Friday, November 16, 2018

Keamanan Mahal Harganya

Salam Ukhuwah,
Peristiwa Bukit Kepong Melawan Komunis
Keamanan Perlu di perjuangkan oleh kita semua
supaya segala bentuk jenayah kemanusiaan dan 
peperangan tidak memusnahkan diri,rakyat, dan negara.

Usahlah ditanyakan berapa harga sebuah keamanan??
Tapi tanyalah sejauh mana kita berusaha utk mempertahankannya.
Sanggupkah kita menempuh hidup penuh dgn susah payah
dan hilang nyawa kerana kita tidak sedar erti bebas dan
aman makmur..

Keamanan sgt mahal harganya dan patut diperjuangkan
oleh sesiapa sahaja tidak kira samada pihak tentera
mahupun sesama manusia.

Kita perlu sedar bahawa sesebuah peperangan itu
tidak membawa apa2 yg baik melainkan memusnahkan
segalanya,harta benda,nyawa dan membuahkan rasa 
tidak selamat.

Perlu kita ingat bahawa rundingan demi rundingan
perlu kita lakukan supaya peperangan  tidak berlarutan
dan membahayakan  nyawa pihak tentera semumpamanya.
Kenapa rundingan demi rundingan??

Sebabnya adalah tercetusnya perang,segala2nya akan 
musnah dan hilang kekuatan dan akan dalam ketakutan.
Dengan lakukan rundingan demi rundingan kita dapat
selesaikan masalah dgn budi bicara biarpun acap kali,
biar pun berkali2,biar pun berbuih2 mulut menyebutnya,

Kata org,"Sesal Dahulu Pendapatan,Sesal Kemudian Tiada Berguna" !!

Usaha praktikkan rundingan ini dilakukan oleh pemimpin
kerajaan dan bagi mereka yg pernah dalam situasi perang!!
Banyak mulut berbincang lagi baik drp memendam rasa
dan tidak mahu sama2 berusaha ke arah kebaikan..

Cuba kita bayangkan apa akan terjadi jika peperangan berlaku??
Keadaan akan huru hara ,bermasalah dan paling teruk sekali
rakyat dan tentera akan hilang nyawa !

Lebih perit,keadaan lepas perang,kita kehilangan byk perkara.
Nyawa sangat berharga bagi sesiapa sahaja tidak kiralah 
samada pihak tentera mahupun warisnya..=(

Bila kehilangan nyawa kita akan bersedih kehilangan 
insan tersyg dan hilang tempat utk bermanja !!

Ingat dan Sedarlah kita,bahawa pihak kerajaan sentiasa
perjuangkan keamanan.Hal ini kerana,bila berlaku peperangan
kita byk menggunakan duit negara dan kehidupan seharian
terasa dalam ketakutan.

Ingatlah juga semua,tidak semua masalah boleh diselesaikan
dgn peperangan tapi hanya memerlukan merendahkan ego
masing2 bagi kedua2 belah pihak itu !

Ada juga keadaan di mana bagi negara2 miskin sudah tentulah 
takut dengan negara2 kuat.Dengan ini,tidak semua negara
mahu terjadinya perang seperti mana ayat ini "Jika Kau X Mampu 
Memberiku Senyum,Usah Kau Hadir Dgn Kedukaan Oh 
Biarlah Hidupku Dgn Caraku".!!

Peperangan kecil atau besar memerlukan pengorbanan
samada harta benda atau nyawa.Dengan ini, jauhi peperangan 
dan selesaikanlah masalah yg timbul dengan bertolak ansur
dan berhemah !!

Apakah situasi yg sama kesannya dengan peperangan?Iaitu Krisis
Kemiskinan di negara2 miskin.

Pertahankan keamanan dan elakkanlah peperangan kerana kata org,
"Membina Mengambil Masa,Tapi Memusnah Hanya Sekelip Mata"
Jadi pengajaran dari itu,adalah memusnah cukup mudah,,dan utk 
membina kembali tamadun mengambil masa yg agak lama dan menyusahkan.

Perlu juga di ingat,Nyawa yg hilang tidak boleh diganti dan dibayar 
dgn wang ringgit dan sangat mahal harganya,so berhati2lah dan sedarlah
Hargai Nyawa Ini Bukan Air!!!

