ke,pucuk gajus ker,pegaga ke,kacang botol kermdan bendi celur pun boleh.Pelawas mcm ni bagus sgt kalau makan bersama dgn budu,ikan selayang dan ulam2 cukuplah khasiat yg diperlukan oleh badan kita.Kata org nak makanan berkhasiat ni ada karbohidrat,protien,pelawas iaitu sayur-sayuran,..Secukup rasa makan,enaknya!


Kelima,yg paling last sekali minum air batu kosong guna straw atau hirup jer pun boleh.Mana2 satu lah kan..X kisah asal ais kosong !! Memang selera lah..mulakan dengan Bismillah dan sudahi dgn Alhamdulillah.Selesai sudah sesi selera tengah hari kita..esok lusa boleh cuba menu lain pulak.Sekadar nak rasa selera orang kampung x salah kan..jemu juga makan lemak2.Just simple masakan tapi makan begitu puas hati! Sila cuba..Huhu.

No comments:

Post a Comment