Hijau Bumi Tuhan

Salam Perantauan..
Bergolak gadai kehidupan ku ini.
X jalannya lurus yg hanya ada satu jalan.
ke hulu ke hilir ke barat ke timur dan ke tenggara
Xpe lah kata org jauh perjalanan luas pandangan
Kalau x dilalui jalan mana kan jumpa istananya

Knpe dan apa yg x kena dgn kehidupan aku ini??
Yer lah lahir disana bermula pula kehidupan kecil
dan dewasa di kini dan berkahwin di sini..

Ada apa dgn pepatah jauh perjalanan luas 
pandangan nya?? maknanya selagi kita x menjelajah
ke negara dan benua2 kita xkn tahu apa yg menarik
di situ dan apa keindahan di tempat itu yg xder kat
tempat lain..

Mungkin juga pengembaraan itu  memberikan idea
yg baru utk kita dan pengalaman baru yg kita dapat
x dapat dibeli kat mana2 tempat dan feel it yg
sungguh menakjubkan !

Keindahan alam ini telah disuratkan oleh Tuhan
yg Maha Kuasa bahawa di suruhnya kita utk
berjalan dan mengembara  kerana semua itu
mungkin memberi berkali2 ganda ilmu  dan kesyukuran
 terhadap apa yg telah diciptakan  Tuhan utk hambanya.

Tanda bersyukur juga  boleh dilahirkan dgn melihat
kebesaran Tuhan ini.Alam yg diciptakan Tuhan ini
amat indah ! Jika dikatakan "Kun Fayakun" maka jadilah ia.
Dengan melihat alam yg terbentang luas ini boleh
melahirkan dan membuahkan  iman di dada maka amat
di tuntut utk afdal melakukannya.

Berjalan dan musafirlah melihat kebesaran Tuhan 
Jika anda ingin mengetahui hebat mana  Tuhan
lihatlah alam ini dan musibah yg menimpa manusia
di dunia ini.Bencana alam juga terjadi membuktikan Tuhan
itu Maha Kuasa dan berhak  menentukan hidup hambanya
ke jalan yg benar dan lagi byk kebaikan..

Keindahan pantai,bukit bukau, gunung ganang,sungai,
dan hutan hijau,flora dan fauna hanya utk hambanya.

Ucaplah sesungguhnya dgn ujian mu ini Ya Allah
aku bersyukur!!Kerana kita tidak boleh dikatakan kita
beriman selagi kita tidak di uji..Bertepatan dgn ayat 
Allah itu maka mulai hari ini jadikan indahnya hidup ini,
Sesungguhnya aku bersyukur Ya Allah !

Bencana alam berlaku jika kita cuai dan abaikan dan
abaikan dan musnahkan semuanya hutan belantara
dan sungai.Jagailah ia supaya kita dpt mengecapnya
lagi pada masa hadapan,Jika hilang Hijau Bumi Tuhan
hilanglah faunanya juga..

Kesimpulan yg dapat diberi,Bersyukurlah,Jagailah,
Nikmatilah,Sempurnakanlah iman dan jadilah manusia
yg terbaik dan berbuat baik."Hutang wajib di bayar 
walau tidak di tuntut" !!!











  
https://www.youtube.com/watch?v=jIehV6AHV3s

Sunday, November 4, 2018

Takutnya Kita Pada Ini

Salam Kasihan..
apa yg paling anda takut yer,
bila kecil menjadi kawan dan bila besar menjadi lawan,,
apa tu???

KEMALANGAN & KEMATIAN !!!

itulah yg paling ditakuti oleh setiap insan yg hidup di dunia ini
sebab itu kita kalau memandu,kita mulakan pemanduan dgn
membaca Doa,dan sesudahnya pun kita baca doa.Kita hati2
naik kereta atau motor utk jaga nyawa kita..mmg ngerilah
kalau bencana menimpa..macam2 boleh jadi awk,kata org 
malang ni x berbau..kita berdoalah semoga kita selamat
pergi dan balik yer..sedih lah kalau jadi apa2..

Kematian pula akan datang bila tiba ajal sesorang  x dapat utk 
kita sangkalkan lagi dan ajal maut itu sesungguhnya di tgn Tuhan.

BENCANA ALAM & PEPERANGAN

apa yg kita takut juga bencana yg bukan datang dari kita sendiri
tapi datang dari hukum alam yg tahu akan kekurangan yg terjadi
Tsunami,tanah runtuh,banjir besar,air laut pada musim tengkujuh,
Contohnya banjir besar kalau berlaku sudah tentulah kanak2 atau
dewasa sekalipun kena jaga2 takut di bawa arus,air sungai menjadi 
deras dan begitu membahayakan kena hati2 dan berjaga2 jgn main
air sungai dan air banjir ketika banjir.

Peperangan terjadi bila tiada lagi keindahan perhubungan 
antara mereka bila ianya terjadi akan memjadikan negara dan 
rakyat dalam ketakutan dan mundur dan menghalang pembangunan 
sesebuah negara itu.

WABAK PENYAKIT & KECUAIAN

Bila berlakunya wabak penyakit,pihak hospital  yg akan 
menjalankan tugas menyelamatkan mangsa x kiralah apa sakitnya.
Samada,kencing manis ke wabak dan virus yg merebak ker.
Mungkin kita boleh lagi selamatkan nyawa dengan makan
ubat dan sapu ubat.Kalau di peringkat yg berat mmg susah utk 
dirawati dan memerlukan penjagaan diri luar dan dalaman 
seseorang itu..Kenalah rajin amalkan ubat.

Kecuaian,terjadi bila kita terleka terutama sekali apabila 
mengendalikan sesuatu yg tajam dan bahaya.Pisau pun 
boleh mebahayakan dan menyebabkan luka pada tangan dan 
anggota badan.Mengendalikan mesin yg tajam kena hati2,
takut akan membahayakan diri.

KESIMPULAN

Kata org,malang itu tidak berbau kena hati2 selalu dalam apa 
jua pekerjaaan.Kata org juga kecil2 api menjadi kawan,besar2
api menjadi lawan dan kata org kecil air menjadi kawan dan 
besar2 air menjadi lawan !!!


Selera Kampung

Salam Perantauan..
Bila di kampung mesti suka mak masak simple2 kan
selera kampung lah katakan
x byk benda pun nak di sediakan
x perlu berhias2 masakan anda
just 3 4 benda jer..Huhu.


Sediakan nasi putih cap rambutan.Sebab nasinya lembut,putih dan sedap di makan.
Nasi jgn dibiarkan sejuk yer,pastikan anda makan panas2 dlm pinggan.X kiralah sebanyak mana nasi,pasti anda akan bertambah2 nasi dari sesenduk ke 2 atau 3 senduk nasi.Hurmm..


Kedua,anda perlu sediakan budu cap No 1 Di klate ke dalam pinggan.Hurm,apa lagi yer sudah tentulah x ketinggalan lada ,sekeping limau nipis dan kalau anda nak tambah isi durian pun boleh..lagilah sedap kan?picit lada dan perah limau nipis dan tuangkan budu dalam sukatan yg agak banyak sebab  takut x cukup..sedap ni,kalau sikit budu x manis n masin nasi anda..itu jer,Huhu..


Ketiga,mesti ada ikan selayang bakar utk diletakkan dalam pinggan budu dan gaul secukup rasa biar rasa masin dan manis budu.Wah,sedap ni..ikan sediakan 4 ekor dah cukup utk makan seramai 4 org.Ikan selayang ni byk protien dan ikan yg sangat sesuai utk bakar dan makan bersama dengan budu dan nasi putih.Haha..


Keempat,sediakan ulam-ulaman seperti di atas.x kiralah ulam apa pun petai ke,pucuk gajus ker,pegaga ke,kacang botol kermdan bendi celur pun boleh.Pelawas mcm ni bagus sgt kalau makan bersama dgn budu,ikan selayang dan ulam2 cukuplah khasiat yg diperlukan oleh badan kita.Kata org nak makanan berkhasiat ni ada karbohidrat,protien,pelawas iaitu sayur-sayuran,..Secukup rasa makan,enaknya!


Kelima,yg paling last sekali minum air batu kosong guna straw atau hirup jer pun boleh.Mana2 satu lah kan..X kisah asal ais kosong !! Memang selera lah..mulakan dengan Bismillah dan sudahi dgn Alhamdulillah.Selesai sudah sesi selera tengah hari kita..esok lusa boleh cuba menu lain pulak.Sekadar nak rasa selera orang kampung x salah kan..jemu juga makan lemak2.Just simple masakan tapi makan begitu puas hati! Sila cuba..Huhu